
Baru-baru ini, pelakon Scha Alyahya memuat naik dua keping gambar berada di hospital. Turut bersamanya Awal Ashaari dan juga Lara.
Rupa-rupnya, Scha ketika itu bakal menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim ataupun dikenali sebagai Endometriosis.
Terbaru, dalam laporan oleh Harian Metro memberitahu pelakon ini selamat menjalani pembedahan tersebut.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, berkata, masalah ketumbuhan itu sebenarnya mula dikesan pada Disember tahun lalu.
“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketumbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.
“Tambahan pula, akibat ketumbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.
“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.
Menurut Scha lagi, masalah ketumbuhan dalam rahim yang dihadapinya itu juga menjadi salah satu penyebab dia sukar untuk hamil lagi.
“Meskipun ada penghidap sama boleh hamil, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak hamil lagi.
“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk hamil, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.
Sebelum ini, Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan hamil anak sulung, Lara Alana.
Sumber: schaalyahya& Harian Metro
Berderet 5 Anak Lelaki & Yang Ke 6 Baru Perempuan. Kini Hamil Lagi, Ibu Ni Bersyukur Ada Anak Ramai!

Bila dikurniakan seorang anak lelaki, realitinya untuk kandungan seterusnya sebagai ibu ayah teringin pula untuk memiliki anak perempuan.
Pun begitu, rezeki dikurniakan anak lelaki atau perempuan adalah anugerah dariNya, Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Manakala membaca coretan ibu ini yang dikurniakan berderet lima anak lelaki dan anak keenam barulah dianugerahkan anak perempuan, cukup disyukuri!
Ini perkongsian.
Saat Allah memberi khabar gembira,
Saat pertama kali memeluk putera pertama.
Airmata laju tanpa disekat. Ya Tuhan, Kau Kurniakan kami Khalifah kecil pelengkap.
Saat hadir putera kedua, Engkau sempurnakan sahabat buat Abangnya.
Putera ketiga menyusul, Biarpun satu-satunya anak yang lahir secara pembedahan. Menambahkan bilangan makmum jemaah kami.
Hingga menyusul pula putera keempat.
Engkau lunakkan hati kami, bahawa Engkau sempurnakan pengusung jenazah kami dari setiap penjuru.
Lahir putera kelima, maka bergembiralah daku menjadi Permaisuri di kalangan sang Raja dan hulubalangnya.
Saat itu, hanya berserah. Andai tiada puteri, maka aku redha atas ketentuanMu. Kerana aku tahu, hikmahNya nikmatNya lebih besar nilainya disisiMu.
Hinggalah saat redha itu sepenuh hati.
Lalu hadirnya puteri disambut tangan ayahnya,
Indah khabar dari Mu. Lahirnya Puteri pertama sebagai berwalikan pertama ayahnya.
Tiada rasa yang indah melainkan kesyukuran tidak terhingga. Engkau berikan kami Puteri di kalangan hero yang ramai. Ditatang disayang sepenuh jiwa dan raga. Dimanja ayahnya tanpa sedikit rasa jemu dan curiga.
Namun, Takdir indahnya bersulam cinta.
Di usia kelahiran sang puteri meniti hari.
Hadiah dihari ulangtahunku.
Terima kasih ya Allah untuk khabar gembira anakanda ketujuh. Disaat sempurna sudah pelengkap dan permata hati, Kau berikan jua nikmat tidak terhingga.
Terima kasih ya Allah menjadikan aku salah seorang ibu yang ramai anaknya. Ya Allah, cantikkan akhlak mereka secantik akhlak Alquran dijiwa. Kuatkan aku menjadi ibu yg penyayang buat mereka.
Ya Allah, Jagakan mereka sebaiknya.
Buatkan hatiku damai dan redha, tenang meniti saat tibanya masa dan ketika.
Sesungguhnya, nikmatMu sukar dijangka.
Aamiin ya rabbal alamiin.
Sumber : Sarah Saifuddin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Dapatkan juga pelbagai produk dengan tawaran harga istimewa di sini
Perut Buncit Macam Mengandung, Rupanya Ibu Anak 2 Ini Kena Kenser Ovari!

Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Itulah yang dirasai oleh Puan Hety Ezleen apabila didionogsis menginap kenser ovari. Seakan tidak percaya bila mana perut yang semakin membesar seperti wanita mengandung empat bulan, itu adalah antara tanda-tanda nyata dirinya perlu membuat sesuatu untuk mendapatkan rawatan.
Ikuti perkongsian ini agar ianya dapat memberi manfaat bersama.
Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..
Tanda-tanda yang dirasai
Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2
Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini..
Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung
(perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh. Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut
Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular.. utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je.
Apa tindakan saya?
Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung.
Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2)
14.2.2018
Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!! tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)
14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar
15.2.2018
Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)
15.2.2018
Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni
Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram
(BAYARAN free sbb kakak ipar)
20.2.2018
Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu.Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim
Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit. Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah. sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer.
Saya menangis dan terus menangis (BAYARAN RM951.25)
26.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dgn doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi saya akan manopous
, tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya.
uarghhh saya menangis lagi depan doc.
Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd diriku/
Keluar dr bilik doc, call family dan kawan terdekat..menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)
27.2.2018-1.3.2018
Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!!menangis okeh!!Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya..
Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom2 spr saya.. Apa2 hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai2 makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu
Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok
Doakan kesembuhan saya..
Doakan saya kuat.
Dan kini alhamdulillah, Hety Ezleen menjalani kehidupan lebih sihat dan ceria disamping keluarga dan teman-teman.
sumber : Hety Ezleen
Resipi Roti Arab Hanya Guna 4 Bahan Aje, Gebu Dan Lembut, Pasti Sedap!

Inginkan hidangan sarapan yang simple tapi sedap, boleh cuba buat roti Arab. Ia merupakan menu yang menggunakan tepung gandum dan dicicah bersama kuah seperti kari ayam atau daging.
Sudah semestinya juadah ini dapat menarik minat suami dan anak-anak di rumah. Resepi ini amat mudah untuk dibuat dan hasilnya juga pasti menarik dan sedap.
Ikuti resepi roti arab ini yang telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat cara-cara penyediaanya.
Roti naan/roti arab. Sedap makan panas-panas dengan gulai daging
Resepi :
Bahan-bahan yangs simple
Yis 2 sudu
Susu cair 2 sudu
Gula 3 sudu
Tepung gandum…(ikut kesesuaian)
Cara penyediaan:
Peram yis ..gula..susu cair..bila dan berbuih..masukkan tepung sikit2..uli hingga elastik..kalo adunan kering..masukkan air sikit2 dan uli hingga gebu dan cantik licin
Bentukkan bulat2..perap lg 30 minit…kembang elok…gelekkan dgn penggelek nipis2.
Bakar dalam kuali..siap
Kredit: Anita ramli
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club