Ini 17 Tip Nak Didik Anak Yakin Diri Sejak Kecil. Boleh Follow!

Share

Begini cara nak melatih anak-anak kita mempunyai Self-Esteem (Jati diri, keyakinan diri atau nilai diri) yang tinggi.

Ikuti perkongsian ini.

1. Beri anak kita sokongan serta dorongan ketika beliau gagal melakukan sesuatu perkara. Contohnya anak kita tidak mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan, tidak berjaya menaiki basikal, sukar mengeja dan membaca atau tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan baik.

Yakinkan dirinya tentang peluang masih ada dan dia akan mampu melakukannya suatu hari nanti dengan cemerlang. Pointkan bahawa kita sangat percaya dia akan berjaya.

2. Beri pujian pada perbuatan yang anak-anak kita lakukan. Apabila anak berjaya bercakap satu perkataan dengan jelas, apabila anak boleh membaca dan apabila anak berjaya melakukan apa-apa tugasan beri pujian tanda kita menghargai setiap usaha yang dilakukannya.

3. Memberi dorongan supaya anak dapat explore hobi dan minat. Jika anak minat melukis, menulis dan mewarna, terus beri dorongan untuk mereka meneruskan aktiviti itu. Malah, jika anak-anak minat bermain bola sepak atau outdoor aktiviti, teruslah memberi sokongan penuh.

4. Tunjukkan kasih sayang kita kepada anak melalui perkataan, perbuatan, ekspresi muka dan pandangan mata kita.

Contohnya,

Melalui perkataan dengan menyebut kita sangat menyayangi dirinya dan menghargai dirinya.
Melalui perbuatan dengan memeluknya atau mengusap bahunya.
Melalui ekspresi muka apabila kita memandang anak kita dengan penuh kasih sayang serta memberitahu betapa pentingnya dia dalam hidup kita.

Pamerkan kasih sayang kita padanya supaya dia tahu dirinya sangat berharga untuk kita.

5. Latih anak untuk menyayangi diri mereka sendiri. Sentiasa jaga kesihatan, sentiasa jaga diri dan setiasa ingatkan mereka yang mereka adalah orang yang sangat penting dalam hidup kita sekeluarga.

6. Menegur anak jika mereka melakukan kesalahan dan kesilapan dengan teguran yang baik. Perjelaskan setiap teguran kenapa dan mengapa serta kesan setiap perbuatan itu dalam hidup mereka.

Elakkan menggunakan kata-kata yang kesat, maki-hamun dan nada suara yang terlampau tinggi.

7. Perbaiki posture tubuh badan anak semasa berjalan, berhadapan dengan rakan sebaya mahupun masyarakat atau ketika bercakap serta bermain. Posture badan serta bahasa tubuh akan mencerminkan kita mempunya Self Esteem yang tinggi ataupun lemah.

8. Jadikan diri kita sebagai Role Model pada anak-anak. Jika kita mahu anak-anak sopan apabila berbicara, kita juga perlu mengelakkan terjerit-jerit pada anak. Jika kita mahukan anak-anak solat 5 kali sehari, kita perlulah mendirikan solat tanpa culas. Ibu bapa adalah Role Model terbaik untuk anak-anak.

9. Elakkan membandingkan anak-anak antara satu sama lain. Anak-anak yang sering dibandingkan akan merasakan dirinya kekurangan dan sering berasa tidak yakin dalam melakukan sesuatu.

10. Memberitahu anak-anak bahawa kita sangat mencintai mereka tanpa syarat. Bukan disebabkan pencapaian akademik mereka, bukan disebabkan rupa paras atau kelebihan mereka. Kita menyayangi mereka kerana diri mereka.

11. Kuatkan Bonding antara kita dan anak-anak. Bermain bersama, bercerita, berkongsi rahsia dan impian bersama.

12. Membantu anak untuk explore dunia luar seperti bermain di playground, bermain bola, bermain bersama rakan-rakan dan melakukan aktiviti fizikal bersama-sama.

13. Membantu anak menyiapkan target apabila melakukan sesuatu perkara.

Contohnya menyimpan kembali barang permainan selepas bermain, mengemaskan katil apabila bangun tidur. Tidak meletakkan target yang besar kepada anak seperti wajib mendapat Top 3 di dalam kelas.

Tetapkan target yang mudah dicapai untuk menyuntik semangat motivasi dalam dirinya.

14. Beri reward terhadap pencapaian anak. Apabila anak-anak berjaya melakukan sesuatu perkara yang menggembirakan, berilah reward sekali-sekala seperti belanja makan atau beli barang yang dia sangat-sangat inginkan.

15. Bercerita, menyanyi dan menari bersama. Jujurnya anak-anak yang dapat melakukan aktiviti ini di hadapan ibu bapa sendiri adalah anak yang sangat tinggi nilai Self-Esteem mereka.

16. Melatih anak membuat keputusan sendiri seperti memilih apakah pakaian yang hendak dipakai pada hari berkenaan, menu apakah yang ingin dimakan ketika sarapan dan alatan permainan apakah yang ingin dipilih jika mereka diberi peluang untuk membeli.

17. Akhir sekali, melatih anak untuk berkata “TIDAK” jika mereka tidak selesa atau tidak bersetuju atas sesuatu perkara. Ini akan mengelakkan anak kita “DIBULI” walau dimana sahaja mereka berada kerana JATI DIRI mereka telah kuat.

Adalah sangat penting bagi anak-anak kita mempunyai Self-Esteem yang tinggi dan positif. Mereka ini akan cenderung untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Self-Esteem seseorang sangat dipengaruhi oleh kehidupan pada zaman kanak-kanaknya. Selalu mempunyai perasaan positif dan gembira adalah salah satu kaedah terbaik untuk meningkatkan Self-Esteem anak-anak kita.

Self-Esteem – Kepercayaan pada diri sendiri, YAKIN PADA DIRI SENDIRI.

Jom membina anak-anak yang positif melalui Self-Esteem yang tinggi.

Nak lagi tips therapy?
Jom join telegram group :
https://t.me/joinchat/AAAAAEoWwzXGbVLf_oFjsw

Norzi Malek
Dari Therapist Untuk Therapy
Khamis, 27 Februari 2020.