Sekiranya di dalam keluarga anda memang telah menjadi rutin harian menikmati buah-buahan dan antara buah yang digemari adalah avokado. Ini memang bagus dan terbaik sekali jika terus diamalkan untuk makan avokado.
Sebab apa?
Ya, terbukti avokado antara makanan terbaik untuk otak dan sewajarnya terus diambil dipelbagai peringkat umur. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak kita yang sedang belajar dan tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR pada bulan September, PT3 pada bulan Oktober, manakala SPM pula pada bulan November ini.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh para peneliti Frontiers in Aging Neuroscience, mengukur aktiviti otak dan level lutein (karotenoid yang membantu melindungi otak) dari 60 orang berusia antara 25-45 tahun saat melakukan tugas berat.
Hasil kajian mendapati bahawa avokado, telur dan sayuran berdaun hijau punya kandungan lutein yang bertindak sebagai anti-inflamasi atau radang di otak sehingga membantu meningkatkan fungsi otak. Bahkan untuk orang tua yang mengambil makanan berlutein tinggi ini, akan menjadikan fungsi otak sama baiknya dengan otak anak muda dengan kadar lutein rendah.
Cara pengambilan
Selain avokado boleh dimakan begitu sahaja terdapat pelbagai cara lain yang boleh menjadikan buah avokado ini lebih enak dan menyelerakan untuk dimakan dan seterusnya diamalkan.
Melalui perkongsian Suri Kitchen di facebook umpamanya adalah dengan menyediakan Jus Avokado.
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar
1 biji buah avokado dikorek isinya drpd kulit
1 gelas ais
Sedikit gula jika mahu. ( Saya tak letak gula )
Cara penyediaan :
1. Blend hingga hancur.
2. Lilitkan coklat pada gelas. Tuang jus yang di blend. Jika mahu tabur milo pun boleh.
Manakala perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar pula berkongsi menu paling ringkas untuk bersarapan dengan avokado.
“Jom powerkan otak dengan breakfast OCOC. Avocado on wholemeal dan telur hancur.
Mudah. Bernutrisi tinggi. Kenyang sampai tengahari. Sihat itu Jihad. Makan untuk sihat.
Makanan sebagai ubat bukan ubat sebagai makanan.“-DrRizal
.