Cabaran didik anak millennia di zaman sekarang boleh buat ibu ayah jadi sakit kepala. Dan beri nasihat, cakap ulang kali tetap juga lakukan kesalahan yang sama. Memang boleh buat hilang sabar.
Namun hakikatnya, nak bercakap dengan anak ni kena ada skill. Antaranya guna bahasa tubuh.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini saudara Mohd Fhais Salim yang juga dikenali sebagai Parenting Coach.
Kadang kita tak perasan kerana ego punca anak makin keras hatinya.
Segala nasihat kita langsung tak di dengari dia.
Pakar komunikasi bernama Mehrabian’s katanya,
Perkataan yang keluar dari mulut kita hanya menyumbang 7 peratus dalam komunikasi.
93 peratus lagi datang daripada bahasa tubuh kita iaitu pandangan mata, posisi tangan, postur tubuh, nada suara dan mimik muka kita.
Macam mana baik sekalipun meseg yang kita cuba sampaikan tapi jika bahasa tubuh kita JAHAT maka jahat la meseg yang anak terima di otak dia.
Saya yakin tak ada mak ayah yang berniat jahat.
Cuma bila kita ego, anak pun akan ego. Sungguh!
Bahasa tubuh
Sebab itu la, tolong seimbang meseg yang nak di cakap dengan bahasa tubuh.
– tak salah pun tunduk sedikit masa bercakap dengan anak
Dari bahasa tubuh juga anak belajar untuk feel kasih sayang dan cinta dari ibu ayahnya.
Sedikit pelukan dan senyuman sudah mampu buat anak yang keras hati jadi cair bair macam air.
Ibu ayah yang pandai komunikasi berpengaruh adalah ibu ayah yang akan di hormati sampai bila-bila…
Sumber:Mohd Fhais Salim
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club