Pernah tak, yakin je pilih bawang kat kedai konon luarannya ok, kiranya bawang tu tak busuk la. Sekali balik rumah nak guna, alah busuk juga rupanya. Alamak makcik terkono!
Haaaa yang mana masih lagi rasa diri failed bab nak pilih bawang tu, meh tengok tip nak pilih bawang oleh Rosie Zam yang sebetulnya. Tak ada la rasa duit tu membazir terbeli bawang yang busuk. Hehe.
Tip memilih bawang yang elok
1. Pangkalnya tidak busuk atau lembik.
2. Baunya tidak berubah. Kadang di luar nampak elok, tetapi di dalamnya busuk.
3. Tidak sedikit pun bahagian bawang itu berair.
Sekarang dah tahu kan. Ini tips pilih bawang bukan membawang tau! Dah alang-alang share pasal bawang, jom tengok cara buat bawang goreng rangup sendiri di rumah!
Petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!