Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sedang aktif. Jangan biarkan anak kecil bermain seorang diri. Mungkin barang-barang di hadapannya akan dimasukkan ke dalam mulut. Sebagaimana perkongsian ini.
Moga jadi iktibar bersama supaya anak-anak berada dalam persekitaran yang selamat.
Gambar hiasan
Ibubapa wajib baca ini
Pagi tadi datang seorang ibu dan anak perempuannya yang berumur 10 bulan. Anak itu dibawa ke klinik sebab sedang mengalami batuk.
Jadi bagilah ubat seperti biasa.
Kemudian ibu tersebut membuka satu cerita. Cerita ini sangat membuka mata saya sebagai seorang doktor. Saya merasakan ibubapa wajib membacanya sebab ia mungkin akan menyelamatkan nyawa anak anda.
Ibu itu menceritakan beberapa bulan sebelum itu anaknya hampir meninggal dunia. Pada ketika itu, anaknya yang baru berusia 8 bulan itu sedang bermain di ruang tamu. Ibu pula pergi ke dapur untuk memasak.
Ketika ibunya pergi semula ke ruang tamu. Dilihat anaknya tiba-tiba jatuh dan menggelupur. Mata naik atas, tangan dan kakinya bergetar sama seperti orang yang sedang mengalami sawan.
Ads
Ibunya panik tak tahu apa yang terjadi kepada anaknya. Mungkin kena sawanlah kut. Kemudian anaknya berhenti sawan diikuti muka menjadi pucat, tangan sejuk, tidak bergerak dan badannya lembik.
Ibunya periksa nadi pesakit. Nadi dah tiada. Ibunya ada membaca tentang tanda-tanda orang mati iaitu salah satunya, anak matanya membesar. Dia pun periksa, anak mata anaknya itu memang sudah membesar.
Pada ketika itu, ibunya tak tahu apa yang berlaku kepada anaknya. Jadi dia pun telefon hospital untuk mengambil anaknya yang dia rasa telah meninggal dunia itu. Dia siap cakap, “Anak saya dah mati. Ambil dia kat rumah saya”.
Kemudian dia keluar rumah menjerit-jerit meminta tolong dihadapan rumah. Jiran dia pun datang dan mencadangkan untuk terus bawak pergi kanak-kanak itu ke hospital. Tak perlu tunggu ambulan.
Semasa turun menggunakan lif di apartment, emaknya terdetik untuk memeriksa sama ada anaknya tercekik ataupun tidak. Dia tonggeng anaknya itu dan dipukul beberapa kali bahagian belakang anaknya untuk lihat sama ada terkeluar barang ataupun benda yang di tercekik tu. Tapi tiada barang yang keluar.
Ads
MULUT ANAK ADA GETAH PENGIKAT RAMBUT
Kemudian, ibunya itu cuba korek dalam mulut anaknya itu. Terjumpalah getah pengikat rambut anaknya itu sendiri. Setelah itu, ibunya perasan yang belakang kepala anaknya itu semakin merah. Dan dia mula bernafas tapi dengan lambat.
Dia tak sanggup nak tengok muka anaknya waktu tu sebab sedih sangat. Bila sampai di hospital, anaknya mula menangis dan bergerak-gerak seperti biasa. Dia dimasukkan ke dalam wad untuk tujuan pemantauan beberapa hari dan pada hari ini pesakit telah aktif seperti biasa.
Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah betapa bertuahnya anak perempuan ini. Kerana ketika ibunya mendapatkan anak perempuannya itu, tidak nampak langsung tanda-tanda tercekik. Dan pada ketika itu, pesakit tiba-tiba sawan.
Namun ibunya tergerak hati untuk memeriksa tekak anaknya yang akhirnya membuatkan kanak-kanak itu dapat diselamatkan.
Ads
Jika benda ini berlaku pada anak seorang doktor pun, mungkin kami tidak akan suspek perkara ini adalah disebabkan tercekik kerana tidak sempat melihat tanda-tanda tercekik itu sebelum pesakit sawan.
