Rupanya tidak susah pun untuk menanam cendawan di rumah dengan syarat boleh ikuti sepertimana yang dikongsikan oleh Syafiq Baharin.
Alhamdulillah dah mula keluar hasil cendawan ni. Ingatkan susah, senang je rupanya.
1. Beli bongkah kat Shopee, RM2.50 gitu per bongkah.
Tips : Cari seller yang jual bongkah yang dah matang, so tak perlu tunggu lama untuk keluar hasil. Kalau tak lama juga nak tunggu bongkah tu matang. Ni hasil lepas 4 hari je.
Tips 2 : Nak tahu dah matang or belum, tengok bawah tapak bongkah ni. Kalau dah putih kat bawah tu, dah matang lah tu.
2. Kain balut tu optional je, cendawan ni suka suhu yang lembab & sejuk sikit. Jadi bila balut kain tu, kita siram je air kat kain tu 2 kali sehari. Kalau rajin 3 kali. Bila ada kain tu, lama la sikit tahan lembab dia tu.
3. Tak perlu tempat gelap pun. Dulu ingat wajib gelap. Rupanya cukup teduh, tak panas dan ada udara yang cukup.
4. Bila sampai bongkah tu, yang saya beli ni tak perlu korek pun lepas buka penutup tu. Balut & siram dengan air je kat kain tu. Janji air tak masuk kat dalam ‘pintu’ bongkah tu. Siram air kat atas je.
Jangan pi rajin masuk jari dalam tu, jari kita banyak bakteria. Ganggu pertumbuhan cendawan.
5. Done. Tunggu hasil je insyaAllah.
6. Nak tuai, just tarik je sambil goyang-goyangkan sampai tercabut habis semua akar dia. Jangan pi gunting pulak ye. Kena bagi keluar habis sampai akar.
7. Then ambil lah sudu kecik ke, kasi rendam dalam air panas dulu ke, biar sudu tu takda bakteria jahat. Lepas tu korek sikit saki baki akar putih yg melekat lepas dari baru tuai tu.
8. Lepas tu tutup semula bongkah tu. Rehatkan dalam seminggu tanpa siram.
9. Buka semula penutup dan mula siram semula kain tu. insyaAllah cendawan akan keluar semula.
10. Boleh 4 ke 6 kali tuai, ikut tahap jagaan kita. InsyaAllah.
Manakala melihat di ruangan komen, ramai juga berkongsi info dan pengalaman.
Norhayati Mohd Zaini : Saya tambah sikit dari tips di atas berdasarkn pengalaman sy. Kalau penjagaan baik, bongkah boleh dituai beberapa bulan.. Bongkah yg baik, tiada kulat hijau di dalam bongkah atau bongkah menjadi keras dan kering. Pastikan bongkah tidak dimasuki serangga seperti lipas dan semut. Cendawan boleh dituai sebelum keliling cendawan menjadi kerinting atau tua. Bila tua (lupa tuai), spora putih akan bertaburan di sekeliling bongkah.
Fatin Farhana : Yg penting kena open air.. jgn letak benda ni dlm bilik tido
Isma Laily : klu nk bnyk cendawan lg bolehla tebuk dkt belakang tu. nanti cendawan akan keluar depan belakang
Ummi Lin :Saya pun Ada cendawan ni. Memang jimat. Skrg nk cari lagi bongkah, yang aritu dah bbrpa kali tuai, kecik dh cendawannya.
Sumber : Syafiq Bajarin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasanya bila kita melihat perkembangan anak-anak, kita akan lebih mudah memberi tumpuan kepada perkembangan fizikal memandangkan ia mudah dilihat. Contohnya seperti pertambahan berat atau pun ketinggian antara perubahan fizikal yang jelas kelihatan bermula selepas usia sebulan sehingga mencapai usia remaja.
Pun begitu daripada sudut perkembangan mental, kita kadang-kadang terlepas pandang. Memahami berkenaan tanda-tanda pemikiran anak-anak kita berkembang dengan baik, Mohd Faish Salim berkongsi infonya.
Antara tanda anak yang ada “Growth Mindset”
Growth mindset adalah gaya pemikiran tanpa batasan yang sentiasa belajar dan cepat berkembang.
