“Ingat Balik Wajah Suami Tunggu Tu Priceless.” Sari Yanti Dedah Lama Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Keempat!

Share

Pengorbanan seorang ibu, bertarung nyawa dalam melahirkan zuriat. Berjuang antara hidup dan mati,namun segalanya sanggup ditempuhi. Itulah kuatnya seorang wanita yang bergelar ibu. Saat melihat si kecil menjengah dunia, hilang segala sakit. Terpancar keriangan dan wajah syukur seorang ibu.
Demikian dengan luahan pelakon Sari Yanti yang baru sahaja melahirkan bayinya yang keempat baru-baru ini. Biarpun terpaksa melalui kepayahan, namun dia bersyukur anak lelakinya selamat dilahirkan.

Berkesempatan meluahkan rasa usia melahirkan anaknya, Sari memuat naik perkongsian saat yang ditempuhi ketika bersalin baru-baru ini.
Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.

6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?

Dalam sakit tu bersyukur

Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan maafkan saya ) .
.
Risau campur sedih
Suami kakak.
Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I @jepsepahtu

.
Kiriman doa ikut sama

Mak ayah keluarga
Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada. –
Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. .
Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah .. Allahuakbar.


Syukur Alhamdulillah. .
.
Titik keringat dan air mata
Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan,
Untuk pengalaman,
Untuk setiap titik keringat dan air mata,
Satu lagi anugerah

Untuk satu lagi anugerah,
Untuk cinta dan sayang suami,
Untuk doa dan kasih ibu bapa
Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan .
Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .

Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm

Sumber: sariyanti