Video lawak RM100 yang tular dan menjadi trend di Tik Tok kini turut memberi kesan kepada pasangan sebagai bahan gurauan suami isteri.
Pempengaruh, Bengah juga turut sama berkongsi kisah RM100 bila mana dia turut berdepan hal sama.
Bengah pada mulanya menyangkakan isterinya sekadar mahu bergurau ikut trend, namun rupanya telahannya salah sama sekali bila mana isteri kesayangannya meminta wang untuk membeli mainan buat putera kesayangan mereka.
Apa yang menarik perhatian pastinya sikap pemurah abang dan suami penyayang ini yang turut memberi lebih wang saku. Bukan RM100 tapi lebih. Memang terbaik.
“Ingatkan isteri nak buat lawak pinjam RM100 tu? Rupanya isteri Bengah nak shopping beli mainan anak. Takpe bagi lebih.
Ads
“Isteri Bengah ni, kalau dia nak apa-apa Bengah ajar jangan guna perkataan ‘PINJAM’ dekat suami. MINTAK JE!
“Kesian isteri ni, gaji tak tetap sebagai suri rumah sepenuh masa forever ever. Kalau tak dapat apa yang dia nak merajuk muka penuh macam bulan,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Malah ujar Bengah lagi, dia tidak mahu terlalu berkira dengan isteri kerana isteri kesayangannya itu terlalu banyak tanggungjawabnya menguruskan rumahtangga, anak dan adik kesayangannya.
Ads
“Bengah susah berkira dengan isteri. Tahu penat lelah isteri menjaga anak, sediakan makanan dan pakaian suami, urus mengemas rumah. Dan dia juga pandai main peranan jaga hati adik istimewa Bengah.
“Tak sempurna kalau tak bergaduh. Mesti la ada gaduh. Tapi bukan gaduh yang melarat. Gaduh penat dengan kerja seharian.
“Bengah pun ada cuba buat lawak PINJAM RM100 kat isteri. Memang dapat RM100 tu tapi kena bagi semula empat angka 😂 begitulah kehidupan suami ❤️ isteri,” tulisnya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, sikap suami, ayah dan abang yang penyayang ini pastinya dipuji ramai.
Sememangnya wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Untuk kelihatan cantik dan menawan serta memiliki potongan badan menawan, ramai wanita sanggup mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang digunakan untuk mencantikkan diri. Ia adalah pelaburan berharga bagi seorang wanita. Kerana itulah mereka sangat mementingkan hasil yang terbaik. Tidak kira dari produk berjenama mahal mahupun yang biasa-biasa sahaja.
Salah satu cara untuk tampil cantik adalah hanya menggunakan petua nenek moyang kita dahulu. Antaranya menggunakan ramuan herba. Kesannya mungkin tidak drastik seperti produk berjenama mahal namun jika dilakukan secara kosisten pasti ada hasilnya.
Ikuti petua yang dikongsi oleh puan, Siti NurJannah mengenai cara untuk kempis perut dan buang angin dalam badan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Saya kongsikan blik petua ni…yep petua ni lh yg sy ikut lpas beranak anak kedua,memang menjadi…sbb time tu pantang anak kdua ni dulu sy x pantang btul2 smpai la msuk keje ada sorg mmbe ckp ‘asal perut k.anna nmpk mcm pregnant lg?hahaha..mksud dy buncit la…hahah…time tu memg rsa segan pn ada,tp kta ambik positif dgn tguran dy,cri la petua lam fb,jumpa hat ni…try lh…x smpai sminggu blh kempiskan perut dgn petua ni,yg tu paling penting bg wanita yg lpas bsalin akn ambik berat bhagian perut dhulu…btl x…bru lh kita jga bhagian2 lain…ni laki pmpuan,kahwin ke blum blh cuba…blend pn boleh…sy dlu blend je…
PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN
Pernah tak korang kena tegur dengan suami perut korang buncit lepas bersalin? Kawan selalu tegur ” eh ko mengandung lagi ke?Brape bulan?” Faham sangat perasaan ni time tu jugak rasa nak menyorok masuk dalam kain . Masalah lemak tepu memang susah nak sental kan?Nah,baca dengan perlahan & tenang.
Kak ju nak share dengan korang jamu homemade nih.Bahan bahan depan mata kita jer.Tak susah pun nak buat.Yang penting jimat& berkesan.Rajin dengan malas jer.Betul tak?
Bahan bahan
3 sudu halba yang direndam selama 2 minit. 3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok 4 ulas bawang putih 15 biji lada hitam
Cara cara
Toskan halba yang direndam tadi.Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun . Simpan dalam peti dalam satu bekas.
Cara makan 2 biji pagi& 2 biji malam selepas makan
Khasiat Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar.
Pantang larang Ibu mengandung tidak sesuai Ibu menyusu sesuai amal bila anak hilang kuning (jaundis)dulu.
Pesanan Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
Kerjasama, persefahaman dan komunikasi yang baik adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Memahami akan pentingnya aspek ini dalam kekeluargaan, maka Majalah Keluarga menganjurkan aktiviti Treasure Hunt di Lost World Of Tambun (LWOT), Ipoh Perak pada 6 April yang lalu.
Acara berlangsung dengan meriah apabila disertai oleh keluarga yang datang dari pelbagai negeri. Setiap ahli keluarga ini di bahagikan menjadi lima kumpulan membentuk keluarga besar yang istimewa. Kumpulan berkenaan diberi nama seperti grup Mutiara, Jade, Berlian, Emas dan Permata telah diberi ‘task’ untuk setiap check point treasure hunt.