Ini tanda-tandanya :
1 – Dia suka bertanya
Setiap benda kalau boleh dia tahu. Pantang lalu depan mata, mesti dia nak tanya. Kenapa awan biru, rumput hijau. Bahkan sampai macam mana adik keluar dari perut mama tu pun dia tanya.
Anak yang ada growth mindset ni memang tinggi nafsu “belajar” dia. Jangan malas jawab soalannya ya, terbantut dia nak belajar nanti.
2 – Dia susah nak takut
Walau kita dah kata itu bahaya, tak boleh buat. Tetap dia nak buat juga. Bukan sebab dia tak tahu tu bahaya, tapi sebabnya dia tak “rasa” pengalaman tu lagi.
Anak begini dia kalau dah pasang azam nak tahu sesuatu perkara, dia akan buat juga. Larang la macam mana pun, kalau dapat peluang mesti dia buat juga.
3 – Dia suka experimen
Pantang nampak benda pelik atau baru sikit. Mesti di bedahnya nak tengok apa isi dalamnya. Yang selalu jadi mangsa ialah alat mainan dia sendiri.
Baru beli dah rosak. Bukan anak tu ganas tapi anak jenis yang suka “explore” benda-benda baru ni.
Kalau tak nak rosak kena la layan dia bedah dan experimen dengan cara yang betul supaya tak rosak.
4 – Dia tak boleh sabar
Selalunya anak yang ada growth mindset ni susah nak bersabar. Contohnya kalau dia dah tanya soalan, dia nak jawapan segera. Selagi tak dapat selagi tu dia duk tanya.
Lagi satu, kalau kita dah cakap awal dengan dia nak pergi bercuti. Setiap hari dia akan duk tanya, “bila nak pergi”
Dengan anak begini tak boleh cakap awal-awal sebab nanti otak dia tak boleh berhenti berfikir selagi dia tak pergi.
Photo by Kristin Brown on Unsplash
5 – Dia bijak dan kreatif
Hah habis periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan experimentasi dia. Semua benda dia nak main.
Anak begini senang nak bermain, apa sahaja yang ada di sekeliling dia boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul.
Tu yang tudung saji kadang jadi spaceship di baling sana sini konon terbang la. Sabar jela, huh!
Walau banyak keletah anak-anak, syukur alhamdulillah. Anak sihat fizikal dan paling utama sangat sihat mindanya.
Wallahu A’lam,
Misteri kehilangan pembaca berita televisyen Zalina Azman kian hangat diperkatakan orang ramai sejak beberapa hari ini.
Umum ketahuinya apabila ada hebahan yang mengatakan Zalina dilaporkan hilang semenjak November tahun lalu apabila gagal dihubungi oleh ahli keluarganya untuk memaklumkan bapa pembaca berita tersebut telah dimasukkan ke hospital.
Usaha pencarian terus giat dilakukan oleh pihak berkuasa namun sehingga kini belum ada berita penemuannya. Bersama kita doakan agar usaha pencarian ini dipermudahkan dan sekali gus menyingkap misteri yang terbuku.
Berikut merupakan 7 fakta berkenaan Zalina Azman yang mungkin selama ini ada yang tidak tahu mengenainya.
1.Zalina pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan
Semasa kecil dia menamatkan pendidikannya dengan memperoleh gred yang baik di sebuah sekolah terbaik di tempat tinggalnya. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan dan mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.
2.Zalina kuasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Zalina mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990. Petah menyampaikan berita berbahasa Melayu dan Inggeris. Kehebatannya mengacarakan program Money Matters sememangnya tidak dapat disangkal.
3. Zalina pernah menemuramah Nelson Mandela
Zalina pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dek kerana pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela.
4.Zalina pernah menemuramah Beyonce & Britney Spears
Selain itu Zalina juga turut berpeluang menemuramah bintang popular Hollywood, iaitu selebriti Beyonce Knowles dan Britney Spears.
5.Zalina seorang penulis
Selepas bersara, Zalina telah mengeluarkan naskah yang ditulisnya sendiri. Antara karyanya adalah Mystical Mangla dan V Vintage.
