Buat penggemar makan makanan laut, tentunya menu udang, ketam dan sotong antara wajib ada dalam hidangan mingguan.
Asyik makan di kedai, harganya memang ‘kayangan’. Jika nak jimat kenalah masak sendiri.
Namun nak memasaknya ada caranya. Sebagaimana memasak sotong. Ia pun ada caranya barulah saiznya tak mengecut, tak rasa hanyir, elok pejal dan tak liat. Barulah rasa macam makan di restoran.
Bagi yang tahu, ikuti 6 petua ini oleh Mamak Haji agar sotong yang dimasak tidak liat dan tidak menjadi kecut.
Teknik Masak Sotong
1.Setelah sotong dicuci dah bersihkan ketuk beberapa kali pada badannya dengan kitchen mallet tapi jangan sampai terkoyak pula isinya. Kemudian potong bulat atau mengikut cita rasa.
2. Jangan terlalu lama masak sotong, isinya akan jadi macam tayar goodyear. Kalau gunakan suhu terlalu panas masak di antara 1 minit ke 3 minit saja. Atas 5 minit, sayonara.
3. Masak sotong dengan api dapur yang sederhana, cara simmering atau reneh sekurang-kurangnya selama 45 minit. Ini yang buatkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat-masala. Ingat ye kalau nak cepat cuma gunakan air panas yang mendidih gunakan masa masak di atas iaitu sama 1-3 minit saja..tapi kalau masak masala yang sedap maka elok masak sotong dalam renehan iaitu mulakan dengan air sejuk, tapi kena sabar.
4. Isi sotong juga boleh dilembutkan dengan perapkan jus limau nipis atau lemon. Asid dari jus ini bukan saja lembutkan isi sotong tapi menghindarkan bau hanyir sotong.
5. Ada juga orang Perancis suka rendam sotong dalam susu untuk melembutkan sotong. Ini kerana susu mengandungi asid lactic, oleh itu perap sotong semalaman atau sekurang-kurang 4 jam dalam peti sejuk sebelum digunakan.
6. Dakwat hitam sotong bukan beracun maka boleh disimpan dan digunakan untuk masakan ikan kicap atau goreng sayur kicap. Dakwat ini akan beri aroma yang sedap untuk masakan anda.
Tip tambahan
Jika sotong digunakan di dalam resipi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air yang mendidih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air sejuk supaya sotong tidak liat.
Jika ingin menggoreng sotong, pastikan digoreng dengan minyak yang banyak.
Rendam sotong yang telah dibersihkan dengan air bercampur cuka selama 5 minit sebelum dimasak akan dapat mengelakkan sotong menjadi kecut.
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.