HomeKekeluargaan“Ini Anugerah Tidak Ternilai Allah Beri Lebih-Lebih Lagi Anak Perempuan Pertama Dalam...
“Ini Anugerah Tidak Ternilai Allah Beri Lebih-Lebih Lagi Anak Perempuan Pertama Dalam Keluarga.” Ibu Ini Reda Diuji Anak Lahir Tanpa Tempurung Kepala & Otak Di Luar
Dalam kegembiraan menantikan kedatangan si kecil, namun keluarga ini diuji apabila bayi perempuan yang dilahirkan itu tiada tempurung kepala sehingga menyebabkan otak berada di luar.
Suri rumah, Norwati Saad, 35, melahirkan bayi comel diberi nama Nur Annissa Zaki sejak 4 Ogos lalu, diuji dengan kecacatan pada tempurung kepala bayinya yang dinamakan ‘holoprosencephaly,’ selain mengalami lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.
Menurut Norwati, dia melahirkan anak kelimanya itu di Hospital Port Dickson dan pada ketika usia kandungan tujuh bulan, dia dinasihatkan oleh doktor untuk menggugurkan kandungannya selepas laporan imbasan ultrasound mendapati terdapat kecacatan di bahagian kepala anaknya.
Katanya, pihak hospital turut memaklumkan jangka hayat anaknya tidak lama, bagaimanapun dia dan suami, Zaki Rosly, 40, hanya mampu berserah kepada ALLAH SWT dan berharap anaknya terus hidup sihat seperti bayi lain.
Doktor kata anak saya hanya mampu hidup dua, atau tiga hari sahaja selepas bersalin namun sehingga hari ini saya bersyukur umurnya masih panjang dan memang mudah menjaga Nur Annissa kerana tidak selalu meragam.
Ads
“Saya anggap ini anugerah tidak ternilai ALLAH SWT beri kepada kami suami isteri lebih-lebih lagi anak perempuan pertama dalam keluarga memandangkan empat anak saya yang lain adalah lelaki,” katanya yang menetap di Kampung Kuala Linggi, Masjid Tanah, di sini hari ini.
Norwati berkata, sejak mengetahui keadaan fizikal bayinya dia telah belajar untuk menerima hakikat itu dengan hati terbuka sehinggalah melahirkan Nur Annissa secara normal dengan berat lebih 2.6 kilogram.
“Sedih memang sedih, tapi saya dah bersedia sejak kandungan berusia tujuh bulan lagi dan apa sahaja yang ALLAH SWT berikan saya terima serta reda,” katanya.
Ads
Sementara itu, suaminya, Zaki Rosly, 40, yang bekerja sebagai operator kilang di Tangga Batu berkata, anaknya juga tidak minum susu melalui puting botol disebabkan masalah lelangit sumbing dan hanya diberi minum menggunakan cawan sukatan plastik.
Menurutnya, dia berharap ada pihak yang dapat membantu mereka terutama yang pakar dan arif dalam bidang perubatan agar anaknya dapat membesar dengan sihat serta menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Ads
“Setakat ini pun pihak hospital tidak memaklumkan kami perlu menjalani rawatan susulan dan kami sendiri tidak tahu apa yang boleh kami buat. Cuma di bahagian kepala Nur Annissa, kami letakkan kapas serta pakaikan sarung kepala disebabkan keluar cecair berwarna kekuningan,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyumbang atau menghulurkan bantuan boleh menghubungi beliau melalui nombor telefon 01161673662 atau akaun bank BSN 0411729000088130.
Sumber: Sinar harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semenjak PKP yang dilaksanakan tahun lepas, ramai yang memiliki hobi baru untuk memenuhi masa yang banyak dihabiskan di rumah. Selain dekorasi rumah, aktiviti tanam sayur antara yang menjadi pilihan ramai.
Antara sayur yang ditanam adalah sawi, kubis, cili, terung dan banyak lagi. Semua sayuran jenis yang mudah hidup serta tak memerlukan ruang yang luas. Boleh sahaja ditanam di tepi halaman rumah atau di dalam bekas besen dan polybag misalnya.