6.Zalina jadi hos AJL
Selain menjadi pembaca berita, Zalina pernah mengemudi anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) bagi tahun 2000 dan 2001
7.Zalina berkahwin dan punya dua orang anak lelaki
Status Zalina adalah sudah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki bernama Mikhael Norman,33, namun identiti suaminya tidak pernah didedahkan.
Kebanyakan daripada kita hanya memberikan perhatian kepada tarikh luput pada barang-barang tertentu sahaja seperti makanan kerana ia mudah rosak. Kita tak pernah terlepas pandang untuk menyemak tarikh luput susu atau roti. Bahkan, setiap kali membeli barangan tersebut, kita akan menyemak tarikh terlebih dahulu. Sedangkan untuk barangan lain, kita sering terlupa, atau mungkin kita tak tahu, bahawa peralatan rumah lain juga mempunyai tarikh luput.
Berikut beberapa barangan dan peralatan lain di dalam rumah yang mempunyai tarikh luput.
1. Bantal (2-3 tahun)
Mungkin ramai yang tak tahu, atau tidak kisah, selagi bantal tersebut boleh dipakai, kita akan pakai. Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai ‘bantal busuk’ sejak kecil. Sebenarnya bantal mempunyai jangka hayat selama 2 hingga 3 tahun. Bantal akan menjadi rumah kepada hama, yang akan memberikan banyak masalah kepada kesihatan kita. Bantal lama juga akan menyebabkan kesakitan pada leher kerana kehilangan bentuk asalnya disebabkan penggunaan melebihi jangka masanya.
2. Tuala (1-3 tahun)
Pernah tengok orang memakai tuala sehingga nipis dan gelap warnanya? Ia bukanlah disebabkan kualiti tuala itu tidak bagus, tetapi kerana penggunaan sesebuah tuala untuk jangka masa yang terlalu lama. Jika anak-anak anda tinggal di asrama, cuba periksa tuala anak anda. Sama ada ianya masih elok atau tidak. Disebabkan tuala sentiasa basah, ia adalah tempat yang paling baik untuk pertumbuhan bakteria, dan akan menjadi punca kepada pelbagai penyakit kulit.
Walaupun kerap dibasuh, tuala akan tetap tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Sentiasa tukar kepada tuala yang baru, setiap 1-2 tahun.
3. Berus gigi (3 bulan)
Ya, kebanyakan di antara kita hanya akan menukar kepada berus gigi yang baru hanya apabila bulu-bulunya sudah tercabut atau rosak. Doktor gigi mengesyorkan agar kita menukar berus gigi setiap 2 atau 3 bulan. Berus gigi yang rosak dan keras akan menyebabkan hakisan pada gigi.
4. Span mandian / Loofah (2-3 minggu)
Span mandian atau loofah akan mula membiakkan bakterian dan kuman hanya dalam beberapa minggu. Disebabkan ia sentiasa dalam keadaan basah, ini akan mempercepatkan lagi proses pembiakan tersebut. Loofah yang diperbuat daripada plastik dan berjaring seperti gambar di atas adalah lebih selamat dan tahan lebih lama, kira-kira 8 minggu kerana ia mempunyai ruang antaranya yang lebih besar berbanding span mandian biasa.
Untuk memastikan span anda tahan lebih lama, sentiasa bilas dan keringkan span dan loofah anda selepas setiap kali digunakan. Gantikannya selepas beberapa minggu.
5. Produk pencuci / pembersih
Pernah tak anda mengalami situasi ini, anda baru berpindah ke rumah baru, dan terdapat produk pembersih atau pencuci seperti pencuci lantai atau sabun basuh baju. Berasa rugi untuk buang barang-barang ini anda pun gunakannya untuk mencuci lantai dan baju anda. Pernah?
Ini adalah kerana kita mengganggap produk-produk ini tidak mempunyai tarikh luput, dan berasa rugi jika membuangnya. Menurut Good Housekeeping, keberkesanan produk-produk ini akan berkurangan selepas tempoh tertentu dan bekas plastik produk itu juga akan memberi kesan kepada formula produk itu. Kami sertakan tarikh luput bagi produk-produk pembersih yang mungkin ada di rumah anda.
