Bertemakan putih dan songket, Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasih hatinya, Adam Lee.
Lebih manis lagi, majlis tersebut diadakan serentak dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 tahun.
Majlis pertunangan berlangsung denga kehadiran 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Masing masing yang turut menjadi calon top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 memuat naik gambar pertunangan di Instagram.
Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.
Kata calon Top 5 kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama kekasihnya dalam drama Bidadari Salju itu majlis berkenaan sudah dirancang lama.
“Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.
“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” katanya.
“Perancangan atau keputusan nak kahwin bila belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini (bertunang) dulu.
“Lagipun, sektor kreatif sudah kembali aktif selepas kerajaan melonggarkan SOP. Jadi ini juga masa untuk kami bekerja semula,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club