Influencer Dakwa Tiada Anak Muka Jadi Awet Muda, Boleh Tidur 8 Jam Sehari! “..Anak Itu Beban”

Share

Anak itu anugerah terindah bagi pasangan suami isteri yang dah berkahwin. Bukan sahaja penyambung keturunan kita, tetapi sumber rezeki bagi ibu ayah.

Semua orang menginginkan untuk peroleh zuriat sendiri, namun lain pula bagi seorang influencer dari seberang ini, iaitu Gita Savitri di mana dia mengatakan wanita tanpa anak tidak perlu menerima gangguan seperti ibu rumah tangga yang lain. Ia termasuklah dapat tidur yang cukup iaitu selama 8 jam dan tidak tertekan dengan jeritan anak-anak di rumah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gita itu berpunca daripada komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pengikutnya yang mengatakan mahu menjadi awet muda sepertinya walaupun sudah berusia 30 tahun.

“Saya yang berumur 24 tahun pun kalah dengan Kak Gita, padahal sudah usia 30 tahun. Awet muda sangat ni,” kata pengikutnya.

Gita kemudian dilihat membalas:”Tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi awet muda.

“Anda boleh tidur lapan jam sehari dan tidak tertekan mendengar jeritan anak. Dan pada saat wajah berkedut, kita punya duit untuk melakukan botoks.”

Malah melalui live bersama suaminya, Paul Andre Partohap baru-baru ini tetap menegaskan untuk tidak mempunyai anak dan menyifatkan anugerah Ilahi itu sebagai beban.

“iye, buat saya anak itu beban. Buat anda kan, bukan (tapi) anugerah. Buat saya beban sebab itu saya tidak mahu (punya anak).

“And there’s nothing wrong with it (dan itu tidak ada salahnya), ujar Gita di sesi live Instagram seperti dilaporkan Detik.com.

Hal itu menimbulkan kontroversi dan disifatkan seperti menyindir wanita yang sudah berkahwin sekaligus menjadi ibu. Perempuan yang berasal dari Palembang itu juga dikatakan sombong dengan anugerah yang tuhan berikan.

Terdahulu, Gita dan suaminya membuat keputusan untuk childfree atau tidak memiliki anak pada 2021 lalu.

Sumber : Gempak, Instagram Gita Savitri