Menyentuh tentang aurat wanita, nyata ianya begitu komplikated dan wajar difahami agar kita mampu menjaga batas-batas aurat dan dalam masa yang sama mendidik anak-anak perempuan tentang hal ini agar mereka memahami hal aurat wanita dengan sebaik mungkin sedari awal.
Jika ingin disentuh antara kekeliruan tentang aurat wanita yang ramai juga melaluinya adalah dalam hal menjaga aurat tangan dan lengan yang mungkin merasakan ianya begitu mudah. Namun bila diajukan apakah sebenarnya dan dimanakah batas aurat yang diwajibkan ditutup pada bahagian tersebut, mungkin ada yang culas menjawabnya.
Lantas, untuk mendapatkan lebih jelas info tentang hal ini, ayuh kita baca perkongsian ringkas di akaun Ustaz Farid Rashidi ini. Jom semak.
Acapkali diingatkan tentang aurat, masih ramai culas. Angguk setuju, namun bila praktisnya masih gagal.
Juga ada yang tak jelas dan terkeliru tentang aurat tangan dan lengan. Bahkan tetap ada yang upload di laman sosial.
Ada juga yang letak sticker emoji untuk tutup, walhal hakikatnya di luar masih terdedah. Nak tipu siapa tu? Allah SWT Maha Melihat tau.
Ingat ya, setiap kali gambar yang kita upload di internet, sangat sukar untuk dipadamkan bila dah tersebar.
Andainya ada setitis rasa takut pada Allah SWT dan runsing mengaut dosa, pasti dia akan berfikir 100 kali untuk buat.
Baiklah, di sini saya simpulkan kembali pandangan para ulama’ dan salah faham tentang had aurat pergelangan tangan dan lengan.
Apakah Batas Hukum Menutup Aurat?
1. Telah sepakat Jumhur Fuqaha’ mengatakan aurat wanita itu seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua pergelangan tangan.
Ads
Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi menyebutkan di dalam kitabnya al-Mughni:
“dan telah berkata Malik, al-Auza’ie dan al-Syafie’ bahawa keseluruhan wanita itu adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan, dan apa selainnya wajib ditutup di dalam solat”
[Lihat al-Mughni, 1/431]
2. Begitu juga para ulama Syafie’iyyah bersepakat bahawa seluruh badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan.
Imam Syafie’ rahimahullah menyatakan di dalam kitab al-Umm ketika menjelaskan tentang pakaian dalam solat:
“dan setiap wanita adalah aurat kecuali dua tapak tangan dan wajahnya”.
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”
[Surah an-Nur: 31]
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘kecuali yang biasa nampak padanya’?
Menurut para ulama’ tafsir ia adalah wajah dan kedua telapak tangan. Wajah dan kedua telapak tangan bukanlah aurat kerana keperluan yang menuntut keduanya untuk perlihatkan.
Ok, yang ini selalu salah faham. Ada yang anggap tak mengapa dedah lengan. Tutup lengan tak nampak ranggi, vogue, rock, hipster kononnya. Dan ada juga yang berpandangan terlalu keras dengan memakai handsock sampai tutup atas telapak tangan dengan beranggapan itu juga aurat.
Sebenarnya perkataan al-Kaffain secara zahir memanglah membawa maksud tapak tangan dalam bahasa melayu. Akan tetapi, perkataan al-Kaffain menurut ulama’ fiqh dan bahasa Arab ialah tapak tangan zahir dan batin. Telapak tangan yang zahir ialah bahagian luar manakalah telapak tangan batin ialah bahagian dalam.
Jadi sebagai orang awam, kita perlu belajar dan menuntut ilmu untuk memahami teks bahasa Arab. Salah makna, salah fahamlah nanti. Untuk memahaminya, kita perlu merujuk pandangan ulama’ fiqh dan ahli yang mahir berbahasa Arab.
Ads
Had pergelangan tangan pula ialah dari jari sehingga tulang al-Ku’ (الكوع). Diatas tulang itu maka bukan lagi pergelangan, ia aurat yang perlu ditutup. Wajib tutup ya.
