“Indahnya Begini, Bersatu & Bahagia Demi Anak-Anak.” Vie Shanti Lawat Isteri, Anak Eizlan Yusof Raih Pujian Ramai!

Share

Penceraian bukan penghalang untuk berbaik demi anak-anak. Jika sebelum ini Norman Hakim dan bekas isterinya , Abby Abadi serta Fasha Sandha dan Jejai menjadi contoh pasangan yang bercerai tetapi masih berhubung baik.

Terbaru Datuk Eizlan Yusof berkongsi momen di mana bekas isterinya Vie Shantie Khan dikatakan datang melawat Natasha yang melahirkan bayi baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian oleh Dato’ Sri Eizlan Yusof , beliau memuat naik dua keping gambar bersama bekas isterinya melalui laman instagramnya baru-baru ini.
Turut kelihatan anak-anak serta isteri barunya, Datin Sri Natasha Rosa Boudville

Thanks mama @vieshantiekhan bagi #BabyZR❤ mamam 😊 yayang @sashaboudville Kakak Lala @viezaarakhan Abg Ayeep @zareefyusofofficial Jaya @viezaalia Uncle RY @harryjalil #SyukurToALLAH

Sebelum ini mereka pernah bercuti bersama-sama sempena hari jadi anak mereka Vie Zaalia.


Keceriaan dan wajah bahagia jelas terpancar di wajah masing-masing. Tidak hairanlah ramai yang memuji sikap sporting Eizlan dan bekas isterinya itu.

Di dalam perkongsian tersebut terselit sekeping gambar Vie Shanti sedang memberi susu botol kepada baby Zaelynn Rosa atau ZR Mengundang perhatian ramai.

Rata-rata memuji hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua mereka walaupun sudah berpisah.

Famili kedua terbaik untuk dicontohi
khaisyaoctavia Slain famly norman hakim..suka btul tgok famly ni..🥰🥰🥰
themissainol Family kedua yang terbaik untuk dicontohi selepas family norman,memey dan abby ☺🥰 Alhamdulillah. Semoga family kalian sentiasa bahagia dan dipertemukan di syurga kelak. ❤️
niza_azin alhamdulillah..bestnya..bersatu & bahagia dgn cara tersendiri demi anak²..❤️
_syahirahsalleh_Wahhhh indahnyaa begini❤️❤️❤️❤️ semoga keluarga ini sentiasa dlm jagaan Allah bahagia didunia & akhirat. Aamiin🤲🏽
Dua-dua ibu penyayang dan cantik
kimangelyeasuka tengok family mcm ni…walau pun dh cerai tp masih berbaik…semoga apa yg d bina berkekalan….Amennn
farhanapeter_for the sake of the kids. I salute the whole family!😍
adekzuraidahKakak lala n mommy shasha dah mcm adk beradik 😍
kimzbalbuena83Dua2 ibu yg sangat penyayang dan dua2 pun cantik.. Syukur Puji Tuhan.

sumber: ig eizlanyusof

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club