“Ingat Tidur, Rupanya Pucat & Lembik.” Nyawa Anak Hampir Melayang Akibat Terhidu Gas Monoksida Dalam Kereta

Share

Umpama mimpi ngeri,  Puan Nur Jalilah Leyla berkongsi kisah nyawa anaknya yang hampir melayang akibat terhidu gas monoksida di dalam kereta.

Mereka sekeluarga ketika itu salam perjalanan pulang ke Tanjung Karang, Selangor dari Kuantan. Dalam kegembiraan berbual dan bergurau senda, tanpa mereka sangka, saat itu masing-masing sudah keracunan gas.

Pengalaman yang  tak akan pernah Umi lupa. Saat kami semua termasuk (mak ayah mentua) opah dan atok keracunan gas monoksida dalam kereta.

Pada 19 May 2022, Umi  dan anak-anak mengikut mak ayah mentua untuk balik ke Tanjung Karang, Selangor sebagai peneman balik dalam tempoh 3-4 hari saja.

Dalam perjalanan dari Kuantan, semuanya ok tak ada apa-apa. Anak-anak pula seronok dengan berbual dan teman atok dan opak mereka. Kami sempat singgah makan tengah hari di Temerloh dan selepas itu teruskan perjalanan.

Sempat lagi Umi hantar gambar pada suami untuk tengok anak-anak tengah tidur. Rupanya, suami ada tegur muka Eijaz nampak pucat dan kasihan. Dia tanya anak-anak ok ke. Umi balas ok, mungkin sebab kepenatan agaknya. Tak sangka, sebenarnya mereka dah lain masa ini. Deeja pula senyap, tidur dan tak ceria. Fikir Umi, mungkin sebab cuaca panas.

Pada sekitar jam 1.00 tengah hari, selepas dari hentian Bentong, tiba-tiba, Deeja terjaga dan merengek tapi mata tak terbuka. Umi pujuk dan tiba-tiba badannya lembik. Namuri seorang ibu, rasa sesuatu tidak kena. Umi cuba kejutkan Deeja untuk bangun tapi tiada respon.

Umi terus jadi panik, anak selebih-lembiknya. Terus Umi menjerit pada mertua beritahu Deeja tak sedar diri tanpa sebab. Buka baju dan seluar, tepuk-tepuk dan sapukan air pada muka untuk kejutkan dia. Tapi tetap tiada respons.

Pernafasannya pun makin lemah. Kami berhenti tepi highway dan tahan kereta lain sammbil mendukung anak. Umi hanya fikir, Ya Allah, jangan ambil nyawa anakku.

Sementara itu, Zara dan Eijaz meraung dalam kereta sebab takut tengok kami panik dan riuh untuk kejutkan Deeja. Masa itu, ada satu kereta, keluarga Chinese (Mr Richard berhenti dan tanyakan keadaan. Dia meminta kali ikut mereka dan terus ke hospital berdekatan.Msa itu, Mr Richard syak ada masalah gas ke apa dan berpesan supaya buka tingkap.

Semasa perjalanan ke hospital, Deeja masih tiada respon, luruh rasa jantung Umi sebab tak tahu punca. Tiba-tiba Zara dan Eijaz diam, mereka pula tidak sedar. Eijaz tertiarap di bahagian bawah kaki dengan muka ke bawah karpet. Manakala Zara separuh badan atas kerusi kaki ke bawah dan meniarap. Ya Allah dugaan apakah pada kami.

Ayah mentua teruskan pemanduan dan ikut kereta Mr Richard. Mak mentua pula bantu kejutkan Eijaz dan Zara. Alhamdulillah mereka cepat sedar semula dan menangis. Eijaz nampak sangat pucat dan lesu. Umi pula dah mula rasa nak muntah, pening dan nak pitam. Tapi sebabkan anak-anak tak sedarkan diri, Umi gagahkan diri bertahan sambil muntah-muntah dan kejutkan mereka.

Sampai di hospital Orang Asli Gombak terus ke bahagian Kecemasan dan Deeja diberi terus bantuan oksigen.

Umi sesak nafas dan masih muntah-muntah angin. Mak mentua pengsan selepas sampai di hospital dan ayah mentua serta Zara, Eijaz diberi bantuan oksigen.  Selepas semua diberi bantuan oksigen, mereka kembali stabil tapi masih dalam keadaan lema. Suami pula dah bersiap datang dari Kuantan.

Kes kami di rujuk ke hospital Selayang. jam 8 malam kami semua dihantar ke Hospital Selayang menaiki ambulance. Kereta kena tinggal sebab doktor tidak mahu ambil risiko.

Dari situ, doktor mengesahkan kami keracunan gas monoksida yang berpunca daripada kebocoran pada bahagian ekzos. Kami dipantau sehingga betul-betul stabil.

Doktor ada beritahu, kalau Umi tak tahu anak tak sedar itu dan berangapan anak-anak tidur lena, kemungkinan akan mengancam ntawa anak-anak. Sebab ia menterang pada orang yang tidur dan terus idak sedarkan diri sampailah kekurangan oksigen pada otak.

Syukur, Allah berikan naluri yang tepat pada Umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu. Jam 3 pg barulah doktor lepaskan kami balik.

Ibarat mimpi ngeri semua tu. Keracunan gas monoxide ini tak bermakna masa kita berhenti kereta dan tidur di hentian saja. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan kereta tengah bergerak. Tapi ia boleh bahayakan pada penumpang yang tidur.

Allah jentikkan kami ikut sekali, kalau la mentua berdua saja balik tak tahu apa akan jadi pada mereka. Lagi bahaya sebab berdua dan tak sedar kebocoran gas itu.

Patutlah pada hari Sabtu sebelum ini, mak mentua masa perjalan ke Kuantan, dia dah pengsan dan muntah sekali dalam kereta tanpa sedar. Itulah permulaan kebocoran gas monoksida dalam kereta.

Sebelum perjalanan yang jauh, periksa semua keadaan kenderaan, baik kereta lama mahupun kereta baru.  Pantau sama penumpang yang tidur. Berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap.

Ingatlah, perkara nak jadi tanpa tanda dan diduga. Kita kena sentias peka dengan keadaan keliling terutamanya anak-anak.

Kepada Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. Kalau tak kerana Mr Richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital.

Walau berlainan agama tapi Mr Richard yang terawal berhenti dan bagi bantuan. Umi pun tak tahu Mr Richard ni asal mana dan tinggal di mana. . Seandainya  posting ni sampai kepada Mr Richard sekeluarga, kami sangat-sangat hargai dan terhutang budi.

Sumber:Nur Jalilah Leyla


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club