Tahun ini pastinya sambutan Deepavali suram kerana negara dilanda pandemik Covid-19 , ditambah pula kerajaan melaksanakan PKPB. Namun bagi keluarga L. Linda Kasturi dan R. Karthik mungkin sedikit berbeza. Apa tidaknya, tahun ini lebih bermakna apabila mereka akan menyambut perayaan itu Sabtu ini dengan kehadiran ’ayah dan ibu baharu’ yang berbeza bangsa dan agama.
Lebih unik, Linda dan suaminya, Karthik, masing-masing berusia 39 dan 35 tahun itu turut mempelawa Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang mesra dipanggil ayah dan ibu untuk tinggal bersama sejak enam bulan lalu, walaupun mereka tidak pernah mengenali sebelum ini.
Bercerita lanjut mengenainya, Linda berkata Mohamad Fakhrulzaman dan Rohayati hanya dikenali ketika beliau dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu ekoran kesempitan hidup.
Kehidupan mereka terjejas teruk selepas Mohamad Fakhrulzaman yang bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.
Ads
“Niat saya ketika itu adalah hanya untuk membeli peti ais namun terbit rasa simpati terhadap nasib ‘ayah’ kehilangan kerja di sebuah restoran sejak PKP dan keadaan itu memaksa mereka menjual barangan perabot untuk menyara hidup dan membayar sewa rumah.
“Saya kemudian mengajak ayah dan ibu tinggal bersama saya kerana rumah saya mempunyai ruang yang cukup luas dan selesa baginya,” kata Linda ketika ditemui di sini, hari ini.
Seperti prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, kehidupan kesemua mereka penuh dengan toleransi dalam pelbagai aspek termasuk dalam soal keagamaan dan makanan meskipun berbeza agama dan bangsa.
Ads
“Soal makan minum tiada masalah kerana penyediaan makanan di rumah adalah halal dan bersih. Saya dan keluarga juga menghormati kepercayaan dan agama dianuti oleh ibu dan ayah dengan menyediakan ruang khas solat kepada mereka,” katanya dan menambah beliau turut menjaga ibunya S.Kamala Devi, 60.
Ibu kepada dua orang anak itu yang berusia 10 bulan dan 11 tahun itu berkata kehadiran pasangan berkenaan telah ‘melengkapkan’ lagi keluarganya dan bertekad untuk menjaga mereka selama yang mampu.
“Biarlah ibu dan ayah berada di sini.Saya juga ada niat untuk membina sebuah rumah di sebelah rumah saya ini kerana anak-anak sudah mula rapat dan sangat menyayangi mereka,” katanya dan menambah sambutan Deepavali kali ini akan disambut secara sederhana berikutan pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).
Ads
Sementara itu, Mohamad Fakhrulzaman yang menghidap angin ahmar sejak tahun lepas berkata keluarga berkenaan melayannya dan isteri seperti keluarga sendiri malah dia sendiri berasa selesa dan tidak kekok bergaul walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Linda dan keluarganya banyak membantu saya dan isteri selain menjaga kami dengan baik. Saya amat terhutang budi kepada Linda kerana sanggup membawa saya tinggal bersama dengan keluarganya dan makanan diberikan halal. Saya tidak kisah apa orang luar nak kata tetapi saya dan keluarga ini sahaja yang tahu betapa erat dan kasihnya kami sekeluarga,” katanya.
Bapa kepada lima orang anak berusia antara tujuh hingga 24 tahun itu berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada kesemua anak-anaknya dengan empat daripadanya berada dalam jagaan ibu kandungnya di Maran, Pahang, manakala seorang lagi di bawah jagaan ibu kepada isterinya di Indonesia kerana bersekolah di sebuah madrasah di Jawa Timur.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kacang botor matang apabila lenggainya berwarna hijau, berukuran 15-30 cm panjang dan 3 cm lebar. Biasanya buahnya dimakan apabila ianya masih muda, lenggai yang terlalu matang dan keras tidak sesuai lagi untuk dimakan. I ajuga dikenali dengan nama Kacang Kelisa,.
Kacang botor tumbuh menjalar, memanjat dan melilit maka penanaman secara komersial perlu menggunakan trellis bagi menggalakkan penghasilan yang tinggi.
Kacang botor sesuai ditanam disemua jenis tanah asalkan sistem pengairannya baik. Ditanam menggunakan biji benih namun biji benih haruslah direndam semalaman sebelum disemai kerana bijinya susah bercambah.
Walaupun pokok kacang botor sangat mudah untuk ditanam, ramai alami masalah pokoknya tak berbuah langsung. Hanya mabuk daun. Rupanya, selain membaja ada perkara lain yang perlu anda lakukan kalau nak hasil tuaian yang banyak. Jom baca perkongsian puan Hashimah Mohamad Shariff untuk mengatasi masalah tersebut.
Alhamdulillah hasil kutipan hari ini …berbagi rezeki dengan jiran..ramai yang tanya kenapa kacang botor tak berbuah dan mabuk daun …petua dia senang je …buang daun dan tunas2 dipangkal pokok…letak baja organik ..hasilnya dengan izin Allah ..
Bukan senang kita hendak mengajar anak-anak di rumah, ada sahaja cabaran dan kesulitannya yang tersendiri. Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu mengingati pelajaran yang diajar. Ketika itu, mulalah kita hilang sabar dan marah-marah kononnya kita merasakan anak tidak beri tumpuan apa yang telah kita ajarkan kepadanya.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff. Semoga bermanfaat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Cara Uruskan Emosi Ibu Ayah Ketika Bantu Anak Belajar
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.