Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyambut hari istimewa. Tak kira untuk diri sendiri mahupun orang tersayang. Walaupun simple namun yang penting itu tanda kita mengingati dan yang diraikan turut gembira.
Seperti juga pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans, yang baru-baru ini berkongsi sekeping gambar meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Apa yang menariknya, walaupun bergelar isteri kepada kerabat Diraja Selangor, namun dia memilih untuk menyambut secara sederhana bersama cahaya mata mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang dipanggil Milly.
Malah, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkongsi cerita, membeli dekorasi dari kedai MR DIY sahaja bagi menghiasi sambutan tersebut di kediaman mereka.
This is how we squish Mily everyday 🥰 Surprise birthday for my hubby at home last night worked! 🥳 🎉 Macam biasa la decorations semua beli kat our favourite store Mr DIY je 😜 hope you like the simple celebration syg.
Dalam perkongsian tersebut juga, Juliana turut menitipkan doa buat suami selain berterima kasih kerana menjadi pasangan serta bapa yang baik sekali gus membawa kegembiraan serta kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Thank you for being such a good husband and especially a good father to our daughter.. you bring us so much joy and happiness 💕 You have come a long way to become who you are today & I am the most proud wife ever! Semoga keluarga kita bertambah besar dan semoga Allah murahkan rezeki syg lagi… Alhamdulillah amin 🤲🏻
Perkongsian Juliana tersebut mendapat reaksi ramai. Namun bukan kerana dekorasi atau ucapan untuk suaminya, sebaliknya rata-rata memberi komen tentang ‘baby bump’ yang kelihatan dalam gambar tersebut. ramai meneka Juliana kini sedang berbadan dua. Namun empunya diri tidak memberi sebarang komen.
Sumber: julianaevans
Barangan menarik ada DI SINI