Sabun basuh baju : 6 hingga 12 bulan
Pelembut pakaian : 1 tahun
Pembersih lantai / sinki : 2 tahun
Pembasmi kuman (Dettol) : 3 bulan
Sabun basuh pinggan : 12 hingga 18 bulan
6. Minyak wangi (1-3 tahun)
Minyak wangi dan eau de parfum boleh tahan selama 3 tahun jika tidak dibuka dan digunakan, dan tahan untuk 2 tahun jika digunakan. Manakala eau de toilette pula boleh bertahan selama 4 tahun jika tidak dibuka, dan 2 tahun jika dibuka. Jadi sebelum anda membeli minyak, jangan hanya pilih bau yang anda suka sahaja, anda juga perlu periksa tarikh luput.
7. Puting bayi (2-5 minggu)
Bagi yang mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa memantau puting yang diberikan kepada si kecil. Puting yang diperbuat daripada getah perlu digantikan, tak kiralah berapa lama ia telah digunakan dan keadaan puting itu. Ia amat mudah rosak dan boleh menyebabkan pembiakan kuman dan bakteria.
8. Kerusi kereta kanak-kanak (6-10 tahun)
Oleh kerana kerusi ini diperbuat daripada bahan yang mengembang dan mengecut berdasarkan jangka umur dan suhu, dan suhu dalam kereta yang berubah terlalu kerap, kebanyakan kerusi kereta kanak-kanak mempunyai jangka hayat selama 6 hingga 10 tahun SELEPAS dari tarikh pembuatan. Tarikh luput biasanya dipaparkan pada bahagian bawah atau tepi produk tersebut.
Juga, kerosakan terdahulu, atau jika anda terbabit dalam kemalangan juga boleh memberikan kesan kepada keselamatan kerusi ini. Jadi, jangan sesekali anda cuba untuk membeli kerusi kereta bayi terpakai, kerana tidak tahu tahap keselamatannya. Lebih baik membelanjakan lebih wang daripada mengambil risiko yang sangat bahaya.
9. Baju dalam wanita (1-2 tahun)
Ya, baju dalam wanita juga mempunyai tarikh luput. Sebaik sahaja baju dalam anda hilang bentuk, keanjalan, menjadi besar atau kecil, dan juga menjadi tidak selesa, tiba masanya untuk anda membuangnya dan membeli yang baru tanpa rasa kesal. Ia tidak baik untuk kesihatan payu dara anda, dan juga keselesaan yang kurang dalam seharian anda.
10. Kasut sukan (1 tahun)
Jika anda seorang atlit, atau suka bersenam, anda mungkin tahu bahawa kasut sukan mempunyai tarikh luput. Setelah kasut sukan anda digunakan untuk larian sebanyak 400 hingga 500 kilometer, ia kusyen pada kasut tersebut akan mula hilang dan ini akan memberi kesan kepada sendi-sendi anda. Namun, jika anda jarang menggunakannya, tukar kepada kasut baru jika anda berasa tidak selesa dan rasa sakit-sakit.
11. Wayar sambung (1-2 tahun)
Setiap wayar sambung mempunyai kapasiti yang tertentu. Jika anda melebihi kapasitinya, ia akan merosakkan wayar sambung tersebut dan boleh menyebabkan masalah besar seperti litar pintas yang akan menyebabkan kebakaran. Tidak berbaloi untuk mengambil risiko yang besar hanya kerana anda tidak mahu menukarnya.
12. Krim pelindung matahari (3 tahun)
Biasanya, krim pelindung matahari mempunyai jangka hayat selama 3 tahun, walaupun tidak dipaparkan pada produk tersebut, menurut pakar-pakar. Setelah melepasi jangka hayat ini, keberkesannya akan menjadi kurang. Jadi, sebelum membeli, anda perlulah menyemak tarikh luputnya terlebih dahulu, dan jika ia tidak mempunyai tarikh luput, semak tarikh produk itu dihasilkan, dan buang selepas 3 tahun tidak digunakan.
Jadi selepas ini, diharapkan kita semua lebih peka dan teliti ketika membeli barangan-barangan ini dan juga barangan lain, supaya mendapat faedah dan manfaat yang lebih. Juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
.
Sumber rujukan :
1. Buzzfeed
2. Dadgab
3. Linkis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...