Bagi yang mengikuti laman sosial Misi Rakyat, sebelum tular misi kutipan untuk Baby Nail sebanyak RM 9 juta, sebenarnya faundermisi sebelum ini telahpun membantu ramai lagi yang memerlukan.
Cuma apabila membuka kutipan untuk Baby Nail, angka RM 9 juta itu seakan agak mustahil lebih-lebih lagi ianya dibuka sewaktu Ramadan lalu dan angkanya sangat tinggi.
Ada juga yang mempertikaikan, kenapa rawatan terlalu tinggi dan sejauh manakah keberkesanan ubat RM9 Juta itu untuk Baby Nail, namun Foundermisi tidak pernah berputus asa.
Tampak seakan mustahil, siapa sangka jumlah yang mencecah hampir 8 angka itu berjaya dikutip hasil kerjasama rakyat Malaysia dalam tempoh yang singkat sahaja.
Perkongsian yang dibuat oleh TikTok @foundermisi ini berjaya membuatkan orang ramai sebak melihat keprihatinan rakyat Malaysia serta gembira apabila dana yang dikumpul berjaya dicapai.
Di sebalik usaha keras dalam mengumpul dana sebanyak RM9 juta, @akakfounder selaku isteri kepada lelaki yang berusaha keras ini tampil mendedahkan rutin harian suaminya dalam usaha membantu Baby Naail.
Menerusi perkongsian, difahamkan suaminya hanya tidur sekitar 3 jam sahaja sehari. Masa selebihnya digunakan di hadapan komputer dalam usaha untuk menjayakan misi ini.
Malah, suaminya turut pernah meluahkan rasa penat berusaha namun mengakui mempunyai tanggungjawab yang besar.
Beliau akui sebagai isteri, beliau sendiri agak terkejut apabila jumlah besar sebanyak RM9 juta berjaya dikumpul hasil usaha orang ramai menerusi tabung yang dibuka oleh suaminya itu.
@foundermisiSebenarnya Allah menguji kita dan Allah satukan kita. 🥹♬ original sound – Founder Misi
Dimaklumkan Yayasan Misi Rakyat sudah berjaya didaftarkan secara rasmi di mana yayasan ini bakal menjadi platform untuk program crowdfund seterusnya dalam membantu lebih ramai individu yang memerlukan.
Menariknya, meskipun dibenarkan untuk mengambil 30% bagi menanggung kos operasi, pengasas Yayasan Misi Rakyat ini memaklumkan beliau memilih untuk menanggung kos operasi oleh beliau sendiri tanpa melibatkan duit sumbangan.
Beliau memilih untuk mewujudkan sistem yang jelas dan transparent dalam memudahkan orang ramai memantau sekaligus mengelakkan daripada penyelewengan. Tahniah diucapkan buat pengasas Yayasan Misi Rakyat dan juga orang ramai yang berusaha keras menjayakan misi ini.
Semoga usaha ini dalam membantu rakyat secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat Malaysia.
@akakfounder Macam ni lah abg @Founder Misi ♬ original sound – Akak founder🇲🇾🇹🇭
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club