Selain biskut, kudapan seperti kerepek juga antara yang wajib tersedia di atas meja. Bagi yang gemarkan telur masin, jangan ingat ia hanya boleh dimakan bersama nasi dan lauk sahaja. Malah ia juga boleh dicampurkan ke dalam kerepek Kulit Popia. Tak percaya, jom kita cuba resipi yang disediakan oleh Oh Lisa.
Bahan-Bahan
1) Kulit popia
2) Serbuk telur masin
3) Gula
4) Garam
5) Daun kari
Bagi yang tak tahu mana nak cari serbuk telur masin tu, boleh guna yang macam ni.
Cara membuat:
1) POTONG & KERINGKAN KULIT POPIA
Memula kite potong kulit popia ikut saiz yang kite nak.
Tips nak bagi rangup dan tahan lama, jemur dulu kulit popia ni sebelum goreng.
Jemur smpai betul-betul kering. Barulah bila kita goreng akan jadi bergulung, tahan lama dan tak mudah lemau. Memang rangup macam kerepek wonder cheeze yang dijual tu.
Ads
Tak lama pun nak jemur. Kalau cuaca panas, dalam 30 minit pun dah kering.
2) GORENG
Lepas tu panaskan minyak dalam kuali.
Goreng macam biasa.
Bila dah garing, angkat dan toskan.
Tunggu sejuk dulu dan pastikan minyak betul-betul kering.
Ads
3) BUAT PERASA
Sambil tunggu tu kita buat perasanya.
Caranya, sangai sekejap serbuk telur masin, gula dan garam secukupnya dengan daun kari.
Kalau nak lagi cantik, blend dulu semua bahan serbuk tu sebelum sangai atas api dengan daun kari.
Guna api kecil je supaya tak hangus.
Ads
4) GAULKAN
Akhir sekali, gaulkan kulit popia yg dah digoreng dengan serbuk yang disangai tu.
SIAP!
Sedia untuk dimakan. Krup krap krup krap bunyi dia!
Tumit kaki yang terasa sakit biasanya akan terasa reda bila kita beristirehat. Namun andai tidak kurang juga, elok kiranya berjumpa doktor dan amalkan petua ini untuk atasinya.
PETUA HILANGKAN SAKIT TUMIT KAKI
Masalah sakit tumit kaki ni bukan pada orang yang berusia saja tau tapi sesetengah orang muda pun ada. Sakit sebelum waktu ni la yang boleh menambah stress ni!
Punca utama mungkin lah dari masalah berat badan jugak. Tapi tak kurang jugak disebabkan gangguan tulang dan sebagainya. Kalau tak nak jumpa dengan tuan doktor kena lah rajin mencuba petua-petua lama ni.
Sebab ada jugak kajian yang mengatakan salah satu penyebab sakit tumit ni berpunca dari masalah angin dalam badan. Kalau dari angin ni,senang saja nak pulihkan.Cuma kena rajin.
Kena amalkan setiap hari.
Cara 1
Betik Muda.
Caranya :
Panaskan betik muda di atas api kecil.
Angkat dan kemudian letakkan kaki di ataskan hingga betik sejuk. Amalkan setiap hari.
Cara 2
Lemon Panas
Caranya :
Minum segelas lemon panas pada setiap pagi.
Selain itu boleh juga buatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun tidur. Amalan ini untuk buang toksin dan sekali gus meredakan masalah pada kaki.
Cara 3
Bawang Putih Bakar
Caranya :
Amalkan makan bawang putih yang dibakar.
Lakukan amalan ini setiap pagi. Bawang putih baik untuk pulihkan masalah angin dan boleh redakan sakit.
Sumber : No Or
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan semua orang mampu melaksanakan tanggung jawab sebagai guru kepada murid khas. Berat dan besar cabarannya.
Bukan calang-calang orang yang mampu menggalas kerja mulia ini. Besar jasanya ibu kepada pelajar pendidikan khas.
Apabila ada sesetengah pihak tidak faham dan mengeluarkan kata-kata kurang enak untuk didengari.
Biarpun pedih, namun bagi cikgu Siti Ainul Mursyida yang berkongsi cerita di laman facebooknya, biar apa pun yang orang perkatakan namun itu tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan usaha mendidik anak-anak syurga ini.
DAH MEMANG MENGAJAR PUN MURID2 KHAS, JGN LA CIKGU PUN JADI KHAS MCM DIORANG JUGAK”
Hari ni sekali lagi ayat ni diucapkan dari seorang pemimpin sekolah yg angkuh. Ternyata, cabaran yg dihadapi sbg guru pendidikan khas bukan setakat cabaran mengajar anak2 istimewa tetapi juga cabaran dari pihak pentadbir dan guru lain.
