Siapa yang tak kenal dengan pelakon berbakat besar, Nabila Huda. Anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search ini mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang pertama.
Menerusi laman instagramnya, Nabila atau lebih mesar disapa Abil sering memuat naik gambar dan video anak tunggalnya yang bernama Keisha Laila.
Terbaru, gaya Keisha dilihat seakan-akan sama seperti ibunya menerusi satu foto ketika anak-beranak ini sedang berada di gimnasium.
Keisha turut memakai pakaian sama seperti Abil sehingga membuatkan ramai menyangka terdapat cermin besar di belakang Abil.
Keisha kini yang sudah berusia 12 tahun turut tinggal bersama dengan Abil dan suaminya iaitu Mohd Izwan Johar.
Foto berkenaan mendapat reaksi ramai. Rata-rata meninggalkan komen memberitahu muka mereka seakan-akan copy paste.