Imam maut kemalangan jalan raya lepas lawat isteri bersalin di hospital. Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Imam Maut Kemalangan Jalan Raya Lepas Lawat Isteri Bersalin Di Hospital
Mangsa dikenali Nurul Kamal Zulkarnain, berusia 37, bertugas sebagai Imam Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru melawat isterinya, Nur Firdaus Salwa Mohd Zamrin yang baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ketiga mereka di Hospital Seri Manjung pada hari Isnin.
Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib memaklumkan mangsa juga turut bertugas sebagai Guru Takmir di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.
“Dengan rasa penuh dukacita saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya WCE.
“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat kerana beliau dikenali sebagai insan yang berwibawa dalam memimpin serta membimbing umat Islam terutamanya melalui peranannya sebagai imam masjid.
“Jasanya dalam mendidik dan menyumbang kepada pembangunan rohani masyarakat amat dihargai dan akan dikenang selamanya,” katanya menerusi akaun Facebooknya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.35 petang.
“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit dan terdapat mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan pegawai perubatan,” katanya.
Ads
Menurut beliau, operasi diteruskan untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.
“Mangsa dibawa keluar dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba diketuai oleh Komander Operasi, Muhammad Arif Irfan Mokhtar dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 5.37 petang,” katanya.
Jika sebelum kerajaan memberikan tol percuma untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan namun berbeza kali ini.
Kerajaan menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan bayaran tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025, lapor Bernama.
Menerusi kenyataan media Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian diskaun tersebut akan mula berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan berakhir pada jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa).
Potongan tol ini hanya melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerusi sebuah video di akaun TikTok, pelakon Datin Intan Najuwa atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkongsi cara sebutan yang betul bagi nama puteri sulungnya, Imane Lunara.
Dalam perkongsian tersebut, Intan juga mendedahkan maksud di sebalik nama indah yang diberikan kepada anaknya.
“Kalau tengok sebutan macam Imani tapi sebenarnya Imane.
“Maksud Iman itu beriman. Lunara adalah bunga.
Dia ada dua maksud, kalau Luna maksudnya bulan.
“Kalau panggil Luna ada maksud panggil Lunara pun ada maksud. Semua ada maksud,” ujarnya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen mengenai cara sebut nama nama Datin Intan
“Betul la selama ni aku sebut nama anak dia Iman.
“Ohhh so sebutnye Imeni lunara . I tot Imani rupanya kene sbut Imeni. Cutieer
“Nasib baik dia bg tau…kalau x netizen x tau
“Tapi nama tu cantik.”
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf, pada 18 Ogos 2023.
Pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.
Raya semakin hampir! Suasana kian meriah dengan persiapan Aidilfitri—beli baju raya, tempah biskut raya, kemas rumah, dan tentunya, mencari duit raya baru untuk diberikan kepada anak-anak serta sanak saudara.
Setiap kali menjelang Hari Raya, pasti ramai yang ingin menukar wang kertas baru sebagai tanda tradisi dan kemeriahan sambutan.
Bagi yang sedang mencari duit raya baru RM10, berita baik buat anda!
CIMB telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka perkhidmatan penukaran duit raya baru bernilai RM10 di beberapa cawangan terpilih.
Bermula 17 Mac- 31 Mac
Perkhidmatan ini akan berlangsung mulai 17 Mac hingga 31 Mac, memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan wang kertas baharu sebelum tiba Syawal.
29 ATM CIMB TERPILIH
Jadi, jika anda ingin memastikan sampul duit raya anda penuh dengan wang kertas baru , bolehlah merancang lebih awal untuk menukar duit raya di cawangan CIMB yang terpilih. Jangan lepaskan peluang ini!
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.