“Sebenarnya, hati ini, cinta kepada mu,
Sebenarnya, diri ini, rindu kepada mu,
tapi aku tidak mengerti, mengapa cinta,
masih tak hadir,…”
Pastinya jika kita mengungkap bait lagu tersebut anda mungkin dapat merasakan lirik lagu itu amat indah, sayu dan sangat puitis. Lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang mulia ini. Mahu boleh jugak yang mengalir air mata kan, jika didengar berulang kali.
Hakikatnya, lagu ‘Sesungguhnya 19’ adalah kolaborasi penyanyi, Alif Satar bersama kumpulan nasyid terkenal Raihan.
Sukar untuk kita menafikan kehebatan kumpulan nasyid Raihan yang pernah mencipta fenomena bermula pada 1997 hingga pertengahan tahun 2000. Lagu ini yang pernah dirakamkan oleh Raihan dari album pertama berjudul Puji-Pujian berkonsep nasyid kontemporari.
Kini, menjadi trending semula di laman Youtube. The Lacos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif telah berjaya mencetuskan kembali fenomena industri muzik nasyid apabila memberikan nafas baru buat lagu itu. Video penuh boleh dilihat di youtube.
Menerusi laporan , Alif Satar, 28, melahirkan rasa bertuah berpeluang berduet dengan kumpulan nasyid popular yang diminatinya sejak usianya tujuh tahun lagi. Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, perancangan kerjasama mereka juga cukup dipermudahkan.
“Kerjasama ini bermula dengan pelawaan spontan saya kepada mereka. Kebetulan, pada Disember lalu, saya berduet dengan Raihan dalam program Bintang Minggu Ini. Tak sangka pula, pelawaan itu disambut baik.
“Selepas rakaman program berkenaan juga, sedutan latihan kami menyanyikan lagu Sesungguhnya menjadi tular. Ia umpama isyarat supaya projek ini diteruskan.
“Semuanya pula bagai dipermudahkan. Selain Raihan sendiri menyatakan persetujuan untuk berduet, pihak syarikat rakaman turut menyambut baik kerjasama ini.”
Untuk Bulan Ramadan
Rakamkan lagu duet berkenaan pada 15 April lalu dan dilancarkan semalam di Youtube yang sehingga kini artikel ditulis telah mencecah 599K penonton dan 85K like. Sungguh merdu dan keinsafan didengar terutama di bulan Ramadan.
“Jujurnya, saya sendiri sangat sebak apabila kerjasama ini dapat dilaksanakan. Melihat mereka merakamkan Sesungguhnya ‘19 di hadapan mata, ia pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Daripada sekadar berduet dalam program hiburan, tidak sangka kerjasama itu berlarutan ke studio rakaman pula. Kalau ibu bapa saya dengar lagu ini nanti, mereka pasti sangat bangga. Mereka tahu, saya memang begitu meminati Raihan.”
Meremang weyy
Inspirasi
Well done
Syahdu dengar time sahur
Kumpulan Raihan asal
Lagu ‘Sesungguhnya’ merupakan ciptaan sepenuhnya Nazrie Johanie iaitu bekas vokalis Kumpulan Raihan. Daripada album Pujian-Pujian ini yang mencipta sejarah apabila ia terjual sebanyak 3.5 juta unit. Pada 1997, Raihan mencatat jualan album tertinggi di Malaysia apabila kira-kira 700,000 unit album sulung yang berjudul Puji-Pujian. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Bagaimanapun, Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah.
Sumber: Berita harian , raihaninternational, alifsatar