Siapa sahaja yang tidak mengenali Bonda Rozita, wanita hebat yang telah mencipta nama di dalam dunia perniagaan meskipun dibesarkan dalam keluarga yang miskin, kemudian berkahwin seawal usianya 18 tahun, bahkan pernah diuji berpisah dengan suami.

Namun itu semua tidak menghalangnya untuk membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin dan seterusnya dapat mengecapi kehidupan yang mewah dan berharta.

Seiring masa berlalu, usia semakin matang dengan menenpuh asam garam kehidupan, kini Bonda Rozita punya hasratnya yang tersendiri.

“Ingin Akhiri Usia Dengan Paling Terindah..”-Bonda Rozita Persiapkan Diri!

“Saya melalui kehidupan hari ini orang melihat saya berjaya. Saya ada syarikat yang banyak dan besar, antaranya Sendayu Tinggi Holding, Sendayu Tinggi Manufactury, dan orang paling kenal sekarang resort saya iaitu Rumah Hutan Terapi Alam.

“Jika nak kenang balik, saya ini siapa. Saya ini tiada siapa-siapa sebenarnya.

“Matlamat saya kini satu sahaja, saya ingin mengakhir usia saya dengan cara yang paling terindah yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anak saya dan anak bangsa  supaya tidak meletakkan rasa rendah diri bila tidak berpelajaran, miskin, ibu tunggal juga boleh menjadi somebody,” ujarnya mesra.

“Ingin Akhiri Usia Dengan Paling Terindah..”-Bonda Rozita Persiapkan Diri!

Tangan Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia

Bercerita lanjut lagi apabila ditemui di Rumah Hutan Terapi Alam baru-baru ini berkenaan pengalaman hidupnya, nyata aura yang dimilikinya cukup luar biasa.

Ads

“Kalau diikutkan saya ini, saya  tak layak jadi pengasas atau pengarah urusan pada syarikat yang besar. Saya ini hanyalah seorang cleaner ataupun tukang masak kantin sekolah.

“Dan bila memiliki nama Sendayu Tinggi  Corporation (M) Sdn Bhd dan bergelar pengarah urusan, nak turunkan tandatangan chek saya menggigil. Kenapa begitu berani nak buka syarikat besar sedangkan nak ikutkan buka enterprise pun belum tentu layak.

“Tapi  itulah kekuatan seorang ibu untuk membesarkan anak-anak. Dan betul kata pepatah Melayu, tangan menghayun buaian boleh menggoncang dunia,” cerita Bonda penuh bersemangat.

“Ingin Akhiri Usia Dengan Paling Terindah..”-Bonda Rozita Persiapkan Diri!

Makin Cantik & Energetic

Tidak dinafikan jika dilihat pada penampilan terkini Bonda Rozita, diakui makin langsing, cantik persis anak dara. Lantaran itu ramai tertanya-tanya rahsia Bonda Rozita kekal sihat.

Ads

“Ramai komen kata, bonda energetic, sihat dan berpenampilan macam orang muda. Pun begitu tidak dinafikan ada juga yang benci saya.

“Bagi saya sihat itu adalah anugerah Allah, dengan sihat boleh beribadah dan kekayaan sebenar adalah sihat.

“Rahsia saya adalah tidak buruk sangka dengan orang. Kedua saya selalu menyayangi alam, sebab alam ada aura untuk saya. Saya berkawan dengan orang yang positif.

“Selain itu saya akan bangun awal pagi, saya juga bercakap dengan diri sebelum dan selepas bangun tidur. Niat yang baik-baik.

“Tidak itu sahaja, makan makanan sihat itu juga penting. Saya tak akan makan sesuatu makanan selagi belum tahu kebaikan untuk tubuh badan. Selain itu, akhirnya banyakkan zikir,” uajarnya berkongsi tip kekal sihat dan bertenaga.

Malah banyak lagi kisah menarik dikongsikan bersama KELUARGA. Semua itu ada di dalam video segmen Keluarga Inspirasi eksklusif bersama Bonda Rozita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Ads

 

.

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI