Selepas tiga minggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri kesayangan mereka.
Kamal dan Uqasha mendedahkan nama penuh puteri comel itu menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha pada Sabtu.
Keduanya sepakat memilih nama Hawra Uqaira yang membawa maksud putih, cantik dan bersih.
“Nama Hawra itu saya pilih. Uqasha ambil Uqaira. Kita ambil sorang satu. Adil la, tak payah berebut.
“Hawra maksudnya putih, bersih dan cantik. Kan nampak putih, cantik dan bersih,” kata Kamal lagi.
Ads
Manakala nama Uqaira pula membawa maksud kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan selain harum dan wangi.
Kata Kamal lagi, dia tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang bimbang nama itu menyusahkan anaknya kelak bila bersekolah.
“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” tambah Kamal lagi.
Ads
Program yang bersiaran di Astro itu berkongsi kisah kelahiran buah hati pasangan ini. Paling menyentuh hati pastinya ketika momen Kamal mengazan dan qamatkan di telinga kanan anaknya sebelum diserahkan pada Uqasha.
Terdahulu, Uqasha selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 April lalu.
Lama menunggu untuk menimang cahaya mata perempuan, akhirnya penantian penyanyi, Asfan Shah terlerai apabila isterinya selamat melahirkan anak keempat mereka pada Sabtu lalu.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah Cintaku itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagramnya.
Dalam perkongsian tersebut, Asfan melahirkan rasa syukur kerana proses kelahiran cahaya mata keempatnya itu dipermudahkan Allah SWT.“Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. ” Isteri saya telah selamat melahirkan baby ke 4 kami malam semalam. Tq pada semua yang mendoakan,” ujar Asfan menerusi kapsyennya.
Dalam pada itu, Asfan mengakui kehadiran anak perempuan dalam keluarga mereka setelah memiliki tiga orang cahaya lelaki sebelum ini pastinya menyerikan lagi keluarga mereka.“Paling best mommy dah ada kawan dah lepas ni, nak gi shopping nak gi nursery, nak gi pasar. Hihi.
“Selamat datang sayang daddy si baby girl. 3 imam 1 ma’mum untuk family ni. Khalas.” Ujar Asfan lagi.
Ramai orang sering memperkatakan mengenai larangan pada ibu hamil bermain dengan kucing. Sebenarnya untuk bermain dengan kucing ketika hamil tidaklah menjadi satu kesalahan.
Malah menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) hendak memelihara kucing atau mendekati kucing tidaklah menjadi larangan pada ibu hamil akan tetapi kenalah berhati-hati.
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii.
Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing.
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah.
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.
Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.
Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.
Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap ‘keadaan biasa’ oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.
Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia.
Menjangkiti Bayi
Seorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung.
Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta). Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk ‘retardasi mental’.
Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.
Peringatan Untuk Ibu Hamil
Peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu.
Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain. Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital.
Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan.
Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan.
Rawatan
Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.
Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.
Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Betul lah kata pepatah, air yang dicincang tidak akan pernah putus. Itulah ungkapan yang sesuai bagi adik beradik tidak kiralah yang tidak baik atau berpisah disebabkan masalah keluarga, pastinya mereka ini akan berbaik dan disatukan semula.
Contohnya seperti yang tular baru-baru ini, adik beradik yang sekian lama terpisah dek kerana masalah keluarga akhirnya bersatu semula setelah 54 tahun.
Video yang tular itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Tiktok menggunakan akaun @adukirana3036, yang menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai abang cik sudah 54 tahun melarikan diri dan berhijrah ke Sabah. Dia juga sudah 54 tahun tidak pulang menziarahi keluarganya di Jitra, Kedah.
Kepulangannya disambut dengan tangisan sebak si adik yang sekian lama menantikan individu yang paling dirinduinya itu.
“Hang tinggai aku lama noh abang cik noh, hang tak ingat kampung dengan aku noh,” katanya sebaik sahaja melihat abang aciknya dan terus memeluk dan menangis.
Tambahnya, “tak dak sapa dh bang cik oiii, habis..” seakan meluahkan rasa sedih kemungkinan berlaku pemergian buat selama-lamanya dalam kalangan keluarga mereka.
Bagaimanapun, si abang kelihatan memujuk si adik yang sedari tadi kelihatan bersedih dengan mengusap tangan supaya kesedihan itu dapat diredakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai yang menonton turut rasa sebak melihat si adik menangis menahan rindu sebaik sahaja melihat abangnya. Malah ada yang berpendapat, orang yang ditinggalkan dan orang yang meninggalkan lain perasaan masing-masing.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...