Pengajarannya disini jika anak anda sawan, tiba-tiba berhenti bernafas dan anda suspek kemungkinan dia tercekik, cubalah untuk periksa sama ada pesakit tercekik ataupun tidak. ***Jangan periksa waktu tengah sawan ya, nanti kena gigit pula tangan tu.
Waktu pesakit tidak bernafas tu, cuba tepuk belakang badan pesakit dan check mulutnya mungkin ada benda tersekat.
Dan ada beberapa benda lagi nak pesan:
❌Jangan biarkan anak anda bermain seorang dalam jangka waktu yang lama. ✅Jika ingin biarkan mereka bermain, pastikan tiada apa-apa bahan atau mainan yang boleh menyebabkan mereka tercekik. 💢Belajar cara untuk merawat mereka yang sedang tercekik. Cara mudah yang dapat menyelamatkan nyawa anak anda dan juga orang lain.
Join channel telegram kami di t.me/ediagnosa untuk mendapat info kesihatan
Setelah lebih 4 tahun bergelut dalam konflik rumah tangga, akhirnya pasangan pelakon, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mencapai kata putus untuk berpisah pada 18 April ini.
Meskipun pelbagai isu dan masalah yang timbul ketika proses penceraian, namun difahamkan kata sepakat telah pun dicapai dalam keadaan yang tenang selepas berjumpa dan berbuka puasa bersama.
Memetik laporan mStar, Puteri Sarah meluahkan rasa syukurnya terhadap perkara yang berlaku dan segalanya dipermudahkan di bulan Ramadan yang mulia ini.
“Alhamdulillah keberkatan Ramadan. Semuanya dipermudahkan. Kami dah sepakat malah Syamsul setuju dengan semua terma yang saya mahukan,” kata Puteri Sarah.
Dalam masa yang sama, Puteri Sarah turut menekankan bahawa tiada permusuhan antara mereka berdua sebaliknya mahu kekalkan hubungan sebagai kawan demi anak-anak.
“Kami akan berpisah dengan tenang dan tiada permusuhan. Kami kekal sebagai kawan demi anak-anak. Jumpa Syamsul semalam pun kami tidak bergaduh,” terangnya lagi.
Sementara itu, kes nusyuz yang telah difailkan terhadap Puteri Sarah pada 21 Mac lalu juga akan ditarik balik oleh Syamsul dan akan melanjutkan sebutan berkaitan hak penjagaan anak pula.
Sumber: mStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lazimnya apabila semakin dekat Aidiliftri pelbagai persiapan bakal diadakan untuk meraikan kegembiraan bersama keluarga.
Pastinya sejumlah peruntukkan kewangan diperlukan untuk membuat persiapan termasuk membeli baju raya, kuih muih dan juadah hari raya.
Namun, akibat masalah kewangan, ramai yang menghadkan perbelanjaan. Menyedari akan hal ini, kerajaan telah mengumumkan khabar gembira semalam menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 22 April 2021 iaitu Bantuan Khas Kewangan Aidiliftri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Manakala golongan pesara juga menerima sejumlah RM250.00.
Bantuan khas ini akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara. Manakala, turut menerima ‘duit raya’ itu termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Perdana Menteri dalam kenyataan rasminya memaklumkan pemberian ini menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.
“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini,” kata Muhyiddin dalam kenyataan rasminya.
PEMBAYARAN BANTUAN PADA BULAN MEI
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei ini.
Katanya lagi, pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak pelengkap dalam rumah tangga sesebuah keluarga dan juga anugerah tidka ternilai buat suami isteri oleh Dia Yang Satu. Namun, adakalanya suami isteri diuji dengan dugaan yang cukup berat. Kegembiraan hanya seketika, di kecil kembali di jemput Ilahi.
Hati ibu bapa mana yang tidak dijentik pilu bilamana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh pergi dahulu. Dalam satu perkongsian, wanita ini meluahkan rasa pilu bila mana anak sulungnya kembali mengadap Dia Yang Satu.
