Kebiasaannya ramai antara kita akan suka makan mayonis ini terutamanya untuk dijadikan bahan pencicah semasa menikmati kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Malah enak juga jika disapukan di atas roti putih. Rasanya yang berlemak dan berkrim, membuatkan makan bertambah berselera terutamanya anak-anak kita.
Tahukah ibu-ibu selain mayonis boleh didapati dipasaran, sebenarnya mayonis juga mudah dihasilkan dengan resipinya yang tersendiri. Meneliti satu persatu perkongsian daripada Nabihah Sukria di MAHN, terbukti bukanlah susah untuk disediakan malah jika diberi resipi ini kepada anak dara kita sekali pun, dia pasti dapat menyediakannya dengan sempurna.
Untuk itu, jom kita ketahui cara penyediaannya.
Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?
RESEPI MAYONNAISE
BAHAN-BAHANNYA;
2 biji telur
1/2 sk garam
1 sb air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sk mustard
2 sb gula
300 ml minyak (Boleh guna apa2 minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran)
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)
CARA-CARANYA;
1. Blend bahan 1-5 dalam 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonnaise menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonnaise yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
PERINGATAN
* Jika mahukan mayonnaise kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonnaise tu bersih dan kering dari sebarang air.
* Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap2, boleh doublekan resepi ni ok.
* Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
* Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.
Selamat mencuba semua.
sumber : Nabihah Sukria via MAHN