Ini Bukti Periuk Berkerak Boleh Dikilatkan Semula Dengan Cara Paling Mudah Tanpa Sental. Hasilnya Puas Hati!

Share

Melihat kuali atau periuk yang hitam dan  berkerak di bahagian bawahnya kadang kala mengundang rasa tidak selesa untuk digunakan. Apatah lagi bila digantung di rak, nampak sungguh menyakitkan mata. Terasa tidak sempurna pula perkakasan memasak yang kita gunakan.

Jadi usah ambil mudah bab membersihkan periuk dan kuali, sebenarnya ia masih boleh dikilatkan seperti baharu seperti mana yang dikongsikan ini. Malah menurut Amy Rosina, cara yang digunakan cukup mudah dan berkesan menaggalkan kerak. Bagaimana caranya itu, jom baca perkongsian daripadanya.

Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari… tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang…..

maii saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia

hangpa cuma perlu kapoq makan.. kapoq yang makan dengan sirih tu… berus dawai tu dgn pisau…
step angpa ikut kat bawah naa…

PERTAMA : Sapu rata kapur pada bahagian kerak periuk

KEDUA : Masukkan ke dalam kuali yang lebih besar dan rebus.

KETIGA :Kikis dengan pisau

KEEMPAT : Siap

Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi…nak mudah lagi lama rebus lagi mudahh tanggal…

Sumber :Amy Rosina

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club