Baru-baru ini, pelakon Scha Alyahya memuat naik dua keping gambar berada di hospital. Turut bersamanya Awal Ashaari dan juga Lara.
Rupa-rupnya, Scha ketika itu bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim ataupun dikenali sebagai Endometriosis.
Terbaru, dalam laporan oleh Harian Metro memberitahu pelakon ini selamat menjalani pembedahan tersebut.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.
Sebelum ini, Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.
Sumber: schaalyahya& Harian Metro