Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyambut hari istimewa. Tak kira untuk diri sendiri mahupun orang tersayang. Walaupun simple namun yang penting itu tanda kita mengingati dan yang diraikan turut gembira.
Seperti juga pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans, yang baru-baru ini berkongsi sekeping gambar meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Apa yang menariknya, walaupun bergelar isteri kepada kerabat Diraja Selangor, namun dia memilih untuk menyambut secara sederhana bersama cahaya mata mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang dipanggil Milly.
Malah, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkongsi cerita, membeli dekorasi dari kedai MR DIY sahaja bagi menghiasi sambutan tersebut di kediaman mereka.
Ads
This is how we squish Mily everyday 🥰 Surprise birthday for my hubby at home last night worked! 🥳 🎉 Macam biasa la decorations semua beli kat our favourite store Mr DIY je 😜 hope you like the simple celebration syg.
Dalam perkongsian tersebut juga, Juliana turut menitipkan doa buat suami selain berterima kasih kerana menjadi pasangan serta bapa yang baik sekali gus membawa kegembiraan serta kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Ads
Thank you for being such a good husband and especially a good father to our daughter.. you bring us so much joy and happiness 💕 You have come a long way to become who you are today & I am the most proud wife ever! Semoga keluarga kita bertambah besar dan semoga Allah murahkan rezeki syg lagi… Alhamdulillah amin 🤲🏻
Perkongsian Juliana tersebut mendapat reaksi ramai. Namun bukan kerana dekorasi atau ucapan untuk suaminya, sebaliknya rata-rata memberi komen tentang ‘baby bump’ yang kelihatan dalam gambar tersebut. ramai meneka Juliana kini sedang berbadan dua. Namun empunya diri tidak memberi sebarang komen.
Muat naik terkini di Instagram milik pelakon, Fasha Sandha telah meraih perhatian apabila telah berkongsi perasaannya mengenai bahaya meroyan selepas bersalin. Malah turut memuatkan emogi sebak bersama kapsyen di instagramnya.
Difahamkan ia adalah lakonan sebuah drama yang bertajuk Serpihan Sayang yang disiarkan di Samarinda TV3
Menerusi perkongsian itu, Fasha meluahkan betapa bahayanya penyakit ini yang perlu mendapatkan rawatan segera.
“Psikosis selepas bersalin penyakit mental yang serius dan harus dianggap sebagai kecemasan perubatan.
“Ia kadangkala dipanggil psikosis nifas atau psikosis selepas bersalin.”-Fasha Sandha
Nyata, kapsyen pelakon yang berusia 37 tahun ini seolah membayangkan dia merasai situasi yang dilalui oleh pesakit yang mengalami penyakit mental ini.
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1.Gangguan emosi postpartum
2.Kemurungan postpartum atau meroyan
3.Psikosis postpartum, juga disebut meroyan
(Postpartum=waktu selepas bersalin)
Ganguan emosi postpartum
Ia berlaku ke atas 25 – 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Kemurungan postpartum
Ianya berlaku di kalangan 10 – 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.
Psikosis postpartum
Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 – 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian
.
TANDA-TANDA & GEJALA
Gangguan emosi postpartum
-Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
-Mudah menangis
-Mudah melenting
-Gelisah
-Kurang penumpuan
-Kurang selera makan dan gangguan tidur
Kemurungan postpartum
-Perasaan murung
-Letih lesu dan tidak bermaya
-Suka memencilkan diri
-Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
-Salah faham akan kehendak bayi
-Kurang penumpuan dan daya ingatan
Psikosis postpartum
-Gangguan tidur dan perubahan selera makan
-Mudah resah
-Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
-Perasaan dan kelakuan yang pelik
-Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)
Pencegahan
Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.
Setahun pertama memang semuanya manis-manis belaka. Namun setelah mempunyai anak, segalanya diberi tumpuan kepada anak pula sehingga masing-masing alpa dengan kemanisan rumahtangga.
Sejak berkahwin, berapa kali anda mandi bersama suami? Lebih-lebih lagi bila ada anak-anak. Namun tentu semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia sehingga ke akhir hayat.
Namun, biarpun mandi bersama dan petua-petua kebahagian lain nampak remeh-temeh, tetapi ia memberi kesan tersirat kepada kebahagiaan sesebuah keluarga.
Berikut antara senarai bagaimana untuk membina keluarga bahagia oleh Pakar Motivasi Terkanal, Dr. Fadzilah Kamsah. Moga bermanfaat bersama.
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
Trend sekarang, nak nampak rumah mewah menggunakan wainscoting aje. Bukan mengupah tukang rumah tetapi boleh dilakukan dengan sendiri.
Ingin mendapat harga bajet yang murah, ramai yang melakukan sendiri pemasangan wainscoting, Namun, tahukan anda bahawa ada beberapa jenis wainscoting,
Apa kata lihat perkongsian ini. Mudah untuk kita memilih wainscoting, yang terbaik,
Saya nak kongsikan pengalaman saya pasang wainscoting dari semua jenis material secara DIY. Kelebihan dan kekurangan setiap material mungkin berguna untuk warga KKD sebagai panduan. Gambar bagi setiap jenis material pun saya letak sekali. Ini cuma pandangan saya mungkin berlainan setiap orang.
Wainscoting Foam : Sangat murah dan ringan. Tetapi susah sangat nak dibentuk dan mudah penyek. Sukar nak kembali kepada bentuk asal. (Pandangan peribadi saya 1 bintang)
Wainscoting PVC Roll: Harga mahal dari foam tetapi murah dari kayu. Tidak boleh dipenyek. Tapi juga sedikat susah untuk dibentuk sebab datang dalam bentuk roll. (Pandangan peribadi saya 2 bintang)
Wainscoting PU/Plaster : Harga lebih kurang PVC. Keras dan tegak. Kelebihannya panjang 2meter lebih. Cuma material ni senang patah terutama kalau beli online. Juga sukar untuk mengikut permukaan dinding yang tidak rata. Kekurangan lain susah sikit nak potong memerlukan gergaji paip dan sedikit kemahiran. (Pandangan peribadi saya 3) bintang)
Wainscoting Kayu: Harga agak mahal, tetapi ada peminat tersendiri kerana corak bunganya yang bermacam jenis. Memerlukan kesabaran bila pasang kerana perlu gosok dengan kertas pasir dan cat sebelum mendapat hasil permukaan yang diinginkan. Pemotongannya juga memerlukan peralatan seperti gergaji dan memerlukan sedikit kemahiran. Tidak sesuai untuk rumah yang mempunyai permukaan dinding yang tidak rata kerana wainscoting kayu akan kelihatan tergantung dan memerlukan banyak kerja kemasan. (Pandangan peribadi saya 3 bintang).
Wainscoting Plastic/Hard Plastic- Harga murah dari PVC dan kayu. Keras dan tegak.tetapi masih boleh dipotong menggunakan pisau tajam. Kualiti ok kerana tak perlu gosok atau cat sebaliknya datang dengan permukaan yang licin. Sesuai untuk permukaan dinding yang tak rata kerana walaupun tegak tetapi masih boleh dilentur untuk mengikut permukaan dinding.Kelemahannya ianya datang dalam panjang 1 meter setiap batang jadi anda memerlukan lebih gap filler untuk menyambung satu sama lain. (Pandangan peribadi saya 4 bintang).