Luahan yang cukup menyentuh perasaan oleh sang ibu bernama Norazlin Alin cukup memilukan. Apatah lagi, anak perempuannya yang baru berusia empat tahun meninggal dunia secara tiba-tiba disebabkan oleh demam dan sawan.
Ajal rahsia Allah
sungguh… ajal itu rahsia Allah.. allahuakhbar… mummy sayang alya, dunia dan akhirat..
28 oktober isnin
mummy: alya mau pgi jogging ka mau pgi main pasir? alya: alya mau main pasir..
petang tu mummy, daddy, alya n adib pgi tg aru beach.. sebelum main pasir singgah beli makanan kejap.. alya mau beli pisang goreng tapi mummy cakap nanti la sebab hujan da start turun.. maafkan mummy ya tak tunaikan permintaan sayang..
ada jgk dalam 10-15 minit kami duduk dalam kereta sementara tunggu hujan bhenti..
Hajat main pasir tercapai
dalam masa yang singkat, picnic n bawak alya main pasir.. mummy n daddy bgilir temankan alya main pasir.. happy mummy tengok hajat alya utk main pasir tcapai.. lama da alya cakap mau main pasir tempat hotel cantik.. maksud alya tu alya mau pgi cabana retreat lagi.. tapi tempat tu agak jauh sayang.. mummy selalu cakap ‘next time’ kan sayang.. maafkan mummy x tertunai lagi permintaan alya..
malam sampai d rumah, alya mandi n makan.. tokma cakap mcm2 alya makan.. banyak..
lebih kurang 11 malam, alya mengadu badan alya terasa lemah.. rupanya alya demam…..
Tak Mahu makan
29 oktober selasa
alya sepatutnya pgi sekolah sbb sekolah alya cuti sampai isnin ja.. baju sekolah alya mummy da iron semua..
tapi alya masih demam.. mummy biarkan ja alya tidur sampai 11.30 pagi.. pastu mummy angkat alya bawa turun.. sikit pun alya x mau makan.. petang tu bru alya mau makan.. tapi tu pun biskut adik adib.. banyak jgk la alya makan..
mummy pujuk alya mandi.. selepas mandi tu.. alya ada cakap,
“mummy, alya x demam sudah la.. alya sihat..” (sambil alya rasa dahi n badan alya)
lepas tu nampak alya macam okey.. boleh bawak adib main mcm biasa.. mummy happy..
tapi malam tu, alya start muntah.. biskut yg alya makan semua keluar balik.. terkulai layu alya.. tokma basahkan towel letak atas kepala alya.. alya baring n tidur ja.. tiap malam memang alya tidur sama tokma.. manja sangat dengan tokma.. tokma cakap malam dia meracau2.. alya ada cakap pasal naik train.. sepatutnya cuti deepavali ni mummy janji mau bawak naik train.. x pernah sekali pun kami semua naik train biarpun hampir setiap hari tengok train tu lalu depan mata.. maafkan mummy sayang.. ada lagi permintaan alya yang x tertunai..
alya hanya makan ubat demam yg memang sedia ada d rumah.. mummy x bawak pgi klinik sebab panas badan alya x jugak tlalu tinggi..
30 oktober rabu
alya masih demam.. hanya baring n tidur.. makan memang x mau da.. mummy n daddy pgi work macam biasa.. bgtau tokma kalau badan alya panas call ja.. mummy balik rumah..
Maafkan mummy sayang..
time d sekolah tokma bgtau panas badan alya.. tokma x boleh jaga alya sepenuhnya sebab adik adib pun cerewet xnak tidur.. mummy cakap mummy banyak kerja, x boleh balik.. mummy kena latih murid mummy sebab masa da singkat.. mummy minta daddy yg balik rumah.. maafkan mummy sayang..
sampai d rumah, mummy bawa kan donat yg balik2 alya cakap.. kebetulan ada jual d sekolah hari ni.. tapi daddy cakap alya mau makan kfc.. daddy pun keluar pgi bli kfc..
sementara tunggu daddy, alya tiba2 request mau mummy mandikan alya.. time tu adib memang x nak lepas mummy juga.. alya berkeras mau mummy juga yg mandi alya (rupanya itu la kali terakhir mummy mandi alya d rumah ni)
selepas mandi mummy ingatkan alya akan lebih cergas n boleh makan ayam kfc.. tapi tidak.. alya baring semula tutup mata.. nampak weak sangat..
