Menyentuh tentang stress yang dirasai oleh seorang wanita bergelar isteri dan ibu pada masa kini, dapat dirasakan semakin menjadi lebih berat kerana ibu hari ini memainkan dua peranan dalam satu masa. Dialah juga membanti mencari rezeki keluarga dan menjaga anak-anak.
Andai tidak diurus emosi dengan baik, bimbang boleh mengganggu perasaan dan mendatangkan tekanan. Sekali gus dalam sedar atau tidak, akan turut terkesan pada seluruh keluarga terpaksa menjalani kehidupan yang tidak tenang.
Untuk itu, ayuh kita baca perkongsian daripada Puan Nurul Iiyani berkenaan tip menjadi ibu yang tenang untuk kebaikan bersama.
Tip jadi mak tenang-tenang oleh Dr. Ng (Pakar psikiatrik)
Tidak semua perkara yang berlaku depan kita perlukan tindakan. Kadang-kadang kita tengok je, perhatikan saja. “Sometimes, you just need to observe”, kata dia.
Ads
Contoh:
Rumah sepah
Sinki penuh
Kain berlonggok
Ads
Kalau rasa tak mampu masa itu, jangan buat. Buat lewat sikit, bila dah tenang.
Anak bergaduh, pukul-pukul, tak perlu leraikan dan tegur. Observe saja selagi tak ada benda bahaya di tangan. Tegur, betulkan, disiplinkan masa kita dah okay.
Mak-mak stress sebab nak betulkan anak, nak didik anak, nak rumah kemas, nak semua tip top.
Ads
Keypoint:
Untuk SELURUH family rasa tenang, mak kena tenang dulu. Tak semestinya bertindak terus. Tak apa delay action.
Nota saya: Ini coping skill di rumah sendiri, bukan juga untuk yang ada pembantu rumah, bukan juga untuk suami jenis lipas kudung tolong handle rumah. Bukan. Bukan. Ini untuk mak-mak yang mudah stress. Sebab stress tanpa kawalan boleh melarat hingga sakit mental.
Bila sebut bab kerja-kerja dapur, pasti ibu-ibu tak lepas dari masalah kotoran, minyak dan sebagainya. Untuk memudahkan kerja-kerja membersihkan dapur, apa kata ibu-ibu cuba tip yang dikongsikan oleh puan Yatie Eimra ini.
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Bukan hadiah mahal yang diingini seorang ibu setiap kali tibanya hari lahir, ingatan dan kasih sayang daripada seorang anak Itu yang membuatkan si ibu rasa dihargai.
Demikian juga dengan pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima.
Keikhlasan serta kasih sayang dalam memelihara dan mendidik anak angkat istimewanya, Citra cukup terserlah. Bahkan, keakraban antara mereka sering dipuji.
Selain Citra, dia turut mempunyai 3 orang anak angkat lelaki dan seorang lagi anak angkat perempuan. Dua daripadanya sudahpun mendirikan rumahtangga dan pengarah drama Mok Cun ini bakal menimang cucu tidak lama lagi.
Dalam perkongsian video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, Erma yang baru menyambut ulang tahun kelahiran menerima hadiah daripada anak istimewanya itu.
“ANAK SYURGAKU…Dia sangat special. Tak kerja..takde gaji..dia dpt upah dr abg2 dia jual perfume utk abg dia.
“Hadiah duit yg dia bg aku tu hasil upah dia. 🥺🥺🥺Semuanya dia bg utk hadiah harijadi aku. Tiada kata2 yg indah buatmu Citra.
“Anugerah terbesar dr Allah buat aku.Terima kasih Allah. Kau pinjamkan dia kepada aku menjadi penyejuk hatiku.
Rupa-rupanya citra menghadiahkan ibunya satu tas tangan. Apa yang lebih istimewanya, beg tersebut dihasilkan sendiri oleh Citra. Selain itu, dia turut memberikan ibunya hadiah berupa wang yang diperolehi hasil usahanya menjual perfume abang-abangnya.
Lebih menyentuh hati adalah Citra turut mencoretkan satu bingkisan kata yang cukup bermakna.
Menerusi bingkisan ucapan tersebut, Citra meluahkan pujian buat ibu angkatnya ini atas pengorbanan dan jasa membesarkannya sehingga kini.
Kata-kata yang diungkapkan Citra cukup puitis dan cukup menyentuh hati warganet yang menonton video berdurasi 3 minit itu.
Kasih ibu bawa ke syurga dan kasih bapa kekal selamanya. Ini menunjukkan betapa ibu bapa perlu diberi status kedudukan yang amat mulia. Antara coretan Abby Abadi ialah “Kita jaga mak ayah kita, insyaallah anak-anak jaga kita pula.”
Hati tersentuh kala membaca coretan Abby Abadi pada masa yang sama memuat naik video rutin mandikan ayahanda tersayang. Menerusi coretannya, beliau melahirkan rasa rendah diri untuk memberikan tanggungjawab yang terbaik sebagai anak kepada ayahanda tersayang.
Walaupun kadang kala menghadapi kekangan masa, beliau dan suaminya akan sedaya upaya meluangkan masa untuk menguruskan rutin harian menguruskan ayahanda selain dibantu bondanya.
Muhasabah diri buat dirinya, beliau juga berpesan kepda pengikutnya supaya menjaga kedua ibu bapa, moga menjadi teladan kepada anak-anak.
Nyata, oleh kerana itulah, Islam meletakkan ibu bapa pada status tertinggi dalam kehidupan seorang anak selain Tuhan dan Nabi. Sesungguhnya sedar atau tidak, kita selamanya adalah anak kepada kedua ibu bapa. Sama ada mereka masih hidup atau meninggal dunia.
Rutin mandikan Ayah
Usahakan tiap2 pagi.. Tapi bila ada hari2 yg tak sempat, rasa berdosa sangat sebab kesian dekat Mak huhu ?
Kadang suami seorang, kadang Sy dgn suami, kadang anak buah yg nama azrai tlg.. ni ada Danish, ajak Danish sekali.. Ayah kita, usahakanlah yg terbaik. Kalau tak anak2 & cucu2 sendiri yg buat, nk harap siapa kan? ?
Kita jaga Mak Ayah kita, inshaALLAH esok2 anak2 jaga kita pula kan? Amin.
Dalam pada itu, netizennya juga melahirkan rasa sedih dan berkongsi kisah yang sama mengenangkan kisah ibu bapa tercinta. Sungguh menyentuh hati.
Apa yang pasti, bagi pendapat admin, yakin dengan keikhlasan menjaga mereka akan menjadi teladan yang baik untuk anak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa yang menziarahi kedua-dua orang tuanya, maka Allah mencatat untuknya setiap langkahnya dengan 100 kebaikan dan menghapuskan 100 kejahatan serta mengangkat untuknya 100 darjat, apabila dia duduk di hadapan kedua-dua orang tuanya serta bercakap dengan perkataan yang baik, maka kelak pada hari kiamat Allah Taala akan memberi kepadanya nur cahaya yang memancar di hadapannya. Apabila dia kembali dari ziarahnya itu, maka kembalilah dia dengan mendapat keampunan.” (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Zar al-Ghifari)
Moga kita semua muhasabah diri untuk menjadi anak yang terbaik kepada ibu bapa.