Ini 9 Sebab Kenapa Kena Buat Hibah Supaya Ahli Keluarga Terbela. Ambil Peduli Hal Ini.

Share

Ramai yang tahu tentang faraid, namun tidak ramai mempunyai kesedaran mengenai hibah. Hibah ini umpama ‘hadiah’ yang diberikan waktu kita masih hidup kepada individu lain.

Secara umumnya hibah adalah cara yang memudahkan proses pembahagian harta apabila kita sudah mati kerana ia dilakukan ketika masih hidup. Ia juga mengelak berlaku

pertelingkahan mengenai harta dan memudahkan pemberian pembahagian harta.

Nak tahu siapa yang layak mendapat hibah ikuti lanjut maklumat ini.

Inilah 9 Golongan Kritikal Kena Ada Hibah Yang Ramai Orang Tak Tahu Beserta Hujahnya

1 – Keluarga yang tiada anak

Jika tiada anak harta pusaka yang akan di terima oleh isteri hanya 1/4 sahaja. Manakala 3/4 lagi akan di bahagikan kepada mak ayah atau adik beradik suami.

2 – Keluarga yang ada anak perempuan sahaja

Anak perempuan tidak seperti anak lelaki asabah ( penghabis harta ). Anak perempuan hanya layak menerima 1 bahagian sahaja dari keseluruhan harta pusaka.

3 – Keluarga yang ada anak angkat

Anak angkat tidak layak mendapat sebarang agihan harta menurut faraid walaupun anak angkat itu di jaga sejak lahir lagi.

4 – Suami yang ada isteri lebih dari seorang

Bila ada ramai isteri, anak-anak pun sama. Jadi pembahagian harta jadi bertambah rumit jika tanpa hibah. Terumatanya harta yang melibatkan rumah dan tanah.

5 – Samaratakan bahagian anak lelaki dan perempuan

Jika mahu setiap anak dapat harta samarata tidak kira lelaki atau perempuan wajib gunakan hibah kerana ikut hukum lelaki pasti dapat lebih kerana mereka adalah wali.

6 – Tidak berkahwin

Individu yang tidak berkahwin tapi ada harta jika tak membuat hibah masa hidup maka harta tersebut akan menjadi rebutan adik beradik dan berisiko silaturrahim sesama adik beradik porak peranda.

7 – Isteri muda

Lelaki yang baru kahwin dengan isteri muda dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang lebih kurang umur isteri muda itu. Jika begini situasinya mustahil isteri muda boleh bekerjasama dengan anaknya. Silap hari bulan kena halau rumah bila suami dah tak ada.

8 – Rumah ada nama suami dan isteri

Suami isteri beli rumah sama nama. Kongsi pinjaman perumahan dan ada 2 nama dalam geran. Bila suami mati, hak milik rumah tersebut tak jatuh terus pada isteri sebaliknya ia akam jadi faraid. Ada bahagian anak, adik beradik dan mak ayah suami kat situ.

9 – Keluarga yang ada anak istimewa

Dalam faraid tidak kira anak itu istimewa atau normal pembahagian harta ialah sama. Dari segi logik anak istimewa lebih perlukan bantuan kerana mereka tak mampu berdikari. Hibah la penyelamatnya.

Wallahu A’lam,

p/s : Semua orang wajib tahu ilmu ni kerana semua orang akan alami masalah ini.

Sumber: Mohd Fhais