Tonsil bengkak
jam3 petang.. mummy bawak alya pgi klinik kesihatan kinarut.. kalau demam memang mummy bawak alya pgi kk kinarut ja.. sebab doctor sini akan suruh alya buat blood test kalau demam sebab ada sejarah denggi.. time kena ambil darah alya x nangis pun.. kuat suara alya cakap ‘iya’ bila nurse cakap jangan takut kalau mau sihat.. hasil blood test doktor cakap semua okey.. cuma tonsil bengkak tu sebab alya x mau makan.. lega hati mummy..
atas saranan doktor daddy belikan alya air milo supaya alya dapat isi perut n ais krim vanilla utk tonsil.. alya makan jgk sikit..
sampai rumah alya still weak.. hanya baring n tidur.. tapi bkali2 mintak minum air n letak towel basah di kepala.. alya demam tapi temp tidak la tinggi.. tapi mummy hairan kenapa alya weak sangat..
Nampak mata putih
jam7 malam.. mummy tengah bagi adib makan.. tiba alya keluar kan bunyi dari mulut n hidung yang kuat sebanyak 3 kali.. kenapa alya nak? mummy teriak.. mummy pegang alya.. tangan alya keras n kejang.. mummy nampak mata putih alya ja.. mummy kasi mengiring badan alya.. pastu mummy blurr.. sebab mummy da lupa apa yg mummy pernah baca pasal sawan.. yg mummy ingat mengiring kan badan n tengok jam berapa minit sawan.. mummy jerit panggil tokma.. tokma pun panic.. tangan mummy menggeletar x boleh google.. mummy call ibu x angkat.. yg mummy boleh buat tulis wasap dalam group mintak cari info pasal sawan.. mummy lari ambil tudung, handbag n kunci kereta.. call daddy minta jumpa d klinik dr mohan.. mummy drive sambil pegang adib.. tokma pegang alya di seat belakang.. time ni nampak alya da x sawan tapi still nampak lemah..
sampai d klinik doktor cakap kalau kes sawan terus saja ke hospital lagipun alya nampak sangat x bermaya.. daddy sampai d klinik n mummy cakap ke likas tapi sebelum tu pulang rumah kejap packing barang alya n adib.. kereta daddy dibiarkan ja park di klinik.. (minta maaf sayang kalau keputusan mummy utk balik ambil barang d rumah tu adalah keputusan yang salah)
Bagi ubat demam muntah lagi
daddy drive laju ke likas.. sampai likas alya muntah depan register counter.. bila nurse bagi ubat demam alya muntah lagi.. terus mummy n alya disuruh masuk emergency..
dalam emergency ingatkan ada doktor yang akan terus cek alya.. tapi tidak.. mummy n alya duduk sahaja atas katil dalam setengah jam sambil tengok doktor n nurse busy merawat pesakit yang lebih kritikal.. maybe doktor n nurse x layan kami sebab alya nampak okey ja siap boleh lambai2 tokma n adib di luar emergency..
maybe alya da penat duduk, alya minta mau baring.. mummy tengok alya terus tutup mata.. kejap2 buka.. mummy tunggu lagi mana doktor yg akan cek alya.. datang doktor lelaki.. soal siasat mummy.. selepas tu, sekali lagi kami dibiarkan begitu sahaja.. alya nampak tenang.. kejap mata tutup kejap mata buka.. hanya ada sorang nurse yg ambil darah alya.. mummy tanya nurse tu, alya masuk ward ka? iya.. jadi mummy pun tunggu la apa tindakan seterusnya..
