Ingatkan Nak Naikkan Harga Hantaran, Bakal Ayah Mentua ‘Nego’ Rendahkan Nilai Hantaran Raih Pujian!

Share

Wang hantaran merupakan sebuah bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui dua belah pihak keluarga dan pemberiannya tidak wajib jika dibandingkan dengan mas kahwin yang wajib itu.

Bila sebut tentang wang hantaran, para lelaki mesti rasa bagai mimpi ngeri apabila diminta untuk beri jumlah yang tinggi oleh keluarga pasangannya. Manakan tidak, nak mencari duit untuk hantaran, dan kehidupan selepas kahwin bukannya mudah pada zaman yang semua barangan harga tinggi ni.

Bagaimanapun, lain pula cerita dengan bapa mentua seorang ini di mana, nilai hantaran yang diletakkan bakal menantu asyik kena runding atau ‘nego’ saja sehingga menjadi rendah nilainya. Jom ikuti perkongsiannya.

_________________________________________________________________________

Nak kongsi cerita masa anak perempuan dipinang orang. A week before rombongan sampai bakal menantu dah datang nak bincang pasal duit hantaran.

My wife & mom serahkan bulat-bulat pada saya to decide. So menantu cakap nak bagi 20K hantaran.

Saya tanya balik, “Pasti ke?”

Then dia tanya balik, “Rendah sangat ke uncle?”

Saya cakap “Awak tak rasa tinggi sangat ke? Taknak nego (runding)?”

Dia dah terperanjat. Saya sambung, “Rendahkan lah lagi sebab lepas kawin banyak duit nak pakai untuk rumah.”

Then dia kata, “18k boleh uncle?” saya kata nego la lagi.

Lepas lama dia diam, saya cakap, “Ingat pesan uncle, lepas kawin awak nak bina kehidupan. Banyak duit nak pakai.”

Then dia cakap, “Ok uncle, 15K boleh?”

Saya balas balik, sure taknak nego lagi? Dia kata dah uncle, ni final. Tak nak nego dah. Saya pun cakap if this is yang you sanggup, uncle terima.

SELEPAS 3 KALI RUNDINGAN WANG HANTARAN DIBUAT…

So tetaplah duit hantaran tu dekat 15K. Kalau masa tu dia nak nego, I still accept sebab yang penting bersyukur jodoh anak dah sampai dan ada yang sanggup terima my anak seadanya.

Secondly, memang lepas kahwin akan pakai duit yang banyak so biarlah duit savings dorang digunakan untuk bina kehidupan mereka.

Sebagai parents kita memudahkan agar tidak membebankan mereka. Tak payah nak letak harga hantaran mahal-mahal. Yang penting selesaikan yang wajib. Akhirnya settle majlis kawin bulan December 2021.

Sementara itu, di ruangan komen pula terdapat pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan netizen. Ada yang berkongsi pengalamannya dan ada juga yang memuji tindakan ini.

Sumber: Twitter Kaiserfariz