Berat mata memandang, berat lagi yang memikul. Begitulah yang kesukaran hidup yang tentu dialami oleh segelintir kita ekoran impak covid-19.

Ramai yang dibuang kerja dan perniagaan di tutup. Pastinya mereka kehilangan punca pendapatan. Namun hidup tetap harus diteruskan.

Sebagaimana perkongsian seorang lelaki di facebook bercerita tentang ketabahan seorang yang meneruskan kelangsungan hidup demi keluarga tercinta. Biarpun dulu punya 4 cawangan kedai makan namun kini semua tinggal kenangan.

Apa yang pasti, apa jua kesusahan jangan mudah putus asa. Percayalah rezeki hadir tidak pernah salah alamat. Asalkan berusaha.

Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.

JUAL NASI DARI KEDAI KE KEDAI

Ni salah satu kisah, nak tunjukkan betapa besar kesan Covid dan PKP terhadap orang sekeliling kita.

Semalam balik dari surau, den terserempak dengan salah seorang jiran. Den tahu brader ni berniaga nasi sebab dia selalu update menu dalam group wasap penduduk.

Alang-alang dah jumpa, den pun berbasa-basi dengan brader ni.

“Dari mana bang?” Den tanya brader ni.

“Baru lepas jual nasi kedai ke kedai bang”

“Kena buat macam ni barulah habis, kalau tak memang tak jalan”

Masa tu kami berborak, jam dah pukul 7.40 malam. Baru selesai solat Maghrib.

“Memang full time jual nasi ni ke?” Den tanya lagi.

“Ya bang”

IKLAN

“Macam mana dengan jualan, ok ke bang?”

“Bolehlah bang. Kena keluar, jalan kedai ke kedai barulah ok sikit, seluar pun dah longgar ni.” Gelak brader ni.

PERNAH ADA 60 PEKARJA & 4 CAWANGAN KEDAI MAKAN

Rupanya brader ni bukan biasa-biasa, dia pernah berada di puncak dan sekarang sedang dalam fasa berjuang untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Dari niat nak berbasa-basi, sudahnya kami berborak panjang lebar dan dia ceritakan impak PKP ke atas bisnes dan dirinya.

“Dulu kami buka kedai makan bang, 16 tahun berniaga dan ada 4 cawangan. Memang maju.”

“Tapi disebabkan Covid dan PKP, semua kedai kami terpaksa tutup.”

“Pelanggan tiada, overhead tinggi, kami tak mampu nak bayar sewa dan gaji pekerja bang.”

“Sewa kedai di Bangi RM16k, di Nilai ada dua cawangan RM20k++ dan di Shah Alam pun sewanya RM20k++.”

IKLAN

“Pekerja ada 60 orang, mereka sampai mengamuk bang, kami tak mampu nak bayar gaji. Sudahnya kami cakap kami terpaksa berhentikan semua pekeja dan tutup terus bisnes.”

“Haritu lepas kerajaan umum boleh bekerja, 3 hari kami berniaga, dapat jual satu pinggan nasi ayam saja bang. Itu pun pelanggan kebetulan lalu dan singgah.”

“Memang saya terduduk terus bang. Pening tak tahu nak buat apa.”

Panjang lebar brader ni bercerita, den yang mendengar rasa syahdu sungguh. Dia bercerita sambil tersengih, nampak kelat dan memang dalam fasa “struggle”.

BUANG PERASAAN MALU

Kemudian den tanyalah tentang bisnes nasi kuning yang sedang dia usahakan.

“Nasi ni asalnya kami plan nak jadikan signiture dish di kedai kami, tiba-tiba PKP dan kedai tutup.”

“Jadi saya ajak isteri untuk cuba jual.”

“Pernah cuba jual depan sekolah, tapi tak laku. Ni saya cuba jual dengan pergi pejabat ke pejabat dan kedai ke kedai.”

IKLAN

Hebat brader ni, umur den rasa dah nak cecah 40 tahun. Dia sanggup tebalkan muka, mejual nasi macam “direct selling” punya cara.

“Rejection” ni memang dah jadi makanan harian dia dah. Memang den tabik atas kecekalan beliau.

“Dari Bandar Seri Putra, saya cuba pergi sampai ke Nilai bang. Tadi singgah kedai Eco dan workshop. Alhamdulilah, kat kedai Eco dapat jual 2 bungkus nasi, kat workshop dapat jual 2 bungkus lagi.”

“Duit hari-hari memang habis bang. Dapat je duit, beli susu anak, pampers, barang-barang. Terus selesai.”

INILAH IMPAK COVID-19

Den yang dengar, rasa berserabut dan tepu kepala. Kesian, sedih, geram, semua ada. Balik rumah terus luahkan dekat isteri den Farah.

Brader ni, keluarga dia dan bisnes terus jatuh. 60 pekerja hilang mata pencarian.

Nak tahu rantaian impak Covid dan PKP?

Bisnes majikan jatuh. Pekerja kena buang kerja. Mereka tiada duit nak teruskan hidup
Kepala jadi serabut. Balik bergaduh dengan isteri. Anak-anak kena pukul. Sudahnya nanti sampai bercerai. Boleh jadi kemurungan dan bunuh diri

Nampak tak betapa besarnya impak Covid dan PKP, yang kebanyakan orang pandang ringan dan jadikan bahan lawak.

Moga Allah permudahkan urusan brader ni. Berjaya bangkit semula dan berjuang untuk terus menghadapi hidup yang penuh mencabar. 

Sumber: Izzat Ismail Irealty

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI