Ramai yang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun hendak membeli rumah ini bukan seperti membeli kereta.
Ini kerana pinjaman kereta tidak lama berbanding rumah. Lazimnya loan untuk belian rumah sehingga 30 tahun. Ia tempoh yang lama.
Tidak dinafikan ramai memilih tempoh masa yang paling maksimum agar bayaran bulanan rumah rendah. Namun hakikatnya ada segelitir kita tidak tahu kesannya jika memilih tempoh begitu.
Sebagaimana perkongsian Ismaliza Ismail yang menjelaskan bahawa loan rumah yang panjang sehingga 30 tahun memberi kesan kepada bayaran bulan setelah 18 tahun.
Nak tahu lebih jelas mengenai hal ini. Ikuti perkongsian ini.
Kena faham MRTT dan MRTA
Untuk sesiapa yang dah beli rumah secara loan dengan bank, cuba selak balik perjanjian pinjaman korang.
Loan dengan bank berapa lama?
MRTT/MRTA coverage berapa lama? Benda ni ialah tempoh bank cover loan in case berlaku kematian kat korang dalam tempoh duk hutang dengan bank lagi.
Tolong elakkan jadi macam kes di bawah ni ye. Loan dengan bank 30 tahun, tapi MRTT coverage 18 tahun je.
Ads
Apa maksud dia? Maksudnya, bank akan settlekan loan rumah tu kalau korang meninggal dalam tempoh 18 tahun korang berhutang dengan bank.
Jadi kalau korang meninggal tahun ke 19 hingga tahun ke 30, loan korang tu perlu diselesaikan sendiri oleh ahli keluarga korang.
Kalau family tak boleh settlekan apa jadi? Bank lelong je lah rumah tu.
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
Ads
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isteri memang begitu, akan siapkan kerja tanpa bertangguh. Walaupun suami menyuruh rehat tetap pastikan rumah kemas dan teratur.
Perkongsian saudara Firdaus Shakirin sungguh sweet mengenai kaum ibu.
“Ayg, esok je la buat…”
Kaum isteri ni, xbleh disuruh sambung buat keje rumah esok hari sbb dia tak bleh dduk jika nmpk rumah bersepah, kain baju penuh bakul, mainan anak berterabur, pinggan mangkuk bersusun disinki, sampah tak buang lagi dan sebagainya…
Hatta dia dah dduk berehat tgok TV sekalipun, dia boleh tiba2 bgun dan cari penyapu, pegang mop, ambik kain buruk bilamana dia ternampak sesuatu yg masih tak bersih, tak kemas dan perlu utk di kemaskan…
Dia tak tunggu esok hari utk buat…
Ini bukan sejenis sindrom atau anxiety disorder…dia tak sakit, dia xde penyakit, dia cuma xbleh biar keadaan rumah mcm tu walaupun dia tahu dlm 5 ke 10 minit nnt, rumah pasti akan bersepah kembali sbb ada anak2…dan dia akan ulangi mengemas semula…over n over again…
Mcm tu la sifat dan tingkah laku seorang wanita dlm rumahtangga bila dh jd isteri dan mak2 ni…kita yg jd suami, rasa semakkan bila kita suruh rehat dia xnak rehat, still buat keje dan keje2 tu plak nmpk mcm xpenah hbis baginya…
No worries…
Tolong ringankan beban dia, tolong dia buat keje2 tu…bila dia dh “nampak” mcm xde keje, terus ajak dia kluar jalan2 di taman, shopping kompleks, bwk p pasar mlm atau mkn kt luar…
“Larikan” dia dari rumah…
Ini adalah masa yg dia btol2 akan gunakan utk “berehat”…dia perlu tinggalkan rumah utk berehat…jika dia masih didlm rumah, maka tiada rehat bagi diri seorang isteri dan juga ibu…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki haiwan comel sebagai binatang peliharaan di rumah pastinya menggembirakan. Terutama apabila melihat telatah manja yang ditonjolkan haiwan tersebut ketika dibelai. Setiap orang memiliki haiwan peliharaan yang berbeza-beza. Kebiasaan gemar menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing untuk dimanja. Namun, ada juga golongan yang ekstrem yang mengemari haiwan lainnya seperti ular, kura-kura dan sebagainya untuk dipelihara sebagaimana keluarga Puan Maizura Eliana ini.
Sememangnya beliau tidak menyangka akan mempunyai haiwan peliharaan eksotik. Namun, anak sulungnya Mirza yang menjadi pencetus yang membuatkan keluarga ini memiliki lebih 30 koleksi haiwan eksotik. Lebih istimewa kesemua haiwan peliharannya itu, diletakkan di ruang tamu rumahnya.
Ibu kepada Mirza Mohd Zaini, 11 tahun dan Misha Mohd Zaini, 8 tahun beranggapan cara sebegini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan secara sihat, sekali gus dapat mengelak anak-anaknya daripada terdedah kepada permainan gajet.
“Apabila ada haiwan peliharaan ini, memang mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ia bukanlah aktiviti seorang sahaja seperti main permainan video atau gajet dan internet.
“Ia melibatkan kerjasama semua ahli keluarga dan tolong menolong dan ada sahaja cerita mengenai keletah haiwan tersebut yang akan dikongsi bersama setiap hari. Apabila ibu bapa menyokong hobi anak, pastinya anak-anak rasa dihargai dan dipedulikan, sedikit sebanyak mengubah sikap anak-anak menjadi lebih penyayang kepada ibu bapa,” jelasnya.
Minat haiwan eksotik
Bercerita lanjut bagaimana timbulnya ilham memelihara haiwan eksotik ini, Mirza menjelaskan ia berlaku setelah membawa anaknya ke taman haiwan ketika anaknya kecil lagi. Bermulanya dari situlah anaknya mula menunjukkan minat dan memintanya untuk memelihara haiwan berkenaan.
“Saya sejak kecil memang tidak pernah ada haiwan peliharaan jadi tidak pernah terfikir untuk ada, sehinggalah dapat anak pertama pada 2007, Mirza yang menunjukkan minat terhadap haiwan. Bermula dengan membawa dia ke tempat haiwan seperti Zoo, Petting Zoo dan Taman Haiwan, lama kelamaan makin bertambah minat dan suami mula beri anak pelihara ayam katik ketika umur lima tahun. Memang sejak kecil dia sangat natural bersama haiwan.
“Ketika usia sembilan tahun, Mirza mula meminta untuk pelihara haiwan eksotik iaitu Hedgehog sehingga mampu membiakkannya dan menjual hedgehog tersebut. Dengan hasil jualan itu pula Mirza mula menambah haiwan peliharaannya dari jenis reptilia seperti Bearded Dragon, Leopard Gecko dan juga berbagai jenis ular.
“Dan sehingga kini dia sudah ada lebih 30 jenis koleksi haiwan peliharaan. Haiwan-haiwan ini kami beli dari penjual yang mengimport atau membiakkan sendiri haiwan tersebut. Anak kedua, bernama Misha juga menunjukkan minat sama mengikut jejak langkah abangnya.”
Dalam pada itu, tambahnya lagi, anaknya mahu memiliki pelbagai jenis haiwan atas keinginan untuk memelihara haiwan berkenaan.
“Saya rasa kerana minat terlalu mendalam terhadap haiwan menyebabkan anak saya, Mirza ingin memiliki sebanyak mungkin haiwan yang boleh dipelihara.
“Dia suka membaca terutama buku berkaitan haiwan dan timbul keinginan untuk memiliki dan mengalami sendiri bagaimana memelihara haiwan tersebut. Mirza bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Haiwan, jadi pengalaman memelihara sendiri haiwan tersebut diharap dapat membantunya kelak,” jelasnya.
Ruang tamu jadi penempatan haiwan
Sebagaimana yang dilakukan oleh sebuah keluarga penyayang ini yang sanggup mengorbankan separuh ruang tamunya menjadi ruang penempatan lebih 30 haiwan kesayangan keluarganya.
“Oleh kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama haiwan, saya mengambil keputusan untuk mengorbankan bahagian ruang tamu rumah untuk dijadikan ruangan khas haiwan peliharaannya. Ini untuk memastikan kami sekeluarga sentiasa melakukan aktiviti bersama dan saya dapat pantau aktiviti anak-anak. Ia juga bagi memastikan keselamatan haiwan-haiwan tersebut, jadi perlu ada di dalam rumah. Ia juga menjadi tarikan utama apabila tetamu datang ke rumah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Hamiza bersyukur suami menyokong minat beliau dan anaknya. “Pada permulaannya, suami agak membantah untuk memelihara haiwan eksotik, apatah lagi reptilia seperti ular. Tetapi lama-kelamaan dia sendiri nampak kesungguhan anak saya dalam menjaga haiwan-haiwannya, mempunyai ilmu mengenai haiwan tersebut dan juga menjana pendapatan dari hobinya itu.”
Kebersihan
Mengakui kebersihan memainkan peranan utama dalam memastikan persekitaran dalam keadaan baik agar kediaman tersebut selesa dihuni dan sekali gus turut tidak mengganggu jiran-jiran.
“Rumah saya adalah jenis corner lot, jadi terdapat bahagian laman tepi rumah yang bertanah lapang di mana haiwan seperti ayam, itik, kucing dan arnab di letak di bahagian luar rumah dalam kawasan sangkar masing-masing. Lain-lain haiwan adalah dari jenis haiwan kecil dan ditempatkan di dalam ruang tamu, juga dalam sangkar atau akuarium masing-masing.
“Setakat ini tiada masalah kebersihan atau bau kerana kawasan laman rumah saya luas dan terbuka dan setiap hari akan di pantau. Kami pastikan kolam itik dicuci dan ditukar air baru serta kandang arnab di sapu bersih setiap hari.
