Kejadian bayi tertukar di hospital yang kini tular telah memberi impak kepada yang bergelar ibu ayah. Malah merisaukan ia akan melibatkan nasab keturunan masa hadapan.
Rententan itu,warganet mula melahirkan kebimbangan. Malah ada yang mula selongkar tag lama anak untuk pengesahan.
Ia bukan gurauan yang boleh dibuat main tapi perlu alert kesahihan anak. Sehubungan itu, bagi yang menyimpan tag anak, tak salah untuk melihat kembali. Sekadar peringatan.
Sebagaimana perkongsian wanita ini di sebuah grup yang berkongsi perihal keluarga. Barangkali boleh berbuat demikian.
Oleh sbb dah viral kisah bayi tertukar tu … haaa rasa tak tenang pulak Mama. Pegi selongkar balik kt dalam laci. Check balik tag anak3 Mama. Xtaolah hati gusar… bila teringat kisah SitiJamuMall tuu.. Allahuakbar …
Alhamdulillah dah jumpa anak beliau.
Ads
Walaupun betul dah check tp fikiran ny tu mcm ye tak ye tak ye je😅 pastu belek2 muka anak2.. Ada ke yg mcm Syanaz?
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ada yang turut berkongsi tag lama anak dan ada juga berkongsi wajah anak sama iras. Apa pun, kisah ini wajar dijadikan iktibar supaya tidak berulang kembali.
Tomyam antara menu yang paling mudah disediakan di bulan puasa. Jimatkan masa memasak dan paling pantas untuk disediakan.
Selain sup ayam, tomyam juga merupakan pilihan santai dan ringan untuk anak-anak di rumah. Tidak pedas malah kaya dengan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.
Walaupun nampak mudah, boleh campak-campak pun menjadi, namun tomyam kena ada caranya untuk memasak. Lapan langkah ini wajib buat!
Tumis Dahulu
Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
Serai & Daun Limau Purut
Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
Kisar Tomato
Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
Letak Susu
Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
Campak Pun Sedap
Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
Hancur Dengan Minyak
Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
Kena Pedas
Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
Lengkuas Kena Ada
Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hakikatnya menyimpan wang adalah untuk masa depan. Merancang kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk kita belajar menyimpan dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu keperluan yang penting.
Nak tahu caranya lebih lanjut ikuti penjelasangan perunding kewangan ini.
Terlambat sedar.
Saya ada 2 orang kenalan umur 30-an, masing-masing ada seorang anak dan seorang isteri, mengakui gaji RM4,000 yang dorang dapat sekarang ni memang tak cukup.
Anak muda, patutnya kena bertindak awal. Jadikan pengalaman abang-abang ni sebagai pengajaran. Takkan dah umur 30-an baru nak sedar yang gaji RM4,000 tu tak cukup.
Lagi 5-10 tahun kau akan berada dalam situasi macam tu juga. Bukan susah pun. Benda boleh kira sekarang, buat apa tunggu lagi 5-10 tahun baru nak sedar. Rugi masa.
Katakan kau umur 25 tahun sekarang. Gaji pula RM2,400. Kira untunglah dapat gaji macam tu pun kan. Ada yang graduate degree nak dapat gaji RM2,000 pun susah.
Andaian gaji tahunan naik RM2,400 iaitu gaji bulanan akan naik RM200. Naik RM200 tu dah kira sangat banyak kalau kerja swasta wei. Ada yang tak naik gaji pun.
Jadi, selepas 10 tahun pada usia 35 tahun, gaji kau adalah sekitar RM4,400 atau mungkin boleh capai RM5,000 kalau ada kenaikan pangkat, tukar company dan lain-lain.
Saya dah kira tadi kalau ikut kadar inflasi kat Malaysia ni dalam 3.5% setahun. Lepas 10 tahun, kalau kau gaji RM5,000 sama macam orang bergaji RM3,500 tahun ni wei.
Tu tak kira lagi inflasi gaya hidup kau. Inflasi gaya hidup ni senang cerita, dulu pakai kereta murah, sekarang mahal sikit, dulu rumah pakai kipas je, sekarang pakai aircond.
Tak kira pula kos bila bertambah ahli keluarga. Anak tambah seorang, kos pun bertambah ratus-ratus sebulan tau. Dan anak makin besar pun, makin tinggi kosnya.
Macam ni lah. Bukan saya nak kata kalau gaji kau RM5,000 tu kau tak boleh hidup.
Hidup boleh. Tapi susah untuk kau simpan 30% gaji, sukar sediakan dana pendidikan anak-anak, susah nak rancang dana persaraan, hidup hanya untuk bekerja keluar pagi balik petang, dana kecemasan tiada dan hampir mustahil untuk buat apa-apa pelaburan.
Jadi, kalau kau sekarang usia sekitar 25 tahun dengan gaji RM2,400 dan expecting dapat kenaikan RM200 gaji bulan setiap tahun, kau dah kena mula risau dan cari side income.
Kalau tak risau, saya pelik.
Solusinya, seawal usia, buat simpanan sebanyak mungkin, tambah pendapatan sambilan itu wajib, cari ilmu pelaburan, mula melabur, kurangkan hutang mengarut. Itu saja!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan SuiSan Aliezsha. Katanya digunakan untuk buat jual sebelum ini.
Saya share lagi resepi ayam percik yang saya buat jual ni..moga ilmu yang kita kongsikan manfaat buat semua 😘😘..
Tumis bahan² tanpa minyak,pastikan garam gula secukup rasa, masukkan ayam masak setengah masak..kemudian letak ayam di atas stand renjis olive oil,minyak masak pun boleh.
Saya gunakan Airfryer (af) . Bakar pada suhu af 200-15minit (bergantung af masing² tak cukup masak tambah masa), suhu oven 180-20 minit..
Untuk kuah..
1. Cili kering,bawang putih (dblend)
2.sos cili,gula merah,gula pasir & 1 sudu besar tepung jagung.
Panaskan kuali@periuk,masukkan cili,masukkan sedikit air kacau² sehingga cili masak, kemudian masukkan sos cili,gula,air gula merah,& tepung jagung.
kacau sehingga kuah jadi pekat, pastikan gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dalam kuah tu.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...