Siapa sahaja yang tidak merasa bangga bila dapat tahu ada dua sekolah harian di Malaysia boleh tersenarai di dalam top 10 sekolah terbaik di dunia.
Bahkan buat angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut merakamkan rasa bangga dan terujanya di atas pencapaian tersebut. Apa tidaknya, dua sekolah yang berjaya disenarai pendek dalam 10 kategori terbaik itu adalah SMK Kampong Jawa yang terletak di Klang, Selangor dan satu lagi sebuah sekolah yang terletak di Pahang iaitu SMK Kempadang, Kuantan.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, pada awalnya dia sangkakan sekolah terpilih di antara yang terbaik itu pastinya daripada sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau jika tidak pun sekolah elit.
“Setinggi-tinggi Tahniah. Saya sangka MRSM atau sekolah Elit lain akan disenarai pendek,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Malah bapa kepada enam cahaya mata itu mahu datang melawat dua sekolah terbaik itu. Pada masa yang sama, beliau turut memberikan penghargaan kepada guru-guru yang berkhidmat di dua sekolah tersebut dan semua pelajarnya.
“Tak pernah dengar nama sekolah-sekolah itu. Nampaknya saya perlu melawat sekolah itu sendiri untuk melihat apakah yang membuatkan sekolah tersebut sangat bagus.
“Kepada cikgu-cikgu dan semua pelajar, tahniah,” ujarnya.
Ads
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya bekas pelajar dua sekolah tersebut meluahkan rasa bangga mereka apabila dua sekolah biasa berjaya mengharumkan nama negara.
Meninjau diruangan komen, nyata warganet turut merakamkan ucapan tahniah dan bangga dengan pencapaian dua buah sekolah tersebut.
“Alhamdulillah, bangga dapat menjadi sebahagian daripada #smkkj”
“Sekolah yang hebat datang daripada cikgu yang hebat.”
“Tahniah! Saya sekolah kampung je, tak pernah merasa masuk sekolah best macam mana”
“Tahniah SMK Kampung Jawa, sekolah anak saya”
“Sekolah top di Malaysia dikuasai oleh SBP tapi rezeki SMK jadi sekolah terbaik”
Ads
“Persaingan yang sihat antara sekolah-sekolah di Malaysia”
Baca juga di SINI berkaitan dua sekolah tersebut yang menjadi kebanggan kita rakyat Malaysia.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Ibu bapa mana yang tak risau dengan tahap keselamatan dan keberadaan ahli keluarga Tambah pula kalau balik lambat dari sepatutnya, keluar tanpa beri tahu, hantar mesej tak dijawab pula.
Memang memeningkan kepala, segala kerja tak menjadi kerana bimbangm usah lagi bimbang, sekarang sudah ada teknik memantau lokasi ahli keluarga yang dikongsi oleh Firdaus Yusoff. Hanya guna apps ini ujarnya, kita akan tahu ke mana saja ahli keluarga kita berada.
Gambar hiasan.
Cara pantau anak & Pasangan Guna App Mudah
Harini aku nak share satu teknik memantau lokasi ahli keluarga secara Percuma. sbb ramai sgt yg mengadu risau anak2 kat rumah ke kemana ke, anak2 entah kemana.. plak tu time cuti2 msia, ramai2 jalan berpecah pun semua entah kemana…tak ble tracking. atau pun paling best, nak cari wife kat pasar malam.
Atau pun nak monitor wife balik keje on de way, kita nak masak sedap2 ngam2 dia sampi depan pintu, lauk ready atas meja dgn lilin panjang dah nyala, pun boleh. xde la lilin tu dah pendek baru wife sampai umah kan. tujuannye adalah untuk kebaikan. kalau kejahatan, tu korang dosa sendiri tanggung.
Cara ini juga mudah untuk ibu bapa pantau anak-anak terutama yang tinggalkan anak di rumah.
Caranya:
1. pinjam henpon anak kejap 10 minit jer.
2. masuk app MAP, dan ON kan location sharing.
3. share location kepada alamat gmail henpon kita.
Selesai.
4. selagi gps henpon anak2 on, dan ada data, kita boleh tgk location dorg di google map henpon kita.
kalau henpon pasangan pun sama la..kene pinjam jap.. bagus untuk pantau lokasi semasa ahli keluarga. seperti semasa holiday.
Santan mentah yang diperah secara asli memang sedap dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak dibandingkan dengan santan kotak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.
Santan Mentah Tahan Lama?
Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.
Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?
CARA BETUL SIMPAN SANTAN
Ini yang penjual santan di pasar maklumkan kepada puan Radhiah Izzati. Katanya, peniaga jual nasi lemak yang kongsikan dengannya.
“Kalau nak santan lebih la.a dan pekatnya mantain ikut cara ini.
“Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan. Kemudian balut santan tu. Letak dalam freezer..
“Nanti yang beku tu kertas tu, santan dalam tu mantain segar dan tahan lama. Santan tetap beku tapi fresh. Dia tak akan ade lebihan air..
“Kalau macam biasa santan di bawah, air di atas kan? Nanti hasil yang ni semuanya santan pekat.
Cara 1:
1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.
2. Bungkus kemas santan.
3. Simpan dalam tempat beku.
* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.
Cara 2:
1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.
2. Sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.
Makanan bersantan kekal lama
Selain itu, makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi.
Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.
Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.
Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.
Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak Lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.
Kalau tengok gambar macam cucur udang biasa je kan. Tapi serius bila dah cuba buat sendiri rasanya memang ada umphh. Kentang yang disagat halus memang tinggalkan rasa yang lain daripada yang lain.
Rasa kentang yang lemak buat kita rasa sedap nak mengunyah. Paling penting cara nak buatnya sangatlah mudah. Kalau hujung minggu boleh cuba buat resipi ni untuk anak-anak. Mesti anak-anak suka.
Resipi ini dikongsikan saudari Noraida Durani di facebooknya dan rata-rata ramai yang dah cuba mengatakan rasanya cukup umphh dan tip top. Kalau digoreng garing dan nipis mesti lagi meletup rasanya. Hebat!
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.