Indahnya Hubungan Macam Ni, Madu Zarina Zainuddin Hadiah Set Barang Kemas Mewah, Netizen Luah Rasa Kagum.

Share

Kata orang hidup bermadu itu pahit. Hakikatnya ia tidak benar sekali jika saling ada persefahaman dan saling memahami dan menghormati.

Hampir 28 tahun, pelakon dan usahawan makanan pulut kuning ini, Zarina Zainuddin hidup bermadu setelah berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar, nyata ia bahagia tiada batas.

Terbaru muat naik di Instagram pelakon ini, Zarina membuat perkongsian mengenai hadiah barang kemas mewah yang dihadiahkan oleh madunya yang juga merupakan isteri pertama DS iaitu Datin Sri Noorhasimah.

Menerusi kapsyennya Zarina meluahkan rasa syukur dikurniakan madu yang baik hati yang sentiasa menghargainya. Mendapat hadiah gelang tangan berlian sempena hadiah harinya.

Terima kasih maduku datin sri Noorhasimah bagi hadiah set gelang berlian .. sebenarnya gelang ni lama dah saya dapat masa birthday saya 2 tahun lepas .. saya sayang nak potong .. saya simpan lama2 suami saya tak baik simpan kakak dah bagi tu pakailah .. baru ni saya pegi potong lebihnya saya buat cincin .

Saya ni bukan jenis suka barang kemas .. saya rimas lagi pun tangan dah berkedut kulit gelap pakai pun segan . Saya pakai bila semalam ada function tu jer .. kalau jam saya suka.


Terima kasih datin sri barang mahal mahal ni takut nak pakai .. madu saya cantik kulit putih melepak pakai barang kemas pun nampak manis .. saya bila pakai hihihi syok sendiri jer.

Dalam pada itu netizen memberi komen bahawa Zarina bertuah memiliki madu yang begitu baik.

 

Sumber:zarinazainuddin

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara