Sebenarnya, penjagaan kulit wajah perlu diberi perhatian bermula ketika remaja lagi. Bimbang jika dibiarkan sahaja tanpa perawatan, boleh menyebabkan kulit wajah mulai tampak kusam, tak berseri, jerawat, berparut dan jeragat pula jelas kelihatan.
Oleh itu, apa kata anda sebagai seorang ibu yang kini mempunyai anak perempuan yang sedang menginjak usia remaja, seeloknya perkenalkan teknik dan cara perawatan wajah untuk mereka amalkan.
Untuk lebih menarik, sebaiknya anda berdua lakukan aktiviti kecantikan ini bersama-sama sebelum tidur. Selain untuk tujuan kecantikan, dapat pula waktu untuk bermesra dengan anak gadis anda, dan semestinya cara ini dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. Selamat mencuba!
4 tip yang perlu diamalkan setiap malam sebelum tidur
1.Gunakan Krim Pelembap Malam
Berapa ramai daripada kita yang suka menggunakan pelembap sebelum tidur? Ramai yang memberi alasan tidak suka wajah melekit ketika tidur. Pemakaian krim pelembap membantu mengelakkan kulit daripada menjadi kering ketika tidur.
Terutamanya jika kita tidur di tempat yang sejuk dan berhawa dingin. Apabila kulit kering, tanda-tanda penuaan cepat muncul seperti kedutan dan kusam. Gunakan pelembap yang dirumus khas untuk penggunaan malam kerana teksturnya lebih ringan dan tidak melekit.
2.Membersihkan Wajah
Mencuci wajah sebelum tidur itu sangat besar manfaatnya. Jika kita tidur tanpa mencuci wajah dengan sempurna terlebih dahulu, sisa solekan juga debu dan peluh yang melekat pada wajah akan menyebabkan proses pertumbuhan semula kulit terbantut. Malah, kemungkinan wajah akan ditumbuhi jerawat, gatal dan iritasi. Walau penat sekalipun, jangan sekali kali lupa untuk membersihkan wajah kita selepas pulang daripada kerja.
3.Menggosok Gigi
Mungkin anda tertanya tanya apa kaitan menggosok gigi dengan kecantikan? Gigi yang rosak dan kuning pastinya akan menjejaskan penampilan wajah secara keseluruhan.
4.Gunakan Mask
Tip terakhir yang perlu kita amalkan sebelum tidur adalah pemakaian mask atau face mask penjagaan kulit. Ini adalah penjagaan tambahan untuk kulit. Cukup sekadar tiga atau empat kali seminggu.
Pentingnya penjagaan kulit wajah kerana ianya merupakan perkara pertama yang akan orang lihat. Jadi jangan malas untuk menjaga kulit wajah kita kerana wajah kita tiada gantinya.
sumber : Aishah Akhbar
INFO TAMBAHAN