Ini Cara Beristighfar Kepada Allah. Ustaz Ini Berpanduan Mudah.

Share

Bulan Ramadan adalah waktu untuk kita gandakan pahala. Selain ibadah solat, kerap beristighfar kepada Allah akan memberikan berkat dalam hidup. Menarik perkongsian ustaz ini mengenai cara untuk untuk kerap selawat kepada Allah . Ikuti panduan yang dinyatakan menerusi facebooknya, Khairul Anuar Basri

Ini perkongsiannya.

Rasulullah SAW beristighfar kepada Allah sebanyak 70 ke 100 kali dalam sehari.

Pagi ni saya nak share macamana caranya kita boleh capai target untuk istighfar paling kurang 70 kali sehari atau 100 kali sehari.

Caranya sangat mudah. Cuma selalu kena beringat. Setiap kali lepas solat, ambil masa sikit untuk terus istighfar.

❤️ Jika kita istighfar 14 kali setiap kali selepas solat fardhu, maka kita akan dapat keseluruhan istighfar sebanyak 70 kali dalam sehari.

❤️ Jika kita istighfar 20 kali setiap kali selepas solat fardhu, maka kita akan dapat keseluruhan istighfar sebanyak 100 kali dalam sehari.

Itu tak termasuk kalau sambil duduk-duduk pun kita istighfar. Tentu akan dapat lebih banyak lagi bilangannya.

Mudah kan?

Setiap kita ni memang selalu buat dosa. Kalau nak dikira dosa kita, memang tak terkira. So, kita kena rajin bertaubat. Salah satu caranya ialah dengan banyakkan istighfar.

Kalau Nabi SAW yang maksum dan tak ada dosa pun istighfar 70 ke 100 kali dalam sehari, kita ni lebih-lebih lagi la kena banyakkan istighfar kan?

Astaghfirullāhal ‘azīm wa atūbu ilaih….

Sumber: Khairul Anuar Basri