Kebiasaannya ramai antara kita akan suka makan mayonis ini terutamanya untuk dijadikan bahan pencicah semasa menikmati kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Malah enak juga jika disapukan di atas roti putih. Rasanya yang berlemak dan berkrim, membuatkan makan bertambah berselera terutamanya anak-anak kita.
Tahukah ibu-ibu selain mayonis boleh didapati dipasaran, sebenarnya mayonis juga mudah dihasilkan dengan resipinya yang tersendiri. Meneliti satu persatu perkongsian daripada Nabihah Sukria di MAHN, terbukti bukanlah susah untuk disediakan malah jika diberi resipi ini kepada anak dara kita sekali pun, dia pasti dapat menyediakannya dengan sempurna.
Untuk itu, jom kita ketahui cara penyediaannya.
Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?
Ads
RESEPI MAYONNAISE
BAHAN-BAHANNYA;
Ads
2 biji telur
1/2 sk garam
1 sb air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
1 sk mustard
2 sb gula
300 ml minyak (Boleh guna apa2 minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran)
Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)
CARA-CARANYA;
1. Blend bahan 1-5 dalam 10 saat.
2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonnaise menjadi kental.
3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
4. Jika sukakan mayonnaise yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
Ads
PERINGATAN
* Jika mahukan mayonnaise kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonnaise tu bersih dan kering dari sebarang air.
* Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap2, boleh doublekan resepi ni ok.
* Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
* Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.
Selamat mencuba semua.
sumber : Nabihah Sukria via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Warnanya yang cukup menarik pasti membuatkan anda sekeluarga teruja untuk merasainya. Bukan tu je, resipi ini juga sangat mudah dibuat dan tidak mengambil masa yang lama.
Bagi penggemar Puteri Ayu, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Ain Kamis ini. Tetapi kali ini dalam versi Red Velvet. Nak cuba, jom kita tengok resipi ni!
Red Velvet Puteri Ayu
Bahan cheese :
250gram cream cheese ( jgn smpi suhu bilik)
½ cawan gula halus ( jgn penuh. Dlm ¾ ok)
1 biji telur gred A
2 sudu besar tepung gandum
1½ sudu besar susu segar Yarra
sedikit esen vanilla
Cara-cara :
1) putar cream cheese hingga licin & tidak berketul.
2) masukkan gula. Putar lagi hingga sebati & licin.
3) masukkan telur & esen vanilla. Putar lg
4) masukkan tepung & susu segar.. Putar sebati .pastikan adunan licin tidak berketul ye.
Bahan Red Velvet :
Bahan A : diayakkan
250gram tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil soda bicarbonate
Bahan B : buttermilk
1 cawan susu segar Yarra
1 sudu kecil cuka masakan
Bahan C :
3 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalete
sedikit esen vanilla
Bahan D :
pewarna merah ikut suka nk bnyk mana ye
Cara-cara :
1) buat bahan B terlebih dahulu. Satukan kedua bahan tersebut & biarkan sementara kita siapkan step yg lain.
2) ayakkan bahan A. Ketepikan
3) satukan & putar bahan C dgn kelajuan yg perlahan selama 5min. Kemudian tukar pada high speed sehingga adunan menjadi putih & fluffy. Lebih kurang 15min.(bergntung pada mixer yg digunakan juga)
4) masukkan bahan A & B secara selang seli kedalam adunan bahan C Yang telah kembang tadi.
5) putar sehingga sebati & tidak berketul
6) kemudian masukkan pewarna. Ikut suka la nk letak cair atau pekat warna nye. Selera masing² kan.
7) gris acuan dgn sedikit minyak.
8) letak adunan cheese dahulu. Kukus selama 5min.
9) kemudian baru masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan. Kukus selama 15min.
Selamat mencuba.
Psst : resepi Google. Kita olah sikit² . My 1St time buat. Alhamdulillah menjadi. Kalau korang buat xjd, sila ketuk tngn sendiri
Mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, diakui bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Tentu ada cabaran dan rintangannya.
Pun begitu walau apa juga yang dihadapi oleh seorang ayah mahu pun ibu, teruslah bersabar dan tabah. Ini kerana ganjaran pahalanya cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
1. Barangkali musim PKP ini adalah situasi yang benar-benar memberikan tekanan buat ibubapa yang mendidik anak-anak mereka di rumah. Bukan mudah mengendalikan sesi pengajian di rumah dengan pelbagai tekanan yang mendatang.
2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
5. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
6. Semoga ibubapa terus cekal mendidik anak dalam musim PKP ini dan dikurniakan setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah wira merah menyelamatkan harta dan nyawa baik dalam kes kemalangan, kebakaran dan sebagainya bukanlah perkara asing. Bahkan, saban amsa ada sahaja kisah mereka dilaporkan. Namun, kisah yang dimuat naik oleh seorang pengguna facebook baru-baru ini benar-benar menyentuh hati.
Menurut ustaz Hakim Mohd Nor yang ketika itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur sebelum menyedari ada seekor kucing yang berada di bahagian bawah enjin.