Bgai ibu-ibu yang nak cuba tanam terung, boleh lihat perkongsian dari puan Nur Zaliana ini. Beliau berkongsi tip bagaimana menjaga pokok terung hanya dengan menggunakan sisa buangan dapur sebagai baja serta untuk kawalan serangga perosak, Zaliana menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja seperti campur beberapa bahan lalu disemburkan pada pokok terung.
Benih terung kedai ECO sudah 7bulan usia pohonnya masih keluarkan hasil Alhamdulillah
*Cara saya jaga kawasan kena lah sentiasa bersih,baja buangan sisa dapur seperti kulit bawang air cucian veras air cucian ikan mol kompos kulit pisang baja tinja ayam proses.
Saya amik masa sekurang2 nya 2minggu sekali gembur dan merumput membaja untuk elak kan serangga lalat buah DLL tanam serai wangi serai masak tanam kunyit. Siraman air 1hari sekali tidak siram bila hujan turun, pruning daun time buah rancak berbuah.
Bunga
*Untuk kawalan serangga itu sendiri saya guna cili padi-bawang putih-minyak masak blend tapis dan sembur pada bawah daun2, time berbunga lebat saya goncang2 kan pokok tips ini saya ikut Tuan (Nur Amirul Nur Azmi) supaya buah lekat.
14 pohon 3 bulan pertama masih berbaja kini tiada buh baja, cuma buat kawalan serangga air dan merumput
*Ada yang tanya tak pakai baja bijik (NPK/UREA) ke jawaban saya setakat ini Tiada.
*Seronok tanam terung produktif berperingkat dengan kata lain tak pernah putus,pokok tahan lama,dan yang paling penting boleh berkongsi dengan jiran-jiran.
Sunber: Nur Zaliana via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Raja Ilya kongsi gelagat comel Talita angkat kain jemuran “Awal-awal ajar anak tolong kat rumah…” Dalam membesarkan anak-anak, adalah penting untuk ibu bapa memberikan didikan yang seimbang antara akademik dan kemahiran hidup. Salah satu aspek penting dalam kemahiran hidup ialah mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah.
Raja Ilya Kongsi Gelagat Comel Talita Angkat Kain Jemuran “Awal-awal Ajar Anak Tolong Kat Rumah…”
Kerja rumah bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa, malah ia juga merupakan salah satu cara terbaik untuk membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, dan disiplin dalam diri anak-anak sejak kecil.
Melalui satu hantaran yang dkongsikan oleh Raja Ilya, dia berkongsi gelagat anaknya, Talita yang sibuk mengangkat kain daripada jemuran.
Memang betul! Ibu-ibu tidak mungkin dapat melakukan semua perkara seorang diri. Kami bukannya robot yang boleh menyelesaikan semua kerja dalam satu masa. Sebab itu, dari awal lagi, kita perlu mengajar anak-anak untuk membantu di rumah.
Kita tidak mahu mereka menjadi terlalu manja, di mana setiap perkara perlu disuap. Jika mereka sudah pandai kemas mainan yang mereka sepahkan, angkat kain, lap meja selepas makan, cuci tangan sendiri, makan sendiri, dan mula pergi ke tandas sendiri – walaupun agak mencabar – itu sudah satu permulaan yang baik.
Jadi, apabila adik mereka lahir nanti, ibu tidak perlu buat semua perkara seorang diri. Setidaknya, ada yang boleh membantu menguruskan kerja-kerja kecil di rumah.
Begitulah kisah hari Selasa saya!- tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya mendapat respon di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod Raja Ilya berkahwin dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia Pasangan memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Raja Ilya kini sedang sarat hamil anak kedua.
Sudah menjadi kemestian, setiap kali raya pasti wajib ambil gambar sekeluarga kan. Baik orang biasa mahupun selebriti pasti akan berbuat demikian. Pelakon Lisa Surihani juha tidak ketinggalan menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.
Namun apa yang menarik perhatian adalah gelagat dua orang anak kesayangannya, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne sewaktu bergambar bersama mereka.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...