Impian Jadi Kenyataan! Ifa Raziah Hadiahkan Anak Kereta Mewah “Tak Buat SPM Betul-Betul, Siap!”

Share

Untung seorang anak bila keinginan mereka dipenuhi oleh orang tua. Itulah yang dirasai oleh anak kepada penyanyi, Ifa Raziah yang baru meraikan ulangtahun kelahiran ke-17 baru-baru ini dan dihadiahkan sebuah kereta mewah model BMW 3 Series (e30).

Detik istimewa buat Aqili ini dimuat naik oleh ibunya sendiri di laman Instagram miliknya yang menyatakan kereta ini merupakan kereta idamannya.

“Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya menghadiahkan anak saya sebuah kereta.

“Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah birthday boy’. Selamat hari jadi.

“Dia belum ada lesen lagi. Nanti dia akan ambil lesen selepas SPM. Tak buat SPM betul-betul, siap!” kata Ifa dalam video yang dimuat naik itu.

Malah, Ifa Raziah juga sempat membuat nukilan ucapan istimewa buat anaknya itu di ruangan kapsyen.

“Buah hati Mama & Papa yang tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.

“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu.

“Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat Aqili,” tulisnya.

Terdahulu, Ifa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun kedua duanya berakhir dengan perceraian.

Pada 2004, Ifa sekali lagi berkahwin dengan suami ketiganya, Mohd. Yani Abdul Rahman dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Shakir Aqili. Ifa juga mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.

Mengikut tinjauan di enjin carian Google, harga semasa kereta mewah tersebut sekitar RM321,000.

Sumber : Instagram Ifa Raziah