“Ini Aturan Allah Buat Saya. Bukan Nak Raih Simpati, Cuma Mahu Kongsi Apa Yang Di Alami.” Zarina Luah Rasa Sedih Tuduhan Netizen

Share

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Zarina  Zainuddin ada memuat naik video anaknya Azal mengamuk kerana ingin berkahwin.

Rentetan daripada itu, ramai netizen yang memberi komen dengan memintanya bersabar. Tak kurang yang memberi kata-kata semangat. Namun, ramai-ramai komen tersebut, ada satu komen yang mengguris hati ibu anak empat ini.

Menerusi kapsyennya, Zarina mengatakan “Jahatnya manusia mereka reka cerita kononnya apa yang dia kongsikan di laman instagramnya adalah sekadar sengaja meraih simpati.

Menurut Zarina lagi, instagram milik individu berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai gambar malah tak banyak berbalas dalam komennya.

“Last-last dia cakap saya sengaja meraih simpati.. untuk apa ya ..saya tak minta sedekah pun dengan orang saya cuma syer apa yang saya alami dan rasakan.. tak sangka perempuan pun jahat dan hati kotor ada lagi orang macam ni..

“Sepatutnya sesama perempuan kita jaga dan sayang kaum kita kita doakan dan lindungi ia.. Semuga Allah membalas balik kata2 mu pada dirimu sendiri.” ujar Zarina menerusi kapsyennya.

Zarina sebelum itu memuat naik cerita sebenar mengenai kelakuan anak kembarnya yang menghidap autisme.

Katanya,” Azal terganggu dengan Azil sebab Azil kembar azal satu uri. Azal cuba memahami Azil tapi Azil tak boleh bercakap gerak bahasa pun lain Azil lebih sensitif berbanding Azal ,Azal terlalu sayangkan Azil dan cuba menjaga Azil sebaik mungkin ,makan minum ,ubat semua Azal yang jaga,” jelas Zarina lagi.

Menurut Zarina lagi, bukan semua peristiwa dia rakam. Ada yang beliau sempat kongsi ada yang dirasakannya tak perlu.

“Azil sebenarnya mengamuk setiap dua jam umpama anak kecil nak mintak susu
Azal pula sebolehnya pagi dia nak keluar rumah sebelum Azil bangun dia risau Azil mengamuk dia akan mengamuk juga bila dua dua mengamuk susah nak leraikan maka akan keluarlah ayat ayat dari azal dia nak luahkan perasaan amarahnya.
Azal sebenarnya boleh hidup normal beri dia peluang untuk mengenal erti hidup ,InsyaAllah.

Rata-rata netizen menyokong dan memberi kata semangat buat Zarina supaya terus bersabar.

rosses_74Hina sangat ke ank autism ni kak @zarinazainuddin_ apa2 pn yg akk lakukan..sy akan sokong akk..sy bhgia sngat tgok usha akak..kegigihan akk membela ank2 syurga..sy bngga dgn akk..x pa kak..doa sy sntiasa mngiringi akk skluarga…

fairosiah_barwin_thajudeen@zarinazainuddin_ Biarkan je kak..mulut manusia ni slgi dye xalami..dye xkn fhm..pd kitorg smua akk bkn je pelakun..tp heroin yg hebat..tabah..kuat..moga Allah sntiasa pmudah urusan akk n fmly ..amiinn..

shuhazahussinBiarlah mereka semua tu ahli neraka. Anak2 autis bunuh org pon tetap masuk syurga..get yourself educated b4 u can judge someone with autism!!! Bersabarlah wahai ibu2 penjaga ahli2 syurga..kita semua sudah ada tiket utk ke syurga…

ju_sitifatmah@zarinazainuddin_sabarlah,namanya manusia,cantik diwajah,blm tentu cantik dihati.ramai manusia begini,kerana mereka terlupa,bahawa mereka akan jadi penghuni neraka,wallahualam.#peringatanutkdirisayasendiri

ilhamadiladoa ni pkara baik. jgn pnh doa y buruk..kelak bbalik pd diri..n kalu kita rasa org tu pcakapannya teruk, jgn kita buat bnda y sama such ckp bnda y buruk smula pd dia..itu mnampakkan kita sama je mcm dia..xde beza..doa kan saje y baik2..moga Allah kurniakan ksabaran buat kak @zarinazainuddin_ Allah bless u!

syaarifah_aatiqah@zarinazainuddin_ sabar ya kak… Xsemua manusia boleh tgk kita senang.. Sy doakan yang baik2 sahaja utk anak2 akak.

ainnzariq??np mulut jht sgt… X ap kk @zarinazainuddin_ biar orang nk kata apa pd kk.. Allah maha mendengar… Pahala dyorg tue dpt kk… ??

Sumber: IG zarinazainuddin_