Alya jatuh dari katil
daddy cakap adib mau minum susu.. jadi mummy pun bagitau alya mummy keluar kejap.. masa pertukaran mummy daddy tu rupanya alya jatuh dari katil.. kesiannya anak mummy.. selepas tu mummy masuk lagi jaga alya.. tapi adik adib nangis lagi mau sleep.. mummy pun pgi kereta dekat jam11.. tidurkan adib.. jam11.37 mummy tanya daddy, alya sudah masuk ward? daddy cakap belum.. alya kena sawan lagi tadi 5 saat.. allahu.. anak mummy.. mummy keluar dr keta cepat2 pgi emergency.. nampak doktor n nurse sudah mula busy cek alya.. mummy ganti jaga alya..
alya kena pasang oksigen.. tangan alya dua2 kena jarum utk drip air.. pastu doktor sambungkan wayar d badan alya.. pastu tengok la d screen garis2 macam mummy pernah tengok dalam drama melayu.. tapi lepas tu alya mula rasa x selesa dengan wayar2 yang penuh di tangan n badan.. alya minta buka oksigen sebab mau muntah.. alya muntah n terus muntah.. time ni mummy tengok alya sakit sangat.. alya cakap dengan kuat “alya nak minum” (inilah ayat terakhir yang keluar dr mulut alya yang mummy boleh dengar dengan jelas).. nampak alya mau muntah lagi tapi x boleh.. time ni nampak mata putih ja.. alya semakin pucat.. 2-3 doktor mula sibuk cari keputusan darah alya.. dari pemerhatian mummy, doc tu cakap blood test tu semua nampak okey.. tapi alya semakin biru…
Tiba-tiba doktor jerit CPR!
alya dipindahkan ke katil lain.. ubat2 alya semua ditambahkan ke dos yang paling tinggi.. itu ja yg mummy faham.. mummy tengok semua orang kelam kabut.. tangan n kaki mummy menggeletar.. tgk alya makin sakit.. doktor tengah call pakar sambil tengok d screen.. semakin ramai di keliling alya.. mummy tanya kenapa dengan alya.. doktor cakap dia pun x tahu.. tiba2 doktor jerit CPR!!!!!!! allahu…..
sempat mummy tengok nurse tekan2 dada alya sebelum mummy dsuruh keluar.. mummy x tahan tunggu d luar.. mummy masuk semula.. ya Allah.. durang masih berusaha tekan dada alya.. ada hos sudah masuk dalam mulut alya.. pakar2 turun dr atas.. pakar jumpa mummy tanya macam2 soalan.. sekali lagi mummy tanya.. kenapa dengan anak saya? n doktor pakar pun jawab benda ya sama ‘saya tidak tahu kenapa dengan anak puan’ dada alya terus kena tekan.. nurse n doktor bsilih ganti.. tanpa henti.. mummy shaking dengan apa yg mummy tengok dr celah2 langsir.. sekali lagi doktor pakar keluar.. ‘anak puan x okey’.. pastu dia masuk balik.. mummy tengok durang stop tekan dada alya n sambil berbincang.. dalam hati mummy mungkin keadaan redah sedikit or mungkin durg mau pindahkan alya ke icu.. sangkaan mummy tu meleset.. doktor pakar keluar “ANAK PUAN TIDAK DAPAT DISELAMATKAN” ‘maksud doktor?’ “IYA ANAK PUAN SUDAH TIADA” allahuakhbar.. mummy terus rebah.. mummy nangis sekuat hati..
Pemergian mu sayang begitu cepat
mummy bangun.. sebaik tengok alya atas katil, air mata mummy stop.. “betul ka ni doktor? saya tidak percaya” doktor hanya angguk.. mummy tanya soalan yang sama berulang kali.. mummy angkat alya.. mummy cium alya.. mummy diam.. mummy tengok daddy n tokma nangis.. tapi time ni air mata mummy x boleh keluar.. xtau kenapa.. mummy hanya dakap alya sepuas2nya.. mummy sayang alya, dunia dan akhirat.. doktor yang berdiri di situ berulang kali cakap “saya betul2 x tahu apa yang jadi sama anak puan.. saya minta maaf”
allahuakhbar……. pemergian mu sayang begitu cepat.. pemergianmu di hari lahir daddy.. singkatnya masa Allah pinjamkan alya.. ya Allah.. cepatnya..
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...