“Indah Sungguh Bicara, Rasa Nak Peluk Ustazah Erat-Erat.” Nasihat Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa Undang Sebak Netizen
Hati mana yang tidak sebak apabila menghadapi masalah dalam kehidupan terutama dengan pasangan.
Ya! Semua pasangan ingin bahagia hingga ke hujung usia. Namun pertelingkahan itu tetap berlaku dalam sebuah perkahwinan.
Tidak dinafikan ada yang meluahkan di media sosial. Mungkin dirasakan itu sebagai cara untuk meluahkan isi hati dan mahu mendapat semangat baru. Tidak dinafikan ada rakan-rakan yang akan memberi kata-kata motivasi.
Bagaimanapun tanpa kita sedar, ia memberi kesan kepada kehidupan kita apabila kisah rumahtangga diketahui oleh orang luar.
Tidak dinafikan kita berdoa mengadu semua terjadi kepada NYA. Namun kita lupa juga bahawa kita seharusnya berserah sepenuh kepadanya tanpa perlu berbicara kepada ‘dunia luar’ tentang rumahtangga kita.
Ikuti bicara indah mengenai sepenuhnya berserah diri kepada NYA tanpa perlu perlu menjelaskan semuanya kepada ‘dunia luar’.
Nyata dalam hal ini kita perlu belajar tawakkal kepada Alllah dan menguruskan ikhtiar dengan memohon pertolongan kepada Allah SWT.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
BELAJAR TAWAKKAL KEPADA ALLAH
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tidak semua perkara mampu dijelaskan. Tidak semua perkara juga mampu difahami oleh setiap orang. Kerana ‘mengalami ‘ dan ‘ tidak mengalami’ itu bezanya amat besar.
Belajarlah Tawakkal kepada Allah. Menguruskan ikhtiar hidup sesuai dengan dengan ujian atau persoalannya , dengan memohon pertolongan Allah SWT. Tidak semua yang kita mahukan akan berlaku. Allah Yang Maha Besar.
Bertawakkal lah.
Kadang-kadang lebih mudah menerima kita diaibkan.. kerana kita sudah siap memberikan kemaafan dan doa yang tulus untuk mereka , daripada kita yang mengaibkan kerana tidak mudah untuk mendapatkan kemaafan orang lain.
Banyak prinsip hidup yang ustazah pelajari daripada pengalaman .
Banyak yang mahu diluahkan di hadapan makhluk …tetapi memilih untuk meluahkannya di hadapan Khaliq kerana yakin segalanya dalam genggamanNYA.
Bertenanglah, nikmati hidup pada sisi yang mendamaikan hati kita. Adapun , ribut-ribut kecil yang Allah hadapkan, laluilah sementara ia berlalu pergi.
Tidak ada taufan yang berkekalan. Banyak tamadun yg bangkit lebih gagah selepas keruntuhan. Dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang.
TERHARU DENGAN NASIHAT YANG DITITIPKAN
Meninjau di ruangan komen rata-rata meluahkan terasa terharu melihat nasihat yang dititipkan oleh Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.
Sumber: ustazahnorhafizahmusa
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club