Biarpun berusaha mengeluarkan sendiri bersama isteri dan pembantunya, namun si bulus tetap tidak berganjak, bahkan secara tiba-tiba menghilangkan diri. menyebabkan Ustaz Hakim tiada pilihan lain dari meminta bantuan anggota bomba.
Ini pengalaman yang paling best dan rare. Alhamdulilah, Kucing dalam enjin kereta dah dijumpai!
Gini ceritanya, masa kami gerak ke KL pagi tadi, tiba2 dengar bunyi kucing mengiau. Duk pelik, mana datang bunyi kucing ni. Terus kami stop di stesen minyak Petronas cari kucing tu.
Tengok bawah kereta, Nampak si bulu comel tu ada kat bahagian bawah enjin. Ah sudah. Jenuh memujuk. Tapi dia tak nak keluar dari situ.
Isteri saya terus umpan dengan ikan bilis dari roti. Si comel tu tak nak keluar. Renjis2 air pun tak keluar. Mengiau usah kira la, paling lembut la isteri buat. Haha. Tak nak keluar gak.
Lepas tu , tiba tiba kucing tu hilang dari pandangan mata. Ah sudah.. saspen pulak. Kucing ke bukan kucing tu. Nasib baik siang. Tak la seram sangat. Huhu.
Nak hilang cuak, Saya siap buat live lagi. Haha. Lepas tu tanya la idea dari follower apa nak buat. Macam idea2 keluar. Terima kasih semua yang bantu beri cadangan. Sangat2 hargai. Ye lah, first time kot ada pengalaman macam ni.
Saya pulak memang tak bela kucing kat rumah. Jadi, masa panggil kucing tu, dok keluar macam2 bunyi. Meow kasar la. Meow manja la. Haziq pembantu peribadi saya siap gelak kat saya kata ustaz panggil kucing tu macam nak ngorat. Hahahaha.
Sebenarnya, saya pun tak tahu macamana boleh ada kucing kat situ. Maybe kucing jiran gamaknya yang tidur kat enjin tu. Mujur tak ada kecederaan kat kucing tu. Risau betul masa mula2 dengar ada bunyi kucing dalam enjin.
Masa kucing tu menghilang, Abam petronas ni siap bantu jek kereta lagi nak cari kucing. Berpeluh peluh abam ni buat kerja. Terima kasih banyak bang. Tapi, sayangnya, tak jumpa gak mana kucing ni menyorok. Akhirnya, kami dapat cadangan untuk hubungi bomba.
Terus kami waze cari balai Bomba terdekat. Jumpa Balai Bomba Ayer Keroh. Terus kami gerak ke situ. Dekat aje, tak sampai 5 minit.
Haa, sampai aje kat situ, berlakulah cerita yang amat amazing. Terserlah kehebatan abam bomba. Fuuh. Respek habis.
Gini ceritanya, keluar aje kereta kat balai tu, abam bomba terus tanya apa perlu dibantu. Kami pun bagitau la ada kucing dalam enjin kereta.
Tak perlu buat report apa, terus dia buat pengumuman di speaker besar balai tu. ” Ada kucing dalam kereta , minta semua bersedia”. Lebih kurang gitu ayat dia. Bayangkan anda dengar pengumuman kuat2 macam tu. Rasa amazing sangat. Fuuh, gempak betul. Laju betul abam bomba ni buat kerja. Sayangnya saya tak sempat nak rakam pengumuman tu. Huu.
Lepas tu siap bunyi siren kecemasan lagi. Waaah, lain macam ni. Dalam hati saya terdetik, “Kes kucing aje kot, tapi siap siren bagai ni. Huu”.
Rupanya abam bomba ni memang ambil serius semua kes yang mereka terima. Masa ni saya teringat cerita kartun paw patrol yang anak anak saya suka tengok. Slogan dia lebih kurang gini rasanya, “No case is too small, no case is too big.” Tabik la abam bomba. Hebat sangat2.
Lepas bunyi siren tu, Tak sampai 10 saat ,dekat 8 orang abam bomba datang . Wow! Amazing betul kelajuannya. Siap pakai baju uniform lengkap lagi. Mak aih. Sangat professional. Dahsyat.
Tanpa banyak cakap, depa terus buat kerja. Disebabkan cekap, tu dia, tak sampai seminit, terus jumpa kucing ni. Gila ah. Kagum sangat2. Cekap dan hebat abam bomba ni buat kerja. Memang hero Avengers sungguh. Allahu.
Terima kasih semua abam bomba dan follower yang bantu memberikan solusi ni. Masya Allah, pengalaman yan cukup berharga ni. Betapa satu nyawa itu cukup berharga walaupun ianya adalah haiwan. Allahu.
Apa kata kita SHARE story ni tanda penghargaan kepada abam bomba khususnya di Balai Bomba Ayer Keroh ni sebagai penghargaan kepada hero hero kita ni. Moga boleh jadi inspirasi buat kita semua.
Bila buat sesuatu dalam hidup, ingat ayat ni. “No case is too small, no case is too big.” Tiada apa yang terlalu kecil (untuk kita pinggirkan) , tiada apa yang terlalu besar (untuk kita tak mampu buat).
Ustaz Hakim Avengers -semua orang adalah superhero-
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...