Yang ini pun ramai sangat perempuan di luar sana buah endah tak endah. Selalu sangat buat. Dah diingatkan berkali-kali, tetap kekal tak peduli. Itu belum kira yang pakai t-shirt lengan pendek saiz XS budak sekolah rendah lagi. Padahal saiz dia 2XL. Degilkan?
Allahhu Rabbi.
Kesimpulannya, tutuplah aurat hingga ke pergelangan tangan. Telapak dan punggung tangan hingga ke jari tidak dikira aurat. Nak tutup macammana samaada guna kulit kerbauke, kulit kayuke, guni bawangke, kainke, custom iron man suitke, terpulanglah ok.
Wallahhu a’lam.
Nanti kita sambung bahagian muka (wajah) pula ya.
Jom tolong sama-sama share pesan ini kepada semua kaum hawa yang ‘mampu’ baca artikel ini.
Memiliki anak yang ramai dan masih kecil adakalanya membuatkan ibu bapa lebih suka anak-anak tidur bersama.
Namun, jika lebih dari sorang mungkin menimbulkan ketidakselesaan kerana terpaksa berhimpit.
Tetapi seorang bapa ini yang sangat kreatif apabila DIY katil berkembar bagi membolehkan ruang katyil tersebut mampu memuatkan mereka enam beranak tidur.
Bapa ini membuat katil berkembar supaya mereka enam beranak boleh tidur bersama kerana kanak-kanak yang tidur bersama dapat membantu tumbesaran mereka menjadi lebih baik. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa kurang mengalami stres dan akan mempunyai ikatan yang kuat bersama ahli keluarga.
Isterinya, Irene Nadia telah berkongsi hasil pembuatan katil berkembar tersebut di laman Instagramnya. Menurutnya, katil berkembar tersebut dihasilkan dengan menggabungkan dua unit katil bersaiz king dan ia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkannya.
Irene Nadia memanggil katil berkembar tersebut sebagai ‘Pada mulanya dia seperti tidak percaya apabila suaminya memberitahu untuk membuat katil berkembar tersebut. Jadi, dia ingin menunggu dan melihat apa hasilnya.
Sebelum memasangnya, suaminya keluar mendapatkan kayu, mesin pemotong kayu dan mesin lain yang diperlukan untuk membuat katil berkembar tersebut.
Apabila sudah siap memasang kerangka katil tersebut, Irene sangat teruja melihat hasilnya. Irene mengatakan bahawa katil tersebut penuh dengan nilai sentimental kerana suaminya sanggup untuk membuatnya dengan usaha sendiri. Anak-anak mereka juga teruja melihat katil tersebut dan tidak sabar untuk tidur bersama.
Besar dan luas, anak-anak pasti selesa tidur bersama dan tidak perlu berhimpit-himpit. Idea kreatif ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa diluar sana.
Alangkah bahagianya hati ibu dan ayah bila melihat anak-anak mesra hubungannya di antara satu sama lain.
Si abang atau kakak bukan sahaja tahu melayan adiknya untuk bermain bersama, malah dengan penuh kasih sayang boleh pula menyuapkan nasi ke mulut saat makan di kantin sekolah.
Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Nazri ini memang luar biasa dan jarang-jarang kita dapat lihat.
Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Entah kenapa,hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.
Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.
Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya.
Murid ini, bukanlah murid yangg pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.
Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.
Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.
Penampilan terkini pelakon Eyra Hazali yang muncul dalam satu kempen produk membuatkan ramai yang memuji malah wargamaya mula meneka bayi ketiganya seorang bayi perempuan.
Menerusi Instagramnya, Eyra memuat naik beberapa keping gambar dengan mengenakan baju berwarna biru bersama suami dan dua anaknya.
Eyra yang ketika itu muncul dalam satu kempen produk sempat mengabadikan kenangan dengan berlatar belakangkan permandangan yang cukup indah.
“Sambil shoot campaign, kita photoshoot sebab cantik betul scenery dekat sini,” tulisnya ringkas di kapsyen.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya perut Eyra yang semakin sarat dan comel.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setia Eyra meneka bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan yang dilihat dari bentuk perut Eyra yang semakin sarat.
Terdahulu Eyra dan suaminya, Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 19 November 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Hayder Qhalish, 4 dan Endra Haqimie yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.