“Manakala sangkar dan akuarium haiwan kecil perlukan cucian sekali seminggu. Tidak semua haiwan perlu mandi, kami hanya mandikan kucing, hedgehog dan guinea pig sekali sebulan. Haiwan lain seperti arnab, sugar glider, burung dan hamster hanya perlu mandian spray syampoo yang khusus.
“Haiwan reptilia seperti bearded dragon, ular dan lain-lain hanya perlu disediakan bekas air untuk mereka berendam atau melembapkan badan bagi memudahkan apabila proses salin kulit. Sememangnya tugas menjaga semua haiwan ini dilakukan oleh semua ahli keluarga termasuk, suami dan anak-anak. Jika tidak, putus asa juga saya kalau seorang saja yang uruskan. Lagipun haiwan-haiwan reptilia contohnya, hanya Mirza sahaja yang berani memegang dan beri makan,” jelasnya yang menetap di Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor
Peruntukkan bulanan
Memelihara haiwan yang banyak memerlukan sejumlah peruntukkan bagi memastikan haiwan-haiwan peliharaan dalam keadaan baik dan sihat. Keluarga penyayang ini tidak lokek menanggung kos bulanan bagi haiwan-haiwannya.
“Haiwan-haiwan eksotik dan reptilia ini memang diketahui bernilai tinggi, kos untuk membeli pun sudah bernilai ratusan hingga ribuan ringgit. Oleh itu penjagaan haruslah bersungguh-sungguh juga. Setiap haiwan memerlukan habitat berlainan, ada yang berasal dari kawasan panas jadi memerlukan lampu dipasang 12 jam setiap hari, ada kawasan lembap dan berair, begitu juga pelbagai jenis diet makanan berbeza untuk reptilia, mamalia, burung dan amfibia.
“Oleh itu kos penjagaan agak tinggi pada permulaan kerana perlu sediakan habitat yang sesuai, sangkar atau akuarium dan aksesori yang sesuai, manakala kos bulanan pula lebih kurang RM500,” jelasnya.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Januari 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang arkitek dan juga seorang ibu hamil sarat anak ke 5. Meskipun tidak mengenali secara dekat dengan individu bernama Aizura Zulkifli, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada orang ramai, dan semestinya bagi mereka yang terdekat dengannya.
Melihat perkongsian suaminya, Ahmad Zukhairi Sulaiman, meskipun isterinya telah selamat disemadikan di Alor Gajah, tetapi dia akui tiada perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa pilu perasaannya ketika ini.
Meskipun hanya seorang, tetapi pemergian Aizura Zulkifli nyata memberi kesan kepada ramai pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarhamah khususnya ahli keluarga.
Bismillah. No words can describe how my heart feels at this moment. No words. Sayang, Saya kehilangan seorang isteri, Anak2 kehilangan seorang ibu, Adik2 kehilangan seorang kakak, Mak ayah kehilangan seorang anak, Mama abah kehilangan seorang menantu, Saudara kehilangan seorang talian darah, Rakan2 kehilangan seorang sahabat. Hilangnya seorang, kesannya ramai. If you knew how much you are loved by others, You know you’ve lived such a blessed life.
Walau hubungan kita terhenti di sini, hubungan lain kembali bersatu. “pemergian yang menyatukan”. Indah.
Saya akan jadikan fb ni ruang untuk mereka yang menyayangi ingin melihat jalan hidup anak2 kita. Agar anak2 terus disayangi. Ramai yang sayang mereka. Jangan risau.
Tambahnya, meskipun belum puas menangis kerana pemergian ini, tetapi emosi anak-anak lebih penting untuk dijaga. Malah, suaminya juga berjanji untuk menjaga anak-anak sepenuh daya.
Maaf jika saya belum puas menangis kerana terpaksa sorok tangisan dari anak-anak. Emosi mereka lebih penting dari emosi saya. Dengan izin Allah, saya mampu. Doakan saya. Saya janji akan jaga anak2 kita sedaya upaya sepenuh daya, selagi saya bernyawa, diberi kesempatan. Saya janji. Dengan izin Allah.
Terima kasih pada insan2 yang banyak membantu keluarga kami dalam mengharungi ujian ini. Hanya Allah dapat membalas amalan kalian.
Terdahulu mereka bahkan menjalani kehidupan PJJ selama sedekad apabila Aizura berkerja di Kuantan, sementara pasangannya pula di Johor.
Dengan ini berakhir siri PJJ keluarga kita di dunia, mungkin Allah ingin satukan keluarga kita di ‘sana’ nanti. Dengan izin Allah. Ameen. Saya tahu sayang tidak lagi tahu apa yang berlaku di sini, tapi ini hanya sekadar coretan untuk semangat peribadi saya. Berat. Sumpah berat. “Aku mendengar Rasulullah ﷺ, “Wanita mana saja yang meninggal sementara suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Majah: 1844) “Sayang, saya redha.”
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...