Ingatkan Perkampungan Bunian, Rupanya Satu Kampung Pakat Ikut Tema Warna Putih. Memang Sporting Semuanya!

Share

Majlis perkahwinan merupakan satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. Selain melihat penyatuan dua insan yang baru mendirikan rumahtangga, di sinilah selalunya keluarga dan sanak saudara akan bertemu dan berkumpul.

Sampai riuh rendah dibuatnya dengan usikan mereka terutamanya kepada pengantin baru. Pada majlis inilah sanak-saudara akan bergabung tenaga untuk memastikan majlis yang diadakan akan terlaksana dengan jayanya.

Selain itu, seperti sudah menjadi kewajiban apabila tema ditetapkan untuk majlis istimewa ini. Pelbagai tema ditetapkan bagi manjadikan majlis kelihatan gemilang dan sejuk dipandang terutaman dalam lensa kamera.

Seperti yang acapkali dilihat, pelbagai tema warna ditetapkan untuk sesebuah majlis perkahwinan namun majlis yang satu ini sangat meraih perhatian terutamanya setelah di muatnaik di laman TikTok.

Dalam video yang berdurasi 36 saat yang di kongsi oleh seorang jurugambar yang bernama Fitrin Ruslee memperlihatkan keunikan satu majlis perkahwinan yang diadakan di Raosa Hill, Ipoh yang serba serbi putih dari pasangan pengantin hingga ke para tetamu yang hadir. Malahan, jurugambar turut mengenakan baju putih demi menepati tema yang ditetapkan oleh tuan majlis.

Paling menarik apabila melangkah sahaja ke majlis ini, ia kelihatan seperti di perkampungan bunian kerana pemakaian tema putih ini bukan sahaja dipakai oleh ahli keluarga tetapi seluruh penduduk kampung di situ.

Kebiasaannya, majlis perkahwinan pengantin membenarkan para tetamu untuk berpakaian bebas asalkan sopan. Tetapi di majlis ini, semua penduduk sepakat untuk berpakaian serba putih. dan menjadikan majlis ini sangat istimewa dan lain dari yang lain.

Pemilihan tema ini turut menunjukkan keharmonian dan kemesraan dalam keluarga dengan penduduk kampung dalam menjayakan majlis perkahwinan ini.

@fitrinruslee Tema Bunian? 1kampung baju putih✅ wedding @Naf raisha hill banglo ipoh.#fyp #fypシ #photographerperak #fitrinruslee ♬ original sound – Fitrin Ruslee