Ini Berlaku Jika Joint Loan Beli Rumah, Bila Pasangan Meninggal Dunia. Alert Ilmu Faraid!

Share

Menurut istilah syara’, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Namun yang menjadi isu adalah apabila berlaku perebutan harta si mati.

Ada segelintir kita tidak ambil peduli soal rumah kediaman yang dibeli dengan meletakkan dua penama iaitu nama suami dan isteri. Namun, kesannya jika salah seorang yang meninggal dunia, 50% nilai rumah berkenaan akan difaraidkan.

Selanjutnya ikuti perkongsian ini untuk mengetahui apa yang akan berlaku jika pasangan anda meninggal dunia jika pembelian rumah dilakukan secara joint loan.

P/S: Cuba LIHAT NI untuk kejutan kepada pasangan.

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Fahami pembahagian faraid 

Kebiasaanya, suami isteri akan membeli rumah bersama untuk kuatkan dokumen. Di SPA/SNP pula akan ada dua nama. Nama si suami dan nama si isteri. Dua-duanya mengambil MRTA/MRTT (takaful).

Sekarang apa akan berlaku jika salah seorang meninggal dunia?

Jika harga rumah RM600,000. Rumah itu terbahagi 2 (sebab 2 penama):

50% Si Suami (RM300,000)
50% Si Isteri (RM300,000)

Jika suami meninggal dunia, 50% bahagian suami sudah tidak perlu dibiayai, kerana takaful sudah bayarkan. Betul kan? Manakala bahagian isteri, 50% selebihnya perlu terus dibayar oleh pihak si isteri.

Isu Yang Timbul Selepas Kematian Salah Seorang Penama. 
Bahagian si suami sudah pun menjadi HARTA PUSAKA. Jika suami masih ada mak ayah, mereka boleh tuntut hak mereka daripada 50% tersebut.

Saya baru dapat mesej, seorang balu yang baru kehilangan suaminya, anak ada dua. Mak dan ayah mertua tidak mahu lepaskan hak. Mereka tetap mahukan bahagian mereka dalam rumah. Si isteri tidak mampu bayar, kerana jumlah bahagian mereka hampir RM140,000!

Ya, RM140,000.

Sudahlah harta ini saja tinggal kepada balu dan anak-anaknya. Tetapi tetap mak ayah mertua tidak lepaskan. Bila ditanya kenapa?

“Ayah mahu sedekah duit kepada anak yatim dan bagi anak-anak ayah.”

Gamaknya, mertua beliau dan cucu beliau bukan anak yatim rasanya. Allah. Ini kes biasa yang ada di Malaysia. Penunggang agama tahap tertinggi. Ini baru mak ayah mertua, bagaimana pula kalau dengan adik-beradik mertua?

Di sinilah anda perlu mempelajari ilmu faraid. Kenali siapa waris suami anda dan isteri anda sekarang. Kenali perwatakannya. Namun, itu pun belum menjamin apa-apa.

Ayah Mertua Mahu Rumah Anak Yang Bakal Mati
Kes lain saya jumpa, ayah mertua kata buatlah rumah di atas tanah dia. Nanti dah siap, ayah mertua tukar nama. Tetapi sampai sekarang tak tertukar. Sudahlah si isteri guna tunai buat rumah dengan orang kampung. Tiada hitam putih.

Sekarang suaminya sudah lumpuh (anaknya si ayah ini) dan sudah nyanyuk kerana kemalangan. Tiap-tiap hari ayah mertua remind menantunya, jangan tukar bil elektrik. Sebab dia ingin rumah itu jatuh kepada dia jika anaknya sudah tiada nanti.

Saya rasa kasihan dengan si isteri itu. Anak sudah 4 orang. Sekarang isteri tengah memikirkan bagaimana nak dapatkan rumah yang telah dibina dengan duitnya. Moga Allah swt lindungi mereka dan mencukupkan rezeki mereka.

