Kekeluargaan

Ina Naim Kembali Bergelar Isteri, Pilih Duda Anak Dua Jadi Imam!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Ina Naim yang sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan di Kampung Felcra, Sg Ara, Kota Tinggi pada jam 9.50 pagi Jumaat.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi Mohammad Ramadhan Mahroji.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, menerima wang hantaran berjumlah RM7,000 dan mas kahwin sebanyak RM100.

Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan kelengkapan solat, seutas gelang emas, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran manakala Ina pula memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Dalam majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat dan persandingan akan berlangsung selepas selesai majlis akad nikah pada hari yang sama.

Terdahulu, Ina mendirikan rumah tangga dengan bekas kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi pada 12 Oktober 2007 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Bagaimanapun, Suhaimi disahkan meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.