Ketahuilah bahawa kata2 ini tidak akan sesekali melemahkan kami, tapi kata-kata itulah pembakar semangat kami. Walau pedih terhiris namun digagahi juga demi maruah anak-anak khas. Jgn memandang rendah murid2 kami.
Betul murid-murid khas kami tidak memberi apa-apa kepada sekolah, tidak menaikkan prestasi sekolah, tidak menjulang nama sekolah melalui prestasi akademik yang tinggi, namun mereka ada harga diri dan maruah sama seperti insan lain. Mereka tidak minta dijadikan begitu. Kalau tidak ada mereka sudah tentu manusia ini akan alpa.
Begitu besar ciptaan illahi sebenarnya menjadikan mereka untuk menguji hati insan lain supaya insaf dan sedar Allah mengkehendaki ianya berlaku dengan izinnya. Memandang rendah kepada mereka bermakna kita memandang rendah juga apa yang Allah jadikan.
Kehadiran mereka bukan sekadar untuk menguji hati manusia malah satu peringatan kepada yang lain. Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki, pentadbir yg angkuh itu sendiri boleh menjadi OKU sekelip mata.
“AWAK BUKAN MENGAJAR MACAM CIKGU DI ARUS PERDANA, MURID AWAK SIKIT, KERJA AWAK PUN MUDAH JE… ”.
Benar… kerja kami yg mudah inilah yang memberi erti kehidupan kepada murid-murid khas. Kami inilah yang membimbing tingkah laku dan adab sopan murid khas. Kami lah yang melenting bila ada murid lain yang memperlekehkan anak murid kami.
Kami inilah yang memimpin tangan mereka masuk ke kelas dengan harapan segunung tinggi. Walaupun murid hanya mampu menyebut sepatah perkataan …” egu…”( cikgu ) maka berderailah airmata kami kerana rupanya murid ada suara dan memahami apa yang diajar.
Air mata gembira & bangga jatuh apabila akhirnya murid mampu memegang pensel & menyambung titik selepas bertahun-tahun diajar. Murid ini akan bertepuk tangan bila nampak kami menuju ke kelas dan murid ini akan lari lintang pukang kerana guru2 khas yg tegas ini yg menjadikan mereka manusia-manusia yang kenal erti disiplin. Kami inilah yang menjadikan mereka ramah dan boleh bertegur sapa.
Kami inilah yang berlari keliling sekolah kerana takut keselamatan murid-murid kami sedangkan guru lain hanya ketawa. Kami ini yang setiap hari pakaiannya disalut dengan air liur dan hingusan murid-murid khas. Mereka ini tidak faham apa-apa tetapi yang berkecil hati adalah kami dan kami juga yang menitiskan air mata. Memandang hina kepada murid kami bermakna hina jugalah kami.
Walau bagaimanapun, sesekali semangat yg ada akan luntur juga , kekuatan ini akan lebur dan langkah kaki menjadi lemah berjalan menuju ke sekolah dengan hampa apabila seringkali kerjaya kami diperlekeh & dipandang sebelah mata. Bukan mudah untuk jalankan program Pendidikan Khas supaya gahnya sama dengan program arus perdana. Banyak masa dan perkara perlu dikorbankan demi membuktikan bahawa kami juga ada cita-cita dan keinginan untuk cemerlang.
Semua mata sedang memandang dan menilai, sudah sampai masanya disentap hati-hati mereka yang alpa atau dibuang terus supaya tidak menjadi duri dalam daging. Duri itu wajar digantikan dengan dengan kasih sayang sehingga timbullah ungkapan rasa dari anak-anak khas iaitu:
Kedatangan guru yang dimuliakan Kedatangan ditunggu dengan lapang dada Kedatangan ditunggu dengan kasih sayang Kedatangan disambut dengan rasa syukur Kehilangan yang pasti akan amat dirasai.
p/s: Terima kasih juga kpd pembantu pengurusan murid yg banyak membantu kami dlm mendidik anak2 istimewa kami.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila hari-hari menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga tentu dah tak ada idea nak masak apa.
Namun, melalui perkongsian ni, boleh cuba resipi jemput-jemput berkhasiat ni. Menariknya salah satu bahanya menggunakan nasi. Patutlah rangup dan sedap. Boleh juga buat untuk minum petang.
JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT
Bahan-bahan
Nasi
Ayam
Bawang besar( dipotong)
Daun sup( dipotong)
Cheese( diparut)
Minyak masak
Garam
Tepung gandum
Jika nak tambah benda lain macam kentang ke ikut suka pun boleh.
Cara membuatnya mudah jer
Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.
Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam.
Selamat mencuba!
Kredit: kongsi rezeki masakan via pakar diari hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...