Bayi pramatang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ibu. Bayi yang normal dilahirkan antara 37 ke 42 minggu usia kandungan ibu.
Ada banyak punca bayi dilahirkan secara pramatang mengikut fakta perubatan. Mengikut myhealth.gov.my antara penyebabnya adalah:
Bagi ibu bapa yang dikurniakan anak pramatang, perlu diingat yang tahap perkembangan dan tumbesaran bayi anda berbeza dengan bayi yang lahir cukup bulan.
Ini kerana ada ibu bapa yang risau melihat perkembangan berbeza anak mereka dibandingkan anak orang lain yang lahir pada masa yang sama tetapi cukup bulan.
Sebenarnya penting untuk ibu bapa tahu cara betul kira umur bayi pramatang. Ini supaya senang hendak memantau tahap perkembangan mereka dan tidaklah susah hati memikirkan kenapa anak masih belum mencapai perkembangan sama seperti bayi lain yang normal.
1. Pelarasan umur atau corrected age
, merupakan usia untuk bayi pramatang kalau mereka dilahirkan pada tarikh jangkaan bersalin.2. Doktor akan menggunakan umur yang diselaraskan ini untuk menilai saiz dan perkembangan bayi pramatang.
3. Cronological age tak digunakan sebagai penanda aras untuk bayi tak cukup bulan kerana mereka mungkin ada organ atau fungsi bayi biasa yang belum betul-betul berkembang seperti bayi yang lahir cukup bulan.
Kenapa penting untuk guna corrected age ni?
Sebab ini boleh membantu untuk menentukan perkembangan bayi pramatang mengikut cara penilaian biasa.
Contohnya, bayi yang lahir 3 bulan awal tak boleh duduk sendiri lagi pada umur 6 bulan kerana mengikut corrected age, umur bayi tersebut baru 3 bulan.
Ini cara kira umur bayi yang lahir tak cukup bulan:
Untuk menentukan corrected age, kena kira berapa bulan atau minggu awal bayi tersebut dilahirkan.
Siapa yang perlu cakna corrected age bagi bayi yang lahir tak cukup bulan ni?
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pusat penjagaan, guru prasekolah, kakitangan perubatan dan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menjaga anak bahawa mereka dilahirkan secara pramatang.
Contohnya, jika bayi berumur 7 bulan, tapi dilahirkan sebulan lebih awal, umur sebenar bayi tersebut ialah 6 bulan.
Sumber: MyHeart Community
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini