
Pisang goreng rangup sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Makan panas-panas memang sedap.
Nak tahu lanjut cara membuatnya ikuti cara ini.
Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jangung
1 biji telor
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil yis
Sedikit pewarna kuning
2 cawan air
Penyediaan:
Masukkan semua bahan tadi. Gaul hingga sebati.
Kemudian, biar 5 atau 10minit baru celop dan goreng.
Selamat Mencuba.
Sumber : siti asiah ismail via MAHN
Siapa Sangka Campuran Bahan Dari Dapur Ini Mampu Jadi Racun Berguna. Yang Penting Tanpa Bahan Kimia!

Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Baik ulat, semut, kerengga, anai-anai, lipas, belalang, kumbang, siput atau apa sahaja yang merosakkan tanaman boleh dihapuskan dengan racun organik ini.
Bukan itu sahaja, semburan racun ini juga boleh digunakan pada tempat kucing suka membuang najis mahupun tempat tikus bersarang.
Menariknya lagi bahan-bahan yang digunakan mudah didapati dan biasanya ada di dapur kita. Cukup bermanfaat dan paling penting tanpa bahan kimia. Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’
Cara Membuat:
Tumbuk bawang putih dan cili padi.
Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar: Jom Tanam sendiri
Selalu Beli Je? Buat Sendiri Kuih Peneram Lagi Jimat, Boleh Buat Stok Di Rumah

Kuih peneram atau denderam ini sangat terkenal sebagai salah satu kuih tradisional dalam masyarakat India. Namun, kuih ini juga sangat digemari oleh seluruh masyarakat Malaysia tidak kira bangsa atau agama.
Selain bentuknya yang kecil dan comel, kuih ini juga mempunyai rasa yang manis berlemak kerana menggunakan gula merah dan santan sebagai salah satu bahan utama. Lebih menggiurkan apabila dimakan ketika panas untuk mendapatkan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam.
Jadi, jika anda seorang penggemar kuih peneram, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Khairunnisa Mohammad ini. Selamat mencuba.
Kuih Peneram
Bahan-Bahan:
- 250g tepung beras cap gajah 3
- 190g gula merah
- 80ml air
- 80ml santan pekat
Cara-Cara:
– Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.
– Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu tu, adunan lambat nak turun.
– Perap adunan minimum 5/6 jam. I perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.
– Cara bentukkan: boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatkan di tengah dengan lidi (I buat cara ni. Tekap dengan acuan tak jadi).
– Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat. Nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.
– Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau slow pun takpa. Sekali goreng dapat 2/3 biji je macam I.
– Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat. Jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.
– Santan kalau tak nak letak pun takpa. Kebanyakan resepi tak letak pun. Ada jugak yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. So ikutlah masing2 ye. Tu la sedikit sebanyak tips yang I baca semalam. I pun first time buat kuih ni. Bagi yang guna gula apong, boleh tambahkan gula jadi 200g. Sebab kalau 190g, dia jadi kuih peneram versi kurang manis. I suka.
– Bab suhu minyak tu memang cerewet sikit. I sendiri berapa kali buka dan tutup api. Nak cari kepanasan yang paling sesuai. Tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, gerenti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam.
Sumber: Khairunnisa Mohammad
Beli Bunga Kantan 5 Bulan Lalu, Kini Masih Elok! Ni Triknya.

Sekali sekala kita terasa teringin untuk menyediakan laksa atau asam pedas untuk dijadikan menu santapan keluarga. Namun bila dicari bahan utamanya seperti bunga kantan, terasa sukar pula untuk mendapatkannnya. Pun begitu, jika ada sahaja ternampak di jual di pasar pagi, tidak pula teringin untuk membelinya.
Jadi apa cara terbaik yang boleh anda lakukan agar lebih memudahkan anda. Di sini ada petua atau trik yang boleh anda lakukan untuk pastikan bunga kantan dapat disimpan lebih lama dan kekal elok. Ikuti perkongsian ini.
Percaya tak kalau saya kata bunga kantan ni saya beli +-5 bulan lepas? Masih cantikkan?
Siapa pengemar laksa asam tu boleh le ikut petua saya ni. Saya beli bunga kantan ni masa harga dia murah dan musim bunga banyak.
Caranya:
1. Beli bunga kantan yang segar.
2. Kemudian masukan dalam plastik dan ikat kemas.
3. Simpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku.
“Boleh tahan bebulan-bulan lamanya. Saya pernah buat sampai setahun lebih. Ada masa bunga kantan payah nak dapat (bukan musim) bolehlah ikut cara ni. Bila nak masak baru keluarkan”
Apa yang pasti ibu-ibu memang bijak mencari cara untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan dapat disimpan lama dan kekal segar. Antara cara paling popular dan mudah adalah dengan bekukan di dalam peti sejuk.
Selain bunga kantan, ibu-ibu juga sering lakukan perkara yang sama untuk bahan-bahan yang lainnya sebagaimana komen di bawah.
Pisang
“Sama jugak dengan pisang..beli dulu belum tau nak buat bila2 menu kegemaran..Bekukan..setahun pun tak per..nanti nak masak keluarkan..elok seperti baru.”- Irra Sharmiella.
Lengkuas
“Saya pun buat macam ni jugak pada lengkuas, tahan lama,”- Cahaya Malaika Khaira
Serai
“Saya pun buat macam tu.. bukan bunga kantan ja macam-macam lagi boleh praktik macam tu.. serai.. daun kari.. daun limau purut dan banyak lagi. Semua saya bekukan.”-D Bunga Florist Hampers
Sumber : Norhizam Harum Via MAHN