Dalam keriuhan dan kepetahan kanak-kanak yang sering menghiburkan kita dengan teletahnya, akan ada satu masa yang membuatkan hati mereka tersentuh.
Di waktu ini, baru kita akan dapat tahu sifat sebenar di sebalik tawa manja serta keletahnya yang riang.
Terbaru menerusi sebuah video yang tular di laman tiktok, telah dimuat naik oleh pemilik akaun @omokgendut18, menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dilihat menonton video di dalam satu telefon pintar.
Namun apa yang mencuri perhatian adalah reaksi kanak-kanak tersebut yang mengalirkan air mata.
Bagi yang pertama kali melihat video ini, pasti mengingatkan ianya pastinya ada plot twist namun apabila membaca caption video tersebut, terus terasa ingin berderai air mata.
“Allah…ingat dia diam buat ape..rupanya tgk video arwah ayah dia,” tulis @omokgendut18 di ruangan kapsyen video ini.
Melihat titisan air mata yang mengalir pada kanak-kanak tersebut, dapat di rasa sakitnya menanggung rindu lebih-lebih lagi kanak-kanak seusia ini sangat manja dan amat perlukan belaian dari ibu bapa.
Ads
Semoga adik ini tabah dan membesar menjadi anak yang solehah.
Semalam telah berlangsung Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ (AADM) iaitu merupakan konsert pertama Melly Goeslow di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.
Turut mencemar duli tetamu VVIP, iaitu Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia (KDYMM), Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan DYMM Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencuri perhatian orang ramai.
Lebih-lebih lagi apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengenakan pakaian baju sekolah dan kelihatan manis mengikuti kod pakaian rasmi iaitu pakaian sekolah yang diwajibkan oleh pihak penganjur konsert berkenaan.
Dalam pada itu, dia juga percaya muzik bersifat universal dan perbezaan bahasa langsung tidak menjadi penghalang untuk sama-sama menghayati apa pun jua karya seni dari seluruh dunia.
“Ini juga merupakan kali pertama saya tampil membuat konsert di Malaysia dan ternyata kalian cukup beruntung sekali,” katanya.
Suasana konsert turut terasa dekat di hati apabila rata-rata penonton hadir berpakaian sekolah bagi mengikut tema Back To School seperti yang disarankan penganjur, Icon Entertainment.
Menariknya, Melly turut mengabadikan segmen tribute khas buat Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti serta Bunyi Gitar.
Turut hadir, selebriti popular tanah air juga dilihat turun memberikan sokongan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Amy Search, Misha Omar, Syafiq Kyle, Mimi Laa, Puteri Aishah dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan Melly dari Indonesia turut hadir iaitu Rossa, Yuni Shara, Mayang Sari dan Raffi Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Impian semua orang untuk memiliki rumah idaman untuk keluarga. Ia menjadi ruang untuk kita menjalani kehidupan seharian bersama pasangan dan anak-anak. Oleh itu, ramai yang akan dekorasi rumah agar kelihatan cantik dan kemas.
Namun, bajet yang murah tidak bermakna dekorasi tidak menyerlah. Bajet biasa-biasa pun mampu membuatkan rumah kelihatan ‘wow’!
Nak dekorasi rumah kena ada perancangannya. Nak tahu caranya jom ikuti perkongsian puan Nurlia Mohd Nor yang menyediakan beberapa tip berguna untuk dijadikan panduan.
DUA PERKARA PENTING SEBELUM DEKORASI RUMAH
Ada yang pm saya bertanyakan pendapat mengenai tips nak deko dan mengemas rumah.
Secara jujurnya saya bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ini. Cumanya kalau setakat berkongsi pengalaman tu boleh la.
Ada 2 perkara penting yang kena ambil kira sebelum nak mendeko rumah:-
1) BAJET/ kemampuan kita. Jangan ikut ‘selera’, tapi ikutlah kemampuan supaya tak pening kemudian hari.
2) Apa yang kita SUKA, bukan apa yang orang suka. (warna, tema dan sebagainya). Kita yang nak tinggal dalam rumah tu so kita sendiri decide.
Dua ni saja cukup, kita dah pun boleh mula mendeko dan mengemas rumah dengan tenang.
Saya mengimbau kembali waktu beli rumah ni dulu. Kami sign agreement pembelian rumah ni pada tahun 2014. Dari duit simpanan bisnes yang ada pada waktu itu saya spend untuk beli barang elektrik dan perabot.
Kami suami isteri memang dah plan dari awal. Ada barang dari rumah lama kami bawa, ada juga barang yang kami jual dan tinggal saja di sana untuk penyewa guna.
Kebetulan awal tahun 2015 ada satu kedai elektrik/ perabot ni buat sales. Saya beli jugak walaupun rumah belum siap. Hahaha.
Saya minta kedai tu simpan barang- barang yang kami beli sehingga rumah siap. Syukurlah boleh kawtim. Dalam setahun lebih juga dia simpan. Waktu tu kami beli:-
– Mesin basuh ruang atas
– Peti sejuk
– Hood dapur
– Dapur memasak
– Rice cooker
– Katil
– Sofa
– Meja makan
– Oven
– Microwave
Dan adalah beberapa barang lain.