Tiga Perkara Yang Anda Perlu Buat?

Untuk elakkan perkara di atas berlaku dan anda ingin pasangan hidup senang, tidak mahu merempat selepas anda tiada nanti, anda perlu:

1. Buat hibah bersyarat.

Si suami hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si isteri. Si isteri pun hibahkan bahagian (50%) beliau kepada si suami. Hibahkan antara satu sama lain.

Jika suami meninggal dunia, bahagian suami akan dapat sepenuhnya kepada isteri. Jadi 100%. Begitulah sebaliknya. Selamat. Tidak pergi ke sesiapa sudah. Prosesnya anda perlu berjumpa consultant untuk melakukan hibah ini.

Rumah yang belum habis bayar pun boleh dihibahkan. Ini diambil atas ijtihad Dr Wahbah Zuhaili, dengan syarat hutang (loan) itu dilangsaikan jika meninggal dunia.

Apa maksudnya?

Perlu ada MRTA/MRTT. Kos tidaklah mahal. RM1600 sahaja untuk 1-3 geran rumah. Apalah nilai RM1600 dengan nilai rumah anda RM400,000-RM500,000.
Ini untuk orang tersayang anda juga, bukan untuk orang lain.

2. Bagaimana dengan harta sepencarian?

Untuk harta sepencarian, proses perlu di Mahkamah Syariah di mana kos amat tinggi. Biasa rate peguam buka kes sahaja RM5,000-RM10,000.

Untuk dapatkan hak penuh rumah, isteri perlu menunjukan bukti beliau ada sumbangan terhadap rumah tersebut.

Contoh:

Resit bayaran bulanan,
Resit renovation,
Resit yang berkaitan dengan rumah.
Pihak isteri perlu membawa perbuktian, barulah Hakim akan memberi pertimbangan sewajarnya. Sangat susah kes isteri dapat hak penuh terhadap rumah. Oleh itu, rancanglah sebaiknya tentang rumah ini kerana rumah paling kritikal jika berlaku perceraian atau kematian.

3. Boleh ke saya tukar terus kepada nama isteri atau anak?

Lebih selamat. Proses ini dibuat di Pejabat Tanah. Isi Borang 14A.

Jawapannya:

Tidak juga, kerana jika isteri mati warisnya juga boleh menuntut hak. Jika tukar kepada nama anak, anak pula mati awal daripada mak ayah.

Jika anak itu sudah berkahwin, sudah ada waris lain yang berhak. Contohnya, isteri atau suaminya.

Penyelesaian Terbaik
Penyelesaian yang terbaik ialah yang pertama iaitu hibah bersyarat.

Kepada suami dan isteri, buatlah perancangan sekarang. Kebanyakan yang ramai sangat jumpa saya ialah mereka yang telah menghadapi masalah sebegini.

Merasai keperitan keluarga retak kerana harta. Beza orang merasai dan tahu. Yang merasai sudah tentu tidak mahu warisnya susah begini. Yang tahu hanya tenang sahaja.

Alangkah sedihnya. Kita sudah berada di taman-taman syurga. Tetapi waris kita berada di neraka dunia. Merempat kerana tiada lagi rumah untuk berehat dan bersuka ria.

Sila tag dan share kepada pasangan anda jika anda termasuk dalam golongan ini.

Golongan di atas ini ialah golongan pertama kritikal perlu perancangan hibah.

Nasihat terakhir:

Hibah bukan lebih baik daripada faraid.
Hibah bukan penyelesaian segala-galanya.
Hibah bukan lebih baik daripada wasiat.
Setiapnya ada fungsi berbeza.

Semoga menjadi iktibar dan bermanfaat agar anak-anak dan pasangan dapat hidup dengan selesa dan terbela. Moga kita semua celik faraid.

P/S: Nak tahu aktiviti kekeluargaan yang menarik dan petua-petua JOM JOINT TELEGRAM KELUARGAGADER

Sumber: notawarisanpusaka.blogspot.com