Baru-baru ini tular di media sosial beberapa gambar yang begitu mengayat hati, seorang ayah tua uzur mengayuh dan seorang anak lelaki sedang menarik sebuah beca yang sedang diduduki oleh seorang ibunya yang tidak mampu berjalan dan anak perempuan dewasa bantu menolak beca disisi.
Ini bukan drama tv, ini adalah reality yang berlaku di negara kita sendiri kadang-kadang tidak perasan, ada yang lebih sukar kehidupannya dari kita.
Gambar tersebut telah menarik perhatian warganet yang dimuat turun oleh pengguna facebook
Sabrii Ibn Yunus yang telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan rasa hiba dengan nasib keluarga ini.
Berkilometer di daerah Tumpat setiap hari empat beranak berjalan dibawah matahari, Barang buangan tepi jalan yang mampu memberi rezeki. Itulah yang akan memberi seteguk air dan sesuap nasi dan dengan harapan malam mampu tidur dalam indah mimpi
supaya bangun dengan segar utk terus berjalan lagi.
Meninjau diruangan komen, Dimaklumkan ada yang mengenali keluarga beliau yang dikenali sebagai Mat Lilin, dan keluarga beliau merupakan penerima bantuan JKM.
Ramai juga warganet yang turun ingin menghubungi keluarga ini dan ingin menghulurkan bantuan. Semoga keluarga ini dipermudahkan urusan dan dirahmati.