Setel 1 bab..
April 2016 barulah dapat kunci rumah. Benda pertama yang kami buat adalah pasang grill, lampu, kipas, ceiling plaster dan kabinet dapur. Ni bagi saya penting.
Kalau yang berhajatkan ceiling plaster ada di rumah memang kena buat yang ni dulu memandangkan habuknya tersangatlah azab nak cuci. Kalau dah masuk barang baru nak buat memang letihla.
Mau berhari- hari nak hadap kerja mencuci. Silap silap boleh demam sebab habuk dia lain macam. Tapi kalau taknak buat, abaikan.
Kalau ikutkan keinginan kabinet dapur siapa taknak yang cantik kan. Tanyalah mana- mana wanita mesti ada impian nak memiliki dapur idaman. Saya survey harga untuk solid wood (nyatoh), 3G/4G glass door dan bermacam- macam lagilah. Kalau ikut selera memang nak nyatoh. Masa tu dalam kepala nyatoh kelabu/ dark blue. Hahaha.
Tapi…
Kalau dibanding rm7k dengan rm20-30k ternyata jauh sangat beza. Boleh guna duit tu untuk buat benda lain pada waktu itu. So kami pilih yang mampu milik. Alhamdulillah dah 6 tahun pun tinggal di rumah ni.
Boleh kata hari- hari masak, kabinet dapur masih elok macam dulu. Yang penting mahal ke murah penjagaan kena ada. Kalau mahal tapi tak jaga akan jahanam juga kan..
Selepas 3 tahun tinggal di sini barulah pelan pelan upgrade. Tak semua buat sekaligus. Pasang awning di porch, di balkoni, buat loteng di hall atas dan sebagainya. Awning pun yang biasa saja. Dua awning atas bawah tak sampai rm5k tak silap.
Bab deko dalam rumah pula ikutlah apa yang kita suka. Nak cat warna kuning, silakan. Nak cat warna hijau, silakan. Nak cat warna hitam pun silakan. Yang nak tinggal lama dalam rumah tu kita. So buatlah ikut apa yang kita suka.
Cuma yang penting kebersihan dan kekemasan dalam rumah kenalah jaga supaya sedap mata memandang. Yang ni kenalah konsisten. Jangan masuk rumah baru sebulan dua je ok, kemudian dah tunggang langgang. Habit/ rutin mengemas tu kena jadikan aktiviti harian barulah semua akan ok sampai bila- bila.
Kalau nak ikut pendapat orang ada orang suka tema scandinavian, ada orang suka tema farmhouse, ada orang suka tema moden dan sebagainya.
Citarasa orang tak sama. So dalam mendeko ni takde istilah siapa betul, siapa salah. Masing- masing punya citarasa, so ikutlah.
Saya perasan juga sejak usia dah menjejaki 44 tahun kalau boleh semua nak tenang tenang saja. Deko rumah pun nak yang lapang, taknak serabut dah, guest friendly dan paling penting nak suasana yang menenangkan saja.
Rumah kecil atau besar bukanlah jadi penentu sesebuah kebahagian. Yang penting rumah bersih, kemas dan suasana dalam rumah tenang inshaAllah semua orang dalam rumah happy.
Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat kulit anak bermasalah. Jika selama ini kulit anak bersih dan lembut, tetapi akibat masalah itu, mengakibatkan anak rasa tidak selesa.
Muat naik terbaru, pelakon Nad Zainal mengenai perkembangan anaknya yang mempunyai masalah ekzema telah meraih perhatian peminatnya.
Pelakon itu berkongsi dua foto menunjukkan perubahan kepada kulit anaknya setelah mendapat rawatan di sebuah klinik.
Katanya tujuan berkongsi gambar mengenai anaknya adalah hanya untuk memberi tahu perkembangan terkini anaknya.
Sebagai ibu sudah tentu Nad merasa gembira dengan perubahan positif anaknya. Katanya lagi, jika klinik itu serasai dengan anak, tidak perlu ke klinik lain.
“Gambar sebelum dapat rawatan dan selepas ke Klinik Jaya Tapah.. so tak perlu suggest klinik lain dah.. bertukar-tukar tangan dan doc.
“Cuma nak share perubahan positif sahaja mommies. tapi kalau nak share doc lain untuk mak mak lain boleh komen di bawah.. so far saya rasa happy dengan Klinik Jaya”
SEBELUM
SELEPAS
KONGSI TIP PEMAKANAN
Katanya lagi berkongsi tip pemakanan kepada peminatnya, kena elak makanan laut, kacang, telur dan ayam hingga 3 tahun.
Dalam pada itu, melihat perkongsian Nad Zainal, para peminatnya juga berkongsi turut mempunyai anak ekzema. Ada yang berkongsi petua dan tip pemakanan. Malah ada juga menitipkan doa buat anaknya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.