Terdahulu sebelum treasure hunt bermula, peserta diberi taklimat dan senaman regangan untuk mengelak kecederaan otot semasa acara treasure hunt dimulakan. Dalam pada itu, acara dimeriahkan dengan cabutan bertuah.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran selebriti bagi slot, Meet & Greet bersama Irma Hasmie dan keluarga menjadi penyeri program kekeluargaan ini.
Dalam ucapan aluan, Editor Majalah Keluarga, Marliana Shamsuddin, melahirkan rasa kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua peserta. Setiap keluarga sanggup datang seawal pagi untuk menyertai program ini dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Katanya lagi, program ini diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan antara anak beranak selain menerapkan elemen kerjasama di antara keluarga besar program #kelurgagader ini. Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan sokongan dan kerjasama pihak Lost World Of Tambun yang membantu merealisasikan program kekeluargaan kali ini dengan jayanya.
Acara kemuncak program ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang yang berjaya. Pemenang bagi pertandingan treasure hunt dimenangi kumpulan Emas yang membawa hadiah barangan Nestle dan tiket percutian. Bagaimana pun buat kumpulan Berlian, Jade, Permata dan Mutiara, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Turut membawa pulang barangan Nestle sebagai penghargaan. Antara penaja hadiah lain yang turut memberikan sumbangan ialah Safi ubat gigi mikro kalsium, Huggies Gentle Clean Care Baby Wipes , Safi pembersih muka dan Kleenex Tsum Tsum Tisu dan Shopee.
Salah satu check point treasure huntSemangat ahli kumpulan yang menyertai treasure hunt
Meet and Greet bersama Irma Hasmie dan familiPendaftaran peserta
Cabutan bertuah
Pendaftaran pesertaSalah satu penaja hadiah
Tahniah kepada semua pemenang! Semoga berjumpa lagi di program Keluarga Gader seterusnya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan kelalaian diri sendiri hingga tanpa sedar kita kurang menghargai orang yang ada dekat dengan diri kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Sehubungan dengan itu, Ustazah Asma’ Harun melalui postingnya di Facebook ada mengajak kita semua untuk lebih menghargai orang tersayang apatah lagi ketika dilanda wabak Covid-19.
Ini perkongsiannya dan semoga memberi 1001 makna dalam kehidupan kita semua.
LAMBAIAN TERAKHIR
Kadang-kala dalam hidup ini, tanpa disedari, kita kurang menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Siapa sangka kedatangan wabak COVID-19 benar-benar telah mengubah banyak sisi kehidupan. Segalanya seolah berlaku terlalu pantas. Semakin hari, semakin ramai yang dijangkiti, malahan menemui ajal mereka dalam ujian wabak ini. Allahuakbar.
Tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa mereka yang dahulunya ada disisi memberikan sokongan, kini tiada lagi. Mereka yang kita sangka akan sentiasa menemani, rupanya sudah pergi.
Tiada lagi nasihat dan kata penguat yang meniti di bibir, senyuman manis yang menghiasi wajah untuk perjalanan kehidupan, yang tinggal hanyalah sebuah kenangan sebagai bekalan apabila kerinduan.
Allah Ya Qahhar, Allah Yang Maha Perkasa. Apabila Allah berkehendak untuk menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Dia melafazkan kalimah-Nya yang agung sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
[Surah Yasin: 82]
Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi. Sememangnya COVID-19 telah mengajar kita 1001 erti.
Ia membuatkan kita lebih menghargai mereka yang ada di sisi. Kemungkinan lambaian yang diberikan hari ini merupakan lambaian terakhir daripada insan yang amat disayangi.
Jika sebelum ini, kita merasakan ada hari esok untuk bertemu lagi, tetapi kini belum tentu kerana situasi yang tidak sama lagi. Kita tidak tahu siapa di antara kita yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana kematian itu pasti dan tidak akan diketahui bila masanya tiba.
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
[Surah al-Anbiya’: 35]
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿٣٤﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”
[Surah Luqman: 34]
Sahabat, ketahuilah bahawa Allah SWT telah menetapkan kematian setiap hambanya. Tidak akan ada yang terkecuali daripada merasai mati. Ia tetap akan datang dan tidak akan terlewat walaupun sedikit.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
[Surah al-A’raf: 34]
Tetapkan dalam hati, jika sebelum ini kita kurang menghargai mereka yang berada di sekeliling. Sekaranglah saatnya untuk lakukan perkara yang lebih membahagiakan mereka.
DUHAI IBU AYAH,
Jadikanlah tempoh ‘lockdown’ ini sebagai peluang untuk kembali menyemak solat dan bacaan al-Quran anak-anak jika sebelum ini tiada kesempatan. Hidupkanlah kasih-sayang dengan saling membantu, meringankan kerja-kerja rumah dan mendengar cerita anak-anak.
DUHAI ANAK,
Hargai dan luangkanlah masa sebanyak mungkin ketika ini bersama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ambil peluang untuk mendengar nasihat berharga daripada mereka. Usah terlalu leka dengan hiburan dan media sosial yang membuatkan kita lupa.
BUAT YANG BERJAUHAN DENGAN PASANGAN DAN IBU AYAH DI KAMPUNG,
Tautkan kasih sayang dengan sering berhubung dengan mereka. Hantarkan hadiah tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Kuatkan kesabaran dan pergantungan kepada-Nya, insya-Allah semua ini tidak akan lama.
DOA AGAR ALLAH MELINDUNGI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
Maksudnya: “Aku meninggalkan kamu semua dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang ada di dalam jagaan-Nya.”
[HR Ibnu Majah]
Semoga Allah SWT melindungi kita dan semua insan yang disayangi walau di